no comments

Jawapan Terbaik Kepada Soalan Temuduga: #122

JAWAPAN TERBAIK KEPADA SOALAN TEMUDUGA: #122

 

SOALAN: Bagaimana anda rasa apabila berlaku kesilapan terhadap projek? Bagaimana anda mengatasinya?

 

JAWAPAN: Sudah semestinya saya akan memastikan projek saya berjalan dengan lancar pada setiap masa. Walau bagaimanapun dalam industri ini, perubahan mungkin akan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Saya cuba untuk merealisasikannya dan sanggup menyeberangi setiap rintangan yang dihadapi. Selalunya saya cuba untuk mendapatkan pelan alternatif dan bersedia untuk menghadapi masalah ini. Tetapi kadang-kadang anda tidak dapat memikirkan masalah yang akan berlaku sehingga ianya berlaku dengan sendiri. Pada dasarnya saya hanya bersedia untuk menghadapinya.

TIPS: Soalan ini agak sukar. Namun calon yang memahami perkara ini akan menyakinkan penemuduga bahawa dia boleh menguruskan masalah projek dengan profesional. Penemuduga mungkin tidak akan bertanya secara langsung, “ anda boleh bekerja di bawah tekanan?” walaupun itu adalah maksud yang sebenar. Jawapan “ Saya tidak boleh bekerja di bawah tekanan” kepada soalan ini adalah bukan jawapan yang sesuai.
.
++ Walau pun anda tidak perlu tip temuduga ini. Mohon share kan kepada yang amat memerlukan ++
.
Shuhairy Norhisham
Group Career Coaching
9.30am
Bandar Baru Bangi
.
Maklumat lanjut:
Buku : http://bit.ly/22y5KOM
Buru Kerja : http://bit.ly/29acXl4
.
‪#‎groupcareercoaching‬
‪#‎gcc‬
‪#‎soalaninterview‬
‪#‎tipsinterview‬

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL