no comments

Jawpan Terbaik Kepada Soalan Temuduga: #124

JAWAPAN TERBAIK KEPADA SOALAN TEMUDUGA: #124

 

SOALAN: Apakah aspek yang menyebabkan kerja anda selalu dikritik?

 

JAWAPAN: Saya masih ingat lagi tugasan kerja pertama saya sewaktu menjadi pembantu pemasaran. Saya mengambil masa begitu lama untuk mengenal pasti permasalahan yang berlaku. Saya telah membuat semakan terhadap perancangan pemasaran dan ternyata ia begitu sukar untuk saya mendapatkan jawapannya. Lebih malang lagi apabila tiba waktu pembentangan dihadapan pengurus atasan, saya gagal membentangkannya dengan baik. Kertas kerja saya ditolak. Walaubagaimanapun saya telah memohon untuk diberi peluang dan mengambil masa selama 2 minggu untuk menyediakan kembali laporan dan pembentangan saya. Percubaan kedua pembentangan saya telah mendapat kelulusan dari pengurus atasan. Tambahan lagi, cadangan saya juga diterima oleh semua orang.

 

TIPS: Soalan ini adalah sama dengan soalan berkenaan kelemahan. Cuba beri contoh semasa permulaan bekerja. Bincangkan apa yang anda lakukan untuk mengatasi situasi dan memperbaiki kerja anda. Anda juga boleh membincangkan bagaimana kegagalan anda dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk memberikan sepenuh perhatian dalam setiap kerja anda.

.

++ Walau pun anda tidak perlu tip temuduga ini. Mohon share kan kepada yang amat memerlukan ++

.

Shuhairy Norhisham

Group Career Coaching

Bandar Baru Bangi

.

Maklumat lanjut:

Buku : http://bit.ly/22y5KOM

Buru Kerja : http://bit.ly/29acXl4

.

‪#‎groupcareercoaching

‪#‎gcc

‪#‎soalaninterview

‪#‎tipsinterview

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL