no comments

Menulis Jurnal Gaya Jutawan

pen

Dalam entri sebelum ini, salah satu ciri-ciri orang yang berjaya adalah mereka menulis journal.

Tapi jangan hot hot chicken shit ye. Atau yang lebih parah, rasa macam tulis journal tapi not exactly wrote a journal. Rasa aje lebih. Bahaya ni.

Menulis journal memang merupakan salah satu habit mereka yang berjaya – dalam apa jua bidang. Dari zaman dahulu sampai la ke zaman sekarang.

Pernah lihat watak-watak dalam filem English, yang inventor zaman dahulu sentiasa menulis penemuan dan pemikiran mereka dalam sebuah buku? Dan buku itu sentiasa di bawa kemana mana kan.

Malah, saya pernah dikhabarkan seorang bos berbangsa Jepun yang amat pantas dalam kerja nya, mengamalkan penulisan journal sejak dia mula bekerja.

Apabila ada masalah, dibukanya kitab kecil itu. Dirujuknya solusi yang pernah dipakainya ketika dahulu. Kalau sesuai, dipakainya semula. Tak perlu re-invent the wheel.

Malah saya sendiri mengaku, habit penulisan journal memang membantu untuk kita gariskan idea-idea yang bersepah dalam kepala (macam puzzle sometimes) dan lebih bersedia untuk hadapi cabaran yang datang dengan idea tersebut.

Kadang kala, waktu saya berehat di kedai kopi sambil menikmati pemandangan ruang terbuka yang menghijau, idea memang datang mencurah-curah.

Waktu ni, memang kena tulis cepat-cepat dan susun idea-idea ini dalam bentuk mind-mapping. Ini cara sayalah… sebab dah biasa dengan mind mapping sejak zaman bangku sekolah. Setengah orang suka cara lain.

timeline-berkesan

 

Tapi, Macam Mana Nak Tulis Journal Yang Berkesan?

Soalan ini asalnya saya keutarakan kepada diri sendiri sebabnya, walaupun kita menulis journal – tidak semestinya journal yang kita tulis tu berkesan di untuk jangka masa panjang kan.

Dan pesan guru, kalau nak buat sesuatu, buat dengan cara yang betul. Gunakan teknik yang betul. Kalau tak reti sangat, copy cara mereka yang dah berjaya buat.

Jadi dalam artikel ini, saya nak berkongsi 5 tips penulisan journal yang diguna-pakai oleh mereka yang awesome.

Selamat Tinggal Keyboard. Hello Pen dan Kertas.

Dari zaman pra-sekolah sehinggalah ke zaman universiti, kita melatih otak kita untuk bertindak balas dengan penulisan dan lakaran yang menggunakan pen dan kertas.

Malah, kita secara tanpa sedar melihat printed teks sebagai satu rujukan ilmiah yang rasmi dan mungkin membosankan (buku teks? hehehe).

Jadi, untuk tulis journal, gunakan pen dan kertas. Sebaiknya gunakan pen yang banyak warna sebab warna lebih meransang daya ingatan kita.

 

pen2

 

Malah, waktu kita tengah melakar dan menulis idea dan fikiran kita tu, pergerakan tangan tu akan meningkatkan ingatan dan mengaktifkan bahagian otak kita yang melibatkan pemikiran, bahasa, pengurusan maklumat dan ingatan sementara. Rujukan.

Lagipun, ramai antara kita yang lebih pantas menzahirkan idea menggunakan pen dan kertas berbanding keyboard dan mouse kan. Kepantasan itu penting, sebab idea ni cepat betul meruwapnya kalau tidak diabadikan cepat-cepat.

Tulis Beberapa Penting Yang Kita Amat Bersyukur Sebelum Tidur atau Selepas Bangun Pagi

Bersyukur dan akan digandakan rezeki. Pernah dengar ungkapan ni?

Jangan pelik ye.. ramai hartawan dan jutawan di luar sana amat hebat pemahaman mereka dalam konsep bersyukur ini. Mereka amat percaya pada “The Power of Gratitude”.

Dengan bersyukur, mereka lebih menghargai apa yang mereka ada dan menggunakan apa yang mereka ada itu untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka. Kerana pada mereka, orang yang mensia-siakan rezeki yang sedang diperolehi kini adalah mereka yang tidak bersyukur.

Lebih banyak rezeki yang diperolehi, bermakna lebih banyak yang boleh disumbangkan dalam bentuk sedekah dan sumbangan.

 

pen3

Salah satu cara yang termudah untuk memupuk perasaan bersyukur dalam hati kita adalah dengan menulis ke dalam journal kita beberapa perkara yang berlaku pada diri kita pada hari ini dan kita bersyukur ke atasnya.

Fikirkan nikmat yang kita perolehi hari ini, tidak kisahlah ia sebesar mana. Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan pada kita maha banyak. Cuma mata hati kita yang macam tak berapa nak nampak, sebab dapat hari-hari.

Jadi dengan menulis journal ini, kita memaksa mata hati kita untuk melihatnya. Contoh-contoh rambang:

  • Hari ini, aku diberi peluang untuk bantu sorang pakcik buta lintas jalan. Feel good.
  • Klien lama contact balik dan bagi new job. Syukur.
  • Baby dah sembuh dari selsema. Alhamdulillah, tidur malam yang lebih nyenyak.
  • Hari ni minyak habis ngam-ngam kat stesen minyak. Syukur. Kalau habis 1 km sebelum stesen minyak pun… haru.
  • Hari ini hujan dan kilat berdentum. Terlupa tutup modem. Syukur modem tak rosak.
  • Hari ni dapat idea baru bagaimana untuk permudahkan client buat sekian dan sekian. Dia mesti seronok nanti.
  • Hari ni terbaca satu post kat FB pasal corak bisnes yang terfikir sebelum ni. Just what I need. Boleh assimilate dengan pattern yang ada sekarang.
  • Hari ni terbaca entri blog macam mana nak tulis journal gaya jutawan. Baru tau cara yang betul. Terima Kasih Allah.

Tak perlu tulis terlalu banyak. 3 ke 5 pun jadi lah. Nak tulis sebelum tidur kot. Macam mana nak karang banyak-banyak kan.

PS: Muhasabah diri 1 ketika itu lebih baik dari solat sunat sepanjang malam.

Malah, mengikut kajian yang dilakukan oleh UC Berkeley (selepas membelanjakan USD 3.1 juta), bersyukur membuatkan kita lebih optimis, meningkatkan kecenderungan untuk bersenaman (bersyukur dengan anugerah kesihatan?), dan meningkatkan kecenderungan untuk membantu orang lain. Bersyukur juga memangkin untuk kita mencapai impian hidup.

Mudah Untuk Di Bawa Ke Mana-Mana

Ini amat penting. Jangan tulis journal kat atas kertas kajang. Nanti kang bersepah tak tau nak simpan kat mana. Tulis lah di dalam buku yang mudah untuk di bawa ke mana-mana. Lebih afdhal kalau buku tu adalah hard cover. Lebih tahan lasak.

 

Daripada

Arham Zulqarnaen

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL