no comments

Jenis Pembentukan Soal Selidik Untuk Penyelidik

Prinsip bagi membangunkan soal selidik atau jadual temubual sebenarnya adalah agak ‘straight forward’ tetapi memerlukan pertimbangan yang agak teliti kerana ia dapat membantu kita untuk

  • Membuat keputusan apa yang perlu termasuk pengoperasian
  • Pemilihan area untuk pertanyaan soalan
  • Pembinaan soalan
  • Jenis-jenis soalan
  • Susun atur kaji selidik
  • Meningkatkan kadar tindak balas

Terdapat dua jenis soalan soal selidik iaitu:

  • Open-ended
  • Closed-ended

Soalan Open-ended
Soalan ‘open-ended’ memberi peluang kepada audien untuk meluahkan pendapat secara bebas. Soalan-soalan ini tidak ditetapkan set-set jawapan dan responden bebas untuk menjawab apa sahaja yang dirasakan betul.
Di sini, anda akan mendapat sebuah jawapan yang agak berwawasan dan juga yang tidak dijangka.
Soalan kualitatif termasuk dalam kategori ini. Soalan terbuka tidak menawarkan kategori kemungkinan jawapan, responden bebas untuk menjawab menggunakan perkataan mereka sendiri.

minibanner-questionnaire-design

Soalan Closed-Format
Soalan jenis ini adalah soalan aneka pilihan, di mana jawapan aneka pilihan yang diberikan adalah terhad dan
responden perlu memilih antara mana-mana soalan. Tiada had tetap sebanyak mana aneka pilihan harus diberikan dan nombor boleh jadi genap atau ganjil. Salah satu kelebihan utama termasuk soalan format tertutup dalam reka bentuk soal selidik anda ialah kemudahan untuk melaksanakan analisis awal. Soalan-soalan ini sesuai untuk mengira data statistik dan peratusan, di mana set jawapan adalah diketahui.

Soalan aneka pilihan, di mana soalan aneka pilihan diberikan dan responden terhad untuk memilih mana-mana jawapan. Tiada had tetapi bagaimana aneka pilihan harus diberikan, nombor soalan boleh jadi genap atau ganjil

Apa-apa pun kepentingan untuk kita mengetahui pembinaan soal selidik ini adalah supaya dapat memeriksa tujuan soalan diberikan, membinan item yang bergunan untuk penyelidikan, merekodkan pertanyaan soalan yang terbaik dan juga boleh untuk bertanya soalan yang sama lebih dari sekali.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL