no comments

Usia Bukan Penghalang Bagi Lelaki 69 Tahun Ini Terima Ijazah

Tiada kata yang dapat di ungkap bagi seorang anak apabila berjaya melihat ayah kandung berusia 69 tahun memperoleh ijazah sarjana muda. Hajat dan nawaitu menggunung Tuan Abd Malek Abd Manan untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda wajar di puji.

Pada usia Emas beliau yang rata-rata berehat dan menikmati zaman pencen tidak melunturkan semangat beliau untuk mengambil program Ijazah – PJJ ( Jarak jauh ). Bagi Puan Onny Hazwani, kegigihan ayah beliau di uji kerana pada usia emas ini beliau tidak kekok untuk mengunakan kaedah moden seperti email, pautan di sesawang universiti dan lain2 demi mengejar cita-cita

Benarlah kata pujangga, Tuntutlah Ilmu sehingga ke Negeri China. Tuntut lah ilmu sehingga akhir hayat. Di doakan agar Tuan Abd Malek Abd Manan akan terus sihat dan di berkati urusan nya. Ikuti kisah dari anakanda beliau Puan Onny Hazwani

” Ini ayah saya. Umurnya bakal menjengah 69 bulan hadapan. Punya isteri, 5 orang anak, 12 orang cucu. Semasa muda, ayah tak berkesempatan belajar tinggi kerana keadaan ekonomi tak mengizinkan. Menurut mak, semangat ayah memang kuat. Semasa sudah anak 2, ayah mengambil MCE (sekarang dikenali sebagai SPM). Ayah berhenti dari tentera dan bekerja di sekolah. Rezeki ayah murah. Ayah ditukarkan ke PPD dan selepas itu ke jabatan pendidikan negeri.

Selepas ayah bersara, ayah masih lagi bekerja di tempat lain. Semua kerana saya yg masih belajar ketika itu. Abang2 dan kakak2 saya pula sudah habis belajar dan bekerja. Selesai saja saya mengambil master, ayah saya daftarkan dirinya dalam program ijazah jarak jauh untuk warga emas di USM.

pg-camp

 

Alhamdulillah..semangat ayah yang kuat telah dibuktikan dgn ijazah yang ayah dapat hari ini. Saya sangat terkilan kerana tak dapat hadir menyaksikan ayah naik ke atas pentas menerima segulung ijazah kerana tuntutan kerja dan anak yang masih kecil. Selesai saja kelas saya pada pukul 6 tadi cepat2 saya buka whatsapp update dari kakak dan abang saya. Saya menangis sebak, terharu…

Kenapa saya begitu sentimental?? Teringat semasa awal2 ayah mula belajar. Kerana ayah mengambil PJJ, kebanyakan assignment perlu dihantar secara online @ email. Ayah saya bukanlah seorang ‘computer literate’. Saya ajar ayah saya guna laptop. Macam mana nak save, print, download, upload, email, set password, dan banyak lagi..hehe. Saya pula bukan tinggal bersama parents. Bila saya balik hujung minggu selalunya ayah akan minta tolong ajarkan guna laptop. Bila saya tak balik pula ayah akan call tanya cara2 nak buat semua tu. Walaupun saya mengajar beratus-ratus pelajar setiap semester, mengajar seorang ayah perlukan pendekatan berbeza. Kadang2 saya dah ajar tapi ayah lupa dan ajar lagi, lagi dan lagi. Sebab tu saya sebak dan bangga sangat bila ayah akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah yg ayah impikan selama ni. Kami anak2 ayah bangga sangat.

TAHNIAH AYAH!!

Semoga kejayaan ayah ini memberi inspirasi kepada anak2 muda yg lain. Umur bukan penghalang menimba ilmu. “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”. ”

Terima kasih di ucapkan pada Puan Onny Hazwani atas perkongsian tentang ayah beliau yang memberi inspirasi. Semoga ia dapat menyuntik semangat rakan-rakan yang sedang mengikuti pengajian dalam mengapai ijazah yang di idamkan.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL