no comments

Yang mana satu ‘ialah’ atau ‘adalah’?

Penulis kerap keliru dengan penggunaan kata pemeri [ ialah dan adalah] ketika menulis. Panduan ringkas berikut boleh dirujuk tentang penggunaan kata ‘ialah’ dan ‘adalah’ dalam ayat.

1)“ialah” hendaklah diikuti oleh:
•kata nama
•frasa nama
•kata komplemen [kata penghubung – dan,tetapi, manakala,dll.]

Contohnya:
•Pengetua sekolah saya yang baharu ialah Puan Sallina binti Hussain.
•Makanan kegemaran saya ialah mi goreng.

2)Selain itu, kata pemeri “ialah” juga boleh diikuti oleh kata kerja [yang berfungsi sebagai kata nama].Contohnya:
•Kegemaran saya pada waktu lapang ialah membaca buku cerita.

3)“adalah” hendaklah diikuti oleh kata adjektif atau kata sendi nama.

Contohnya:
•dengan kata adjektif [benar].
Kenyataan yang dikemukakan oleh kedua-dua orang saksi dalam
kes itu adalah benar.
•Penggunaan dengan kata sendi nama [pada dan untuk].

Contohnya:
Tarikh perkahwinan abang saya adalah pada 7 Julai 2012.
Kursus ini adalah untuk guru-guru yang ingin meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

TAPI ingat!
“adalah” tidak boleh diikuti oleh kata kerja.

Salah:
•Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan
•Permohonannya adalah bergantung pada keputusan ahli majlis
•Usaha-usaha mengembalikan semangat kejiranan adalah menganjurkan majlis rumah terbuka

Betul: :
•Dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan.
•Permohonannya bergantung pada keputusan ahli majlis.
•Usaha-usaha mengembalikan semangat kejiranan ialah menganjurkan majlis rumah terbuka.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL