no comments

Petua Penyuntingan manuskrip saintifik

Penyuntingan ialah proses menyemak dan membetulkan mana-mana kesilapan pada isi kandungan sesuatu dokumen. Ia juga bertujuan untuk membetulkan atau memperbaiki serta memperkemas manuskrip untuk dicetak.

Objektif penyuntingan ialah untuk memastikan:

•teks adalah asli [daripada sumber sebenar].
•ayat ringkas, jelas dan senang difaham
[tidak menggunakan bahasa berbunga, dan faktanya jelas]
•Isi kandungan konsisten [ tidak menyimpang daripada
objektif dan berkaitan antara satu dengan lain. Bahasa dan
istilah perlu diselaraskan]
•Lengkap – Ambil kira tahap pembaca sasaran, tidak
menimbulkan konflik, reka letak yang menarik.

Penyuntingan ini memberi tumpuan kepada kandungan, bentuk dan gaya persembahan manuskrip secara keseluruhan selain melihat secara sepintas lalu dari segi bahasa, susunan dan juga konsep manuskrip tersebut. Biasanya penyuntingan ini dilakukan oleh pakar dalam bidang tertentu.

Penyuntingan menghapuskan segala halangan yang ada antara pembaca dengan apa yang hendak disampaikan oleh penulis.

Penyuntingan dilakukan perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, dan adakalanya huruf demi huruf. Editor yang bertanggungjawab melakukan penyuntingan ini mestilah seorang yang berkebolehan membuat keputusan dengan cepat, logik, dan boleh mempertahankan keputusannya.

Perkara yang diliputi secara teliti dan terperinci semasa penyuntingan ini ialah aspek fakta, bahasa, dan gaya persembahan.

Apakah Yang Perlu Disunting?

•Bahasa yang betul.
•Ejaan [rujuk Kamus Dewan & Istilah DBP]
•Struktur ayat [elak perkataan atau ayat berulang]
•Ketepatan maklumat.
•Konsep manuskrip.
•Bentuk dan gaya.
•Hubung kait antara ayat [antara perenggan, antara sub
bab/bab]
•Label dan kapsyen rajah dan jadual
•Judul dalam senarai kandungan sama seperti dalam teks.
•Halaman asas disertakan.
•Rujukan/bibliografi ditulis mengikut format

Siapakah Yang Boleh Menyunting?

•Pakar bidang yang arif dalam bidang yang disunting,
•Mempunyai keterampilan berbahasa
•Berminat menghasilkan terbitan bermutu.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL