no comments

Literatur merujuk kepada keperluan-keperluan dalam melakukan tinjauan literature

 

#ShareTips

 

  1. Lengkapkan semua sumber yang berkaitan dengan carian maklumat untuk mendapatkan kajian-kajian yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan yang hendak dikaji
  2. Isu atau Masalah harus diselaraskan dengan kajian-kajian yang berkaitan agar focus kajian dapat dikenalpasti
  3. Targetkan literature agar releven, significant dan terdiri daripada kajian-kajian yang disumbang oleh penyelidik dan ahli ilmiah berpengetahuan serta berpengaruh dalam bidang kajian yang berkaitan
  4. Eksplisitkan kerangka kajian dengan menetapkan sempadan-sempadan teori dan konseptual daripada dapatan-dapatan kajian lampau dan terkini
  5. Rapatkan jurang kajian dengan mengaitkan kajian yang hendak ddikaji dengan kajian lain yang lebih besar melalui sesi dialog berterusan, mengisi lompang-lompang dalam kajian dan meneliti kajian-kajian lampau
  6. Alihkan pandangan dan penekanan keapda isu dan masalah yang perlu dikaji
  7. Tetapkan semua pemboleh ubah dalam bidang yang hendak dikaji
  8. Ubahsuai dan suaikan semua sumber data yang belum diterokai
  9. Rujukan daripada pelbagai sumber daoat mengkayakan pengalaman pembaca serta menampilkan idea dan pendekatan baru yang masih belum ditinjau. Ini sekaligus memastikan tinjauan literature adalah menyeluruh, lengkap dan dipersembahkan dengan gaya yang menarik dan menyakinkan pembaca

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL