no comments

Nilai Proofreading Di Mata Proofreader

10151818_10201844445900444_4340109425299681721_n

Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera.

Ramai yang tertanya-tanya kepada saya, apakah itu servis proofreading sebenarnya. Proofreading yang macam mana?

Secara peribadi, saya memandang berat akan setiap dokumen yang saya terima untuk dibaca pruf. Saya akan memperuntukkan waktu malam dan hampir seluruh tidur saya hanya untuk mencari ketenangan dan mencuba sehabis baik untuk menilai, membaca, membetulkan serta menyemak semula hasil penulisan klien. Maklumlah, kebiasaannya, proofreader terdiri daripada golongan yang bekerja di luar konteks editorial.

Pada saya, para klien meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada proofreader untuk mereka menerima dan mendapatkan hasil penulisan yang sangat baik dan memuaskan hati.

Proses proofreading sebenarnya menuntut penjiwaan yang baik, serta pemahaman yang tinggi bagi setap penulisan yang dibuat. Bukan semua orang faham apa yang kita tulis, dan bukan semua orang faham apa yang ingin kita sampaikan. Maka, di sinilah tugas proofreader di mana akan terus mencuba yang terbaik untuk menilai serta memasukkan elemen pembetulan secara harmoni ke dalam manuskrip yang diterima.

Sejujurnya dari kaca mata saya sebagai proofreader, setiap manuskrip amat dahagakan proses semakan. Di situlah servis proofreading menjalankan tugas dan keperluannya. Ia adalah penting bagi membina pengukuhan bagi kefahaman dan kualiti penulisan, lebih-lebih lagi manuskrip yang dihasilkan perlu dibentangkan dalam khalayak golongan akademik, mahupun masyarakat luar. Unsur-unsur jargon perlu diterangkan secara terperinci agar semua golongan mampu memahami isi kandungan penulisan, dan menjadikan ia sesuai untuk tatapan dan pemahaman umum. Dari sudut itu, pembaca dapat menilai nilai bahan pembacaan yang bersifat mesra umum, dan membenarkan seluruh lapisan masyarakat menikmati nilai tambah yang terdapat di dalamnya.

Selain itu, unsur pengulangan, dapatan unsur tidak logik, penyataan yang tidak relevan, dan kesalahan tatabahasa juga menuntuk sesuatu dokumen untuk dibaca pruf oleh proofreader bertauliah. Ini adalah penting bagi menjamin kualiti sesebuah penulisan, dan menjadikan setiap material pembacaan berada dalam lingkungan manfaat yang sama pada mata semua pembaca.

Usaha pembacaan pruf perlu diberi pencerahan dalam kalangan masyarakat pada masa kini, sekaligus menyuntik rasa ingin mendapatkan hasil yang terbaik bagi setiap karya penulisan yang kita hasilkan. Tiada ruginya mengguna khidmat proofreading ini, kerana semakan mata ketiga akan sentiasa menjadikan sesebuah material bacaan itu menjadi lebih baik dan lebih difahami.

Moga perkongsian ini bermanfaaat untuk semua.

Ikhlas dari,
Husna Noor Hamdan
Editor-in-Chief, Proofreader
17 Oktober 2016

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL