1 comments

8 Tips Bagaimana Saya Dapat Sambung Master di Jepun Tanpa Interview – Ummi Hasanah Zaidon

Tips ini dikongsikan oleh CikΒ Ummi Hasanah Zaidon penuntut master di International university of japan dan sekarang sedang mengikuti exchange program di Seoul National University selama 4 bulan (1 semester).

TIPS BAGAIMANA SAYA DAPAT SAMBUNG MASTER DI JEPUN TANPA INTERVIEW…πŸ‡―πŸ‡΅πŸŽŒπŸŽŽπŸš„πŸ±πŸ£

Bismillah….
Mutakhir ini, sebilangan pelajar Malaysia di Mesir yang terkandas untuk menyambung pelajaran gara-gara tidak mendapat bantuan biasiswa. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dapat sambung belajar ke Jepun TANPA SESI INTERVIEW dan BANTUAN KERAJAAN (JPA atau MARA).

Keinginan sambung belajar ke oversea amat tinggi dan saya sangat alert tentang hal-hal biasisiwa tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Pengalaman saya dapat sambung master di Jepun dlm bidang International Relations (IR) di International University of Japan (IUJ) dan mendapat bantuan pembiayaan belajar dari luar (bukan kerajaan Malaysia) adalah satu rezeki yang tidak di sangka-sangka. Tambahan pengalaman bekerja selama 3 tahun akhirnya berbaloi. Mungkin saya boleh berkongsi tips dan pengalaman bagaimana sambung belajar ke luar negara dan bantuan scholarship TANPA INTERVIEW.

1-PILIH UNIVERSITY ATAU PILIH NEGARA.
Pengalaman saya, dari tahun 2012 lagi dah check beberapa university yang menawarkan jurusan yang berkait rapat dengan degree saya. Oleh kerana saya terlalu minat dan kagum pada Jepun, jadi saya shortlist kan university yang offer IR atau Sains Politik di Jepun dan memberi keutamaan pembelajaran dlm ENGLISH. Saya zero Bahasa Jepun langsung tak tahu satu apa.

2- CONTACT PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITY (guna email)
Haa.. Yang ini penting sebab nak tau situasi university tu macam mana. Jangan risau atau malu, pihak admin university pasti membalas setiap email yang di kirim. Sebelum tu, tengok website university tu offer course dan subject apa. Masa saya dulu, macam-macam la saya tanya contoh nya keadaan dan environment, ada tak makanan halal, ada tak orang Malaysia kat university (note: I’m the only Malaysian at my university) Macam mana enrollment proses, apa scholarship yang di tawarkan etc. tanya la hal-hal berkaitan dan tunjukkan minat anda.

3- ALERT DAN SEARCH SCHOLARSHIP DARI GOVERNMENT LUAR ATAU PRIVATE ORGANIZATION.
Di sebabkan saya nak ke Jepun, jadi saya intai website embassy Japan di Malaysia. Sebelum ni, ada cuba beberapa scholarship seperti MONBUKAGAKUSHO atau MEXT(boleh rujukΒ http://www.my.embjapan.go.jp/English/JIS/study.htm) tapi TAK Berjaya. Mungkin bukan rezeki untuk saya. Dua kali saya mencuba 2013 dan 2014. Kali pertama dapat pergi exam tapi tak lepas. Kali kedua hantar application form tak lepas. Rasa hampa sangat dan masa tu memang give up sangat. Tapi saya memang suka kan cabaran dan SABAR itu penting.

4- YAKIN PADA DIRI DAN JANGAN PANDANG BELAKANG.
Yakin dan semangat tu penting. Doa jangan lupa. Setelah 2 kali gagal ujian MEXT dan 2015 saya tekad untuk amik IELTS sebab itu salah satu criteria ke IUJ. Dan akhirnya saya dapat band yang agak cemerlang (sesuai nak pergi JepunπŸ˜…) dan penuhi syarat dan criteria university. Tengok website university, apply online, alert bila deadline dan sebagainya. Di sebab kan saya tidak ada rujukan untuk bertanya senpai (senior) dari Malaysia maka nya saya terus kan niat murni saya ni.

one-day-workshop-on-critical-literature-review-mini-banner

5- TELITI BILA APPLY ONLINE DAN SUBMIT APPLICATION.
Apabila kita apply online ni agak rumit dan leceh. Macam-macam university saya request dan saya harus be very particular sebab sesetengah form kene hantar by COURIER. Make sure segala financial anda mencukupi dari amik exam IELTS sampai la hal-hal berkaitan dengan urusan hantar borang, reference letter dari lecturer yang agak complicated dan saya ingat kan pada diri saya yang orang jepun sangat-sangat teliti dan pasti kan setiap borang di semak. Masa ni masih bekerja lagi. Jadi, semua mesti cepat,teliti dan on time. Semua nya urus sendiri dan family mak abah, abang kakak tak de sape pon tau impian murni. Bukan apa tak mahu menyusahkan parents. Tapi masa nak mintak slip gaji tu akhirnya terkantoi jugak la. Tapi dah halfway. Jalan terussss.

6- CONFIRMATION DAN RECOMMENDATION DARI PIHAK UNIVERSITY.
Selepas dah settle semua masalah, pihak university bagi list scholarship yang tak pernah dengar seperti AEON (mall yang korang pergi tiap2 minggu tu), Mitsubishi, ADB, IMF, World Bank etc. Dengan jaya nya saya mendapat RECOMMENDATION dari pihak university untuk tajaan biasiswa dari ADB (Asian Development Bank). Memang tak pernah dengar pon scholarship ni. Tapi antara CRITERIA nya negara anda dlm list developing countries, EXPERIENCE keje 2-3 tahun la lebih kurang, umur kurang 35 tahun dan lain-lain. Bagi saya, sesiapa yang nak sambung master di luar, pengalaman berkerja amat lah penting sebab keyakinan mereka, cara kita berfikir, survival skills dan tak kisah la keje private atau government tapi harus CONSISTENT.

7- USAHA, DOA DAN TAWAKAL
Part ni semua orang paham kot macam mana penantian tu memang satu penyiksaan. Bayangkn dari 2012 saya search university, tahun 2013 dan 2014 tak lepas exam untuk dapat kan biasiswa. Maklum dengan situasi JPA, MARA dan isu-isu kerajaan nak stop hantar student ke overseas. Memang saya tak semak JPA dan MARA sebab tunggu punya tunggu tak keluar apa-apa announcement plak. Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan biasiswa dengan syarat RAJIN check online. Penantian beberapa bulan dari application, smpai la ke recommendation akhirnya dapat surat ADB hendak menaja saya TANPA INTERVIEW DAN BONDING dari mereka (cuma habis belajar pulang ke πŸ‡²πŸ‡Ύ). Alhamdulillah. Rezeki masing2 dan rezeki saya. Tak putus berdoa dan pada Allah saya berserah. Time ni parents dan adik bradik baru tahu dengan jelas misi dan visi saya. JANGAN BERPUTUS ASA.

8- AKHIRNYA, pada tanggal September 20, 2015 berlepas dari KLIA dengan perbelanjaan DUIT SIMPANAN SENDIRI dari A sampai Z dan selamat tiba dia NARITA airport esok (duit tiket di beri setelah tiba di university). Pada masa tu takde pun kawan2 Malaysia tunggu sebab tak kenal ( takde la sedih sangat tapi macam tu la). Maka nya, saya dah berjanji dengan kawan dari INDIA yang sama-sama hendak pergi university dan masing-masing TAK TAHU Bahasa Jepon. Berbekal kan perkataan ARIGATOU GOZAIMASU (TERIMA KASIH) dan SUMIMASEN (EXCUSE ME, I’AM SORRY) kami selamat smpai ke university dengan shinkansen (bullet train). Apa pun DOA, SEMANGAT jangan berputus asa ADALAH sgt penting. Terima kasih pada mereka yang membantu saya secara langsung atau tidak (you know who you are). Sekarang ni saya berada di Korea buat exchange program di Seoul National University (SNU). Macam mana tu nanti la part ke 2 saya smbung. Banyak sangat hendak di kongsikan. Selamat Berjaya.

Assalamualaikum.
[email protected] 1:57am
“γ§γγ‚‹γ¨γ—γ‚“γ˜γ¦γ„γΎγ™: aku percaya aku bisa”

 

 

 

 

 

 

 

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Mariah

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL