no comments

Tips Habiskan PHD 3 Tahun

 

6 TIPS HABISKAN PHD 3 TAHUN
#TIPS

Melakukan kajian bukan semudah yang disangka. ada sebilangan tergelincir di tengah landasan, ada juga sebilangan yang tak dapat pun nak mulakan..

#Tips 1 : Buat perancangan timeline penyelidikanpada hari pertama menjadi pelajar PhD.

Antara kesilapan yang selalu dilakukan pada tahun pertama pengajian adalah mengambil remeh perancangan timeline ini. Tahun pertama adalah tahun yang kritikal untuk perjalanan penyelidikan. Apa yang perlu dilakukan?
i) Ambil pen dan kertas, buat plan atau topik yang akan diteliti selama 3 tahun.
ii) Study plan perlu spesifik, seperti apa sumbangan kajian, berapa lama masa perlukan.
iii) Buat perbincangan dengan supervisor kerana supervisor lebih pakar di dalam bidang tersebut. Kita yang baru bermula mungkin tidak nampak secara jelas sumbangan akademik PhD kita. Di sini, komunikasi yang jelas dengan supervisor sangat diperlukan.
iv) Antara soalan yang perlu ditanya kepada supervisor, “apa perkara asas di dalam bidang saya yang perlu saya kuasai?”, “boleh tuan cadangkan buku, jurnal atau paper yang boleh saya baca untuk saya biasakan diri dalam bidang saya ini”.
Soalan sebegini nampak ringkas, namun sebenarnya ia membawa impak yang besar kepada kita yang baru bermula. Fungsi supervisor adalah supaya kita tidak tersesat di dalam pelayaran PhD. Jadi, kita kena dapatkan nasihat daripadanya sebanyak yang mungkin. Ia juga menunjukkan komitmen terhadap kajian dan kepada supervisor serta mewujudkan first impression yang baik kepada supervisor yang akan membawa banyak kebaikan pada masa depan

#Tips 2: Kekalkan hubungan yang baik dengan supervisor.
Menyambung pengajian peringkat Phd adalah diibaratkan kita dan supervisor akan menjadi pasangan rapat. Segala hala tuju pengajian adalah atas dasar persetujuan diri kita dan supervisor . Di sini pentingnya hubungan baik dengan supervisor. Hubungan yang keruh dengan supervisor hanya akan menyukarkan proses pengajian Sebaiknya, cuba jaga hati supervisor walaupun terdapat beberapa perkara yang mungkin kita tidak bersetuju dengannya. Di sini pentingnya kemahiran soft skills di mana kita dan supervisor perlu berbincang untuk mendapatkan kata putus terhadap sesuatu perkara. Jikalau supervisor senang terhadap anda, mereka tidak akan segan silu menghulurkan pertolongan sekiranya kita dalam kesusahan atau pun nampak jalan buntu semasa sesi kajian berjalan Hubungan yang baik dengan supervisor akan menghasilkan output perbincangan yang baik sekaligus memudahkan proses kajian.

#Tips 3: Perlu bersedia untuk berkorban banyak perkara
Pengorbanan yang pertama adalah perubahan mental. Kebiasaannya pelajar Phd adalah merupakan pelajar yang sudah pernah bekerja, sudah berkahwin ataupun sudah mempunyai anak. Menyambung Phd beerti perlu berkorban masa, wang ringgit dan kasih sayang kepada anak-anak, isteri dan keluarga. Pengalaman sendiri, saya banyak menghabiskan masa di perpustakaan sehingga larut malam untuk membuat kajian penyelidikan saya. Ada masanya jika perlu, saya terpaksa datang pada hujung minggu. Keletihannya amat terasa, pulang lewat malam dalam keadaan yang sangat letih. Anda hanya memikirkan tilam sahaja sewaktu itu. Rumah menjadi tidak terurus kerana fikiran runsing masalah kajian.
Dari segi wang ringgit pula, jika dahulu pernah bekerja. bebannya akan terasa apabila biasiswa yang dapat tidaklah sebanyak gaji dahulu sehingga terpaksa berhutang untuk makan dan membayar sewa rumah. selain daripada itu, pandangan orang ramai seakan kita tidak mempunyai kerjaya dan tidak habis-habis belajar. Makcik di kampung pula sibuk bandingkan dengan anaknya yang sebaya dan sudah berkerja. Boleh beli kereta mewah, tapi kita masih hidup cara orang miskin.
Masa bersama keluarga, anak-anak, ibu bapa akan berkurangan. Namun perlu diingatkan, walaupun sesibuk mana kita jangan sesekali mengabaikan orang yang rapat dengan kita seperti isteri dan ibu bapa. Mereka inilah yang sebenarnya banyak mendoakan kita dan menyebabkan segala urusan kita ini dimudahkan. Orang lain biasanya hanya akan nampak kita apabila kita sudah berjaya. Namun, mereka yang kita sayanglah akan bersama-sama dengan kita semasa kita senang dan susah. Pendek kata, hargailah mereka jika tidak anda akan menyesal.

#Tips 4: Cuba hasilkan penerbitan seawal yang boleh
Antara syarat mendapat Phd adalah anda perlu menghasilkan penerbitan jurnal dan konferen. Ini tips yang saya boleh berikan. Anda perlu set matlamat seperti berikut :
– Tahun 1 : Hasilkan 2 kertas konferen
– Tahun 2 : Hasilkan 1 kertas konferen dan 1 jurnal
– Tahun 3 : Hasilkan 1 jurnal
Secara idealnya, jikalau dapat menghasilkan penerbitan jurnal dengan impak faktor lebih awal, itu adalah lagi bagus. Namun, secara realistik adalah amat sukar memandangkan pada tahun pertama kita masih tidak mempunyai sebarang hasil kajian. Jadi, adalah lebih realistik dengan meletak matlamat mendapatkan jurnal impak faktor pada tahun kedua pengajian.
Kenapa perlu ada jurnal? Kerana jurnal impak faktor merupakan tiket awal untuk mendapatkan Phd. Apabila sudah ada jurnal, hati akan jadi lebih tenang melakukan kajian kerana satu syarat untuk Phd sudah tercapai. Jadi, terus fokus kepada sumbangan Phd anda sehingga tahun akhir pengajian.

#Tips 5 : Phd sebenarnya anda hanyalah selama 2 tahun 6 bulan, bukannya 3 tahun
Ramai yang terlepas pandang benda ini. Untuk mendapatkan GOT (graduate on time), kajian pelu dihabiskan dalam masa 2 tahun 6 bulan sahaja. Bukannya 3 tahun. 6 bulan terakhir digunakan untuk fokus sepenuhnya kepada penulisan tesis sahaja. Penulisan tesis pula perlu bermula seawal yang mungkin.Menulis tesis bukannya kerja yang mudah, memerlukan banyak masa dan perlu dilakukan dengan tenang untuk mendapatkan ilham. Selain itu, tesis perlulah melalui proses suntingan dan proof read untuk memastikan tesis anda benar-benar mencapai piawaian tesis peringkat Phd. Mulalah menulis tesis seawal yang mungkin.

#Tips 6 : Tahu limit anda dan belajar berhenti
Apabila melakukan kajian, sifat ingin tahu terhadap sesuatu perkara akan membuak-buak. kita rasa setiap elemen di dalam kajian anda perlu diketahui sebabnya. Sehinggakan kadang kala tidak tahu berhenti dan merasakan kajian belum lengkap walaupun sudah lebih 3 tahun melakukan kajian. timbul rasa tidak yakin dengan kajian dan hasil kajian tidak mencukupi. SILA SEDAR had anda. Dapatkan nasihat supervisor, dan ingatlah tesis tidak perlu 100% sempurna.kita manusia biasa yang tidak terlepas dari salah. Belajar berhenti, buat yang terbaik dan selebihnya serahkan urusan kepada Allah.

2 kes yang berbeza dan menghasilkan 2 output berbeza.
Kes 1 : Ali menghantar tesis pada tahun ketiga pengajian, namun beliau diberikan pembetulan selama setahun selepas viva kerana hasil kajiannya masih belum cukup.
Kes 2 : Abu pula menghantar tesis pada tahun keempat pengajian kerana merasakan tesis beliau masih banyak perlu ditambah dan tidak cukup. Abu banyak menghabiskan masa membuat kajian dan tidak menulis.
Bagi kes 1, Ali sudah menghantar tesis dan beliau tahu apa perlu selepas diberi komen oleh panel pemeriksa. Jadi, Ali sudah tahu apa kekurangan di dalam tesisnya.
Bagi kes 2 pula, Abu pula masih terkial-kial merasakan diri tidak cukup. Abu hanya boleh menghantar tesis pada tahun keempat. Namun, pada jangka masa yang sama dengan Ali, Abu masih tidak tahu bagaimana keinginan panel pemeriksanya. Berpuas hati atau tidak. Jikalau panel pemeriksa mahukan 1 tahun pembetulan, masa yang diambil Abu lebih lama dari Ali. Nampak kan perbezaan keduanya?

#Kesimpulan
1. Hasilkan jurnal seawal yang mungkin.
2. Penat lelahlah kerana Phd anda, kerana nikmat akan dapat rasa kemudian. Dan ia amat berbaloi!
3. Ingat, Phd hanya selama 2 tahun 6 bulan. Selebihnya adalah masa menulis tesis.
4. Tahu masa yang sesuai untuk hentikan kajian
5. Buat yang terbaik, kemudian tawakalah kepada

Kredit : Dr Muhammad Aizatt

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL