no comments

Pernah ‘Down’ dan ‘Lost’ dalam Harungi Life Phd, Ini Tips Berguna Dr Jalina

Lumrah pagi pelajar Phd yang menjalankan kajian dan penulisan tentang sesuatu bidang. Mereka ini boleh tergolong dalam kalangan ‘ lonely ‘ atau bersendirian . Adakalanya emosi menganggu, dengan pelbagai mehnah dan ujian dalam kajian. Dari hal kehidupan harian, ke hal pengajian. Itulah harga yang sangat ‘ mahal ‘ perlu di harungi oleh Pelajar sebelum memperoleh gelaran ” Dr ” .

Begitulah yang di hadapi oleh Dr Jalina Karim yang telah menerima Phd dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkongsian beliau dan ayat ‘azimat’ dari Penyelia beliau membuatkan semangat dan obor perjuangan untuk terus menamatkan pengajian terus membara. Berikut adalah perkongsian beliau.

” Alhamduliillah…Syukur ke hadrat Illahi yang telah menjadikan 5 November 2016 diri ini berjaya naik ke pentas buat kali ke 3 ..kali ini di tempat mencari rezeki…Terima kasih untuk supervisor2 yang tak putus2 mmberi tunjukajar..Prof Dr Nabishah, Prof Dr Ismail, Prof Dr John Gilbert, PM Dr Hamidah Hassan, Prof Dr Dato Subhan, mak yang sentiasa mendoakan dan (hanya dpt melihat saya naik ke pentas secara live acara konvo dari kg nun jauh di Pontian Johor), suamiku Mr J (yg selalu melihat saya menangis), anak2 Muhamad Helmi Ramzi, Humaira Sabrina, Hani Nabilla , adik beradikku, ipar duai, semua rakan2 di mana jua berada.

Teristimewa untuk DSG group, Dr Ani Munirah, Dr Othman Talib, Dr Siti Uzairiah, Dr Sophea, MPWS grp Mr Shuhairy Norhisham, Intan Raihana…… Syamsulang Sarifuddin, Juliana Juhata….mengenali MPWS ketika di sem 5….awal 2013..permulaan kelas TULlS tesis cepat…di PJ ..beli ebook.. tempah hardcopy lagi…sejak dari itu MPWS sentiasa di hati…

pg-camp

Kpd rakan2 di luar sana ..saya juga spt kaliam..ada kala di atas…pernah juga ‘down’..’lost’..hingga tak mahu lihat fb kalau musim konvo….. Ingin saya kongsikan tips drp Prof Dr KZ ketika bengkel Penulisan di MPWS…..’Bgm untuk berjaya mngharungi PhD life?’ Jwpan yg diberikan oleh Prof KZ amat mudah…’bangun awal sblm subuh…bersihkan diri..solat Tahajjud,solat Taubat dan solat Hajat..mohonlah kpd Allah …hanya Dia tempat meminta…’

Saya juga percaya…sekiranya kita mmpermudahkan kehidupan org lain…Insyaallah…kita juga akan dipermudahkan……Semoga rakan2 juga berjaya mngharungi kehidupan sebagai pelajar PhD….Aamiin Aamiin YaRabbalalamiin… ”

Tiada jalan mudah dalam menempuh pengajian Phd. Onak duri, tagis dan tawa mewarnai perjalanan pengajian. Hanya insan yang kental dan jitu berjaya memperoleh apa yang di hajati. Istiqomah, Doa dan sokongan semua pihak membantu untuk kita beroleh kejaayaan. Tahniah di ucapkan kepada Dr Jalina Karim. Semoag beliau terus sukses dalam karier nya.

Semoga perkongsian ini, memberi inspirasi dan kekuatan dalam mengharungi pengajian ini. Dr Jalina Karim boleh di hubungi di fb beliau.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL