no comments

Apa Itu Penulisan Ilmiah ?

Penulisan ilmiah merupakan sebuah karya berasaskan teks formal tentang konsep, pendekatan dan tatacara secara ilmiah. Komuniti penyelidik dan para pelajar akan berdepan dengan tatacara berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah. Penulisan ilmiah adalah teras kepada penglahiran dan penterjemahan pemikiran menerusi teks. Hasil penulisan ilmiah seseorang patut melambangkan sikap, keindahan dan kualiti pemikiran ilmiah.

Lazimnya penulisan ilmiah berbentuk laporan teknikal, kertas kerja, projek kajian, tesis, disertasi atau kertas yang dibentangkan dalam seminar, kolokium, simposium atau persidangan. Penulisan ilmiah juga boleh diterbitkan dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah yang bersesuaian.

Kertas kerja ilmiah, laporan industri, projek sarjana dan kedoktoran serta tesis juga merupakan tugasan mandatori untuk seseorang semasa dalam pengajian. Oleh itu, perlu memahami tatacara asas untuk menghasilkan suatu penulisan ilmiah yang berkualiti.
Karangan ilmiah berisikan hasil pemikiran yang memenuhi syarat seperti:
• penulisan berdasarkan hasil penelitian;
• pembahasan masalah sesuai dengan fakta;
• perbincangan melibatkan masalah yang ingin diselesaikan;
• penulisan dan menyelesaikan masalah yang dibincangkan;
• penulisan yang menggunakan bahasa lengkap, terperinci, teratur,
jelas, ringkas, dan tepat sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca
Amnya seorang penulis karangan ilmiah perlu mempunyai ketrampilan dan pengetahuan dalam:
masalah yang diteliti, kaedah penelitian, teknik penulisan bahan ilmiah, serta penguasaan bahasa yang baik.

Kriteria untuk menentukan topik sesuatu penulisan ilmiah bergantung pada pertimbangan
hal berikut :
1. Topik manfaatnya dan layak dibahas
2. Topik cukup menarik terutama bagi penulis
3. Topik diketahui baik oleh penulis
4. Topik ada sokongan maklumat yang cukup

Penulisan yang formal dan ilmiah terhasil berdasarkan kaedah dan format tertentu. Namun terdapat beberapa perbezaan kecil antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL