no comments

5 TIPS MEMBINA RESEARCH PROPOSAL

1) Langkah 1: Pilih dan fahami tentang bidang kajian dan skop pengkhususan yang
anda minati

Setiap orang mempunyai minat berbeza. Dalam melaksanakan kajian, asasnya harus jelas dengan bidang kajian yang anda suka. Sebagai contoh, bidang kajian yang saya minati ialah Facilities Management (FM). Tapi, bidang ini luas. Ada banyak skop yang boleh dikhususkan. Jadi, sebagai contoh pengkhususan yang saya suka dalam FM ialah Building Performance Assessment.
.
Bidang kajian: Facilities Management
Skop pengkhususan: Building Performance Assessment (kajian tentang prestasi bangunan dari pelbagai aspek dan behaviour pengguna banggunan)
.
Jadi, bila dah minat, pasti kita akan pilih dan fahami skop ini. Macam mana nak fahamkan skop ini? Tiada kaedah lain ya, selain dari membaca. Jika extra rajin, boleh la interview mereka-mereka yang arif tentang skop ini untuk dapatkan lebih pemahaman.

2) Langkah 2: Mencari Gap atau Isu di dalam skop pengkhususan.
=============================================

Bila dah memulakan step 1, pasti kita akan mula membaca jurnal-jurnal berkaitan. Ini dipanggil sebagai “pilot articles”, iaitu artikel awalan yang perlu dibaca oleh penyelidik, relate dengan pengkhususan yang diminati tadi. Dari pilot articles ni, baru lah nampak gap atau isu yang perlu dikaji dengan lebih lanjut (boleh rujuk tentang mencari research gap melalui entri terdahulu di sini). Sebagai contoh, gap yang diperolehi ialah “…kurang atau tiada ratings system/tools dibangunkan untuk menilai prestasi bangunan di sekolah-sekolah kerajaan”. Gap perlu disertakan dengan bukti-bukti dari kajian lepas.
.

3) Langkah 3: Membina soalan kajian
========================

Apabila gap telah diperolehi, di sinilah wujudnya persoalan. Persoalan ini dipanggil sebagai soalan kajian atau “research questions”. Kajian kita ni sebenarnya lebih kepada proses untuk menutup gap tersebut (closing the loop), jadi soalan kajian boleh jadi lebih dari satu soalan. Sebagai contoh, lanjutan dari gap tadi, soalan kajian yang timbul ialah “Apa parameter atau items yang perlu ada untuk membina rating system?”
.

Research Proposal

4) Langkah 4: Membina matlamat utama dan objektif kajian
========================================

Research aim (matlamat utama) dan research objectives dibina dari persoalan kajian. Mohon jangan terlalu ‘ambitious’ dalam meletakkan objektif kajian, khuatir objektif akan sukar dicapai. Objektif harus relate dengan soalan kajian. Sebagai contoh, objektif dari soalan tadi ialah “to determine parameters for building performance rating system in….”
.

5) Langkah 5: Membina tajuk kajian!
========================

Di sini lah step yang sepatutnya tajuk kajian itu dibina. Setelah ada gap, soalan, matlamat utama dan objektif kajian, barulah ada tajuk yang sesuai untuk diletakkan sebagai cadangan kajian anda. Jadi, jika dilihat contoh yang diberikan di step-step di atas, apakah tajuk kajian yang sesuai dibina??
.

Semoga berjaya!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL