no comments

Soo Wincci Buktikan ‘Beauty with Brain’ dengan peroleh PHD

Ratu Cantik Pertama di angkat oleh Malaysia Book of Record sebagai  penerima Ijazah Doktor Falsafah ( PHD) , Dr Soo Wincci. Beliau membuktikan bahawa ‘beauty with brain’ dengan memperoleh PHD dari Open University Malaysia setelah 6 tahun berhempas pulas dengan pengajian nya.

“Saya berbangga akhirnya dapat menghabiskan pengajian selama enam tahun biarpun ada satu tahap saya rasa hampir putus asa. Ramai juga menganggap saya gila kerana terlalu kuat bekerja dan membahagikan dalam pelbagai bidang. Saya harap dengan ijazah kedoktoran ini dapat menjadi inspirasi kepada lain yang mahu menyambung pengajian mereka semula”

“Usaha saya dalam bidang akademik tidak akan putus setakat ini sahaja, lepas ini saya akan aktif memberi ceramah-ceramah di sekolah atau program akademik. Selain itu, saya juga merancang untuk menjadi pensyarah separuh masa di universiti ini (OUM), semuanya masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Dr Soo Wincci juga mempunya ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Di harap kisah ini memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk meyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL