no comments

Jawapan Terbaik Kepada Soalan Temuduga: #121

JAWAPAN TERBAIK KEPADA SOALAN TEMUDUGA: #121

 

SOALAN: Apakah kelemahan anda yang terbesar?

 

JAWAPAN: Saya akui ingin menjadi seorang yang sempurna. Saya begitu menitik beratkan hal-hal kerja saya dan saya juga komited untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Kadang-kadang jika saya tidak berhati-hati, ianya akan menjadi keterlaluan. Saya belajar bahawa kerja tidak mungkin selalunya sempurna. Kadang-kadang kita perlu memilih yang lebih penting dan mengabaikan yang lain untuk lebih produktif.

TIPS: Ini adalah contoh terbaik untuk persoalan yang negatif. Soalan negatif adalah antara soalan kegemaran penemuduga kerana mereka dapat mengetahui masalah atau kelemahan anda. Kunci untuk menjawab soalan ini adalah memutarkannya dengan jawapan yang positif. Untuk menjawab soalan ini, anda boleh mengakui kelemahan anda tetapi pastikan ianya tidak mengganggu bidang yang anda pilih dan tekankan bagaimana anda mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut. Apa sahaja yang anda lakukan, jangan menjawab soalan ini dengan mudah seperti “ Saya tidak boleh berfikir apa-apa” atau paling teruk, “ Saya tidak mempunyai apa-apa kelemahan utama”. Ini adalah jawapan yang menyebabkan anda di tolak.
.
++ Walau pun anda tidak perlu tip temuduga ini. Mohon share kan kepada yang amat memerlukan ++
.
Shuhairy Norhisham
Group Career Coaching
Bandar Baru Bangi
.
Maklumat lanjut:
Buku : http://bit.ly/22y5KOM
Buru Kerja : http://bit.ly/29acXl4
.
‪#‎groupcareercoaching‬
‪#‎gcc‬
‪#‎soalaninterview‬
‪#‎tipsinterview‬

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL