no comments

Cabaran Menjaga Anak Istimewa membuatkan Wanita Ini Cekal Tamatkan PHD

Kisah beliau kami titipakan untuk menjadi inspirasi bersama. Beliau adalah Dr Natasha Khalil, baru menerima Phd dari Universiti Malaya. Apa yang membuatkan beliau sungguh unik adalah cabaran beliau menjaga anak istimewa di  samping 3 orang cahaya mata yang lain. Kesemuanya, 4 cahaya mata. Lelaki 3 orang dan perempuan seorang.

Beliau seorang Ibu, isteri dan pelajar yang sanggup mengabdikan masa untuk menggengam Phd dengan cabaran keterbatasan masa dan komitmen yang lain. Namun, itu bukan penghalang bagi beliau untuk terus istiqomah dalam perjuangan menamatkan pengajian. Tahniah di ucapkan. Berikut adalah nukilan beliau yang memberi inspirasi.

” Apa yg saya share ni mungkin agak cliche, tapi harapan saya agar ia dapat menyuntik semangat terutamanya yang bergelar ibu dan isteri. Lately ramai yg masih muda dah berjaya dapatkan PhD kan? Maybe terdetik dalam hati rasa “takpelah dia masih muda dan tak byk komitmen nak jaga anak2, suami”…Mulalah kita pula rasa banyak betul dugaan jadi isteri dan ibu ni nak jaga anak-anak, ramai pula tu 😂. Sedangkan mereka yg masih single atau muda pun pasti ada cabaran tersendiri. Tapi alhamdulilah saya berjaya menamatkan pengajian PhD dalam tempoh 4Dr natasha Bersama anak-anak beliautahun (dari tarikh mendaftar postgrad hingga tarikh berkonvo). I thought waktu konvo tu saya akan menitiskan airmata, tapi saya rasa air mata pun takmahu keluar ..hihi.. yang ada hanya keriangan dan kelegaan.

I am a mother of 4 children…..3 boys and 1 girl. Anak saya yg sulung umur 10 tahun adalah anak istimewa (ada masalah nerve dan development delay). Ingat lagi masa saya study, dlm masa yg sama perlu bawa dia ke therapy session di Hosp. Besar Ipoh (speech, hearing, fisioterapi)..tapi mujur juga anak saya ni walaupun istimewa tapi dia tak banyak ragam dan mudah dijaga ☺️. Biasanya bila anak-anak dah tidur, saya sambung menaip atau kadang-kadang bila tidur awal, tapi terjaga awal pagi sebab tiba2 teringatkan ttg satu topic terus semangat nak taip. Saya ni jenis byk menaip..apa terlintas saya “register” dulu dlm pc saya. So, selepas 3 tahun 3 bulan, saya berjaya hantar notis intention utk submit. Itupun terlambat dari sasaran sebab saya hamil anak ke-4 pada tahun ketiga tempoh saya study. So sepatutnya genap 3 tahun nk submit thesis, tapi disebabkan saya bersalin jadi waktu dalam pantang, saya siapkan draf terakhir thesis. Maka perjalanan saya ;
– 3 tahun 3 bulan : submit notis of intention (baby keempat umur 3 bulan)
– 3 tahun 6 bulan : submit thesis for viva (baby dah umur 6 bulan)
– 3 tahun 9 bulan : sit for VIVA (baby dah umur 9 bulan) dan ..
– akhirnya 4 tahun : konvo (baby umur 1 tahun).

pg-camp

MasyaAllah cantiknya aturan Allah..semuanya dalam masa yang singkat selepas kelahiran anak keempat !

Memang tak mudah uruskan anak-anak dan dalam masa yg sama, struggle nak siapkan PhD, saya tak nafikan. Perlu set minda dan cabar diri sendiri utk terus forward dan siapkan apa yang kita dah mula. Tak boleh kayuh journey ni sorang2 …kena mix around with your postgrad friends dan rajin2kan diri explore mcm2 cabang ilmu. Saya juga ada ups and down, sampai pernah hari-hari saya baking kek, macarons dan jual macarons pula tu 😂 . Dalam pada tu dapat juga terbitkan 5 jurnals (1 ISI index, 3 scopus, 1 ERA Journal List) dan 3 proceedings. Berjaya dapat first place peringkat fakulti dalam Three-Minute Thesis Competition (UM3MT) dan dua silver award IID exhibition (masa tu tengah pregnant 6 bulan anak ke4😅)

Buat semua yang bergelar isteri dan ibu, jangan risau dengan cabaran menjaga anak-anak. Anggaplah apa yg kita nak capai ni sebagai satu “hadiah” buat anak-anak, suami dan keluarga kita, mak ayah. Terima kasih anak-anakku Haikarl Syahmi (10 tahun), Hairitz Syamil (7 tahun), Hyzara Soffea (5 tahun) dan Haireyl Syazim (1 tahun 2 bulan) kerana menjadi penyuntik semangat mommy, dan buat suami Husrul Nizam..tq, we always support each other)

#tiba-tiba akak rasa sebak pula ingat anak-anak 😭

– Natasha (Phd) – “

wanita cekal ini tamatkan phd

Dr Natasha Khalil bersama Suami dan Anak Perempuan beliau

Semoga dengan perkongsian beliau ini, dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana untuk terus mengangkat martabat ilmu. Benarlah kata pujangga, tangan yang menghayun buayan mampu mengoncang dunia. terima kasih Dr Natasha Khalil atas perkongsian bermanfaat.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL