no comments

Biasiswa Selangor Brain untuk Pelajar Phd 2017

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara bagi pengajian tahun 2017. Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN:

  1. Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi 5 tahun.
  3. Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.
  4. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
  6. Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka luar negara dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2015 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
  7. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  8. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550).
  9. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
  10. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
  11. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
  12. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
  13. Sihat tubuh badan.
  14. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
  15. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.

KATEGORI PEMOHON:

Penjawat Awam

  • Berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

Orang Awam

  1. Sedang dan telah berkhidmat di sektor swasta di Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  2. Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan majikan. Sekiranya berjaya menerima tawaran, pemohon perlu mendapatkan surat pelepasan daripada majikan.

BIDANG PENGAJIAN

  1. Skop Smart Selangor
  1. Governance
  2. Energy And Utility
  3. Water Management
  4. Waste Management
  5. Building And Housing
  6. Transport And Mobility
  7. Safety And Security
  8. Healthcare
  9. Disaster Management
  10. Food And Agriculture
  11. Education
  1. Bidang Berkaitan
  1. Human & Social Development
  2. Culture & Heritage
  3. Manufacturing
  4. Environment
  5. Business
  6. Retail
  7. Commercial
  8. Technology
  9. Communication
  10. Islamic Affairs

CARA PERMOHONAN:

  1. Muat turun borang di sini.
  2. Lengkapkan semua dokumen dan hantar secara SERAHAN TANGAN atau POS ke:

Urus Setia

Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Tingkat 3, Bangunan SSAAS

40503 Shah Alam

Hanya permohonan yang LENGKAP akan diproses. Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

TARIKH TUTUP: 5.00 PETANG 31 JANUARI 2017 (RABU)

 

pg-camp

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL