no comments

Jawapan Terbaik Kepada Soalan Temuduga: #118

JAWAPAN TERBAIK KEPADA SOALAN TEMUDUGA: #118

 

SOALAN: Mengapa anda kurang penglibatan dalam aktiviti ko kurikulum?

 

JAWAPAN: Sebenarnya saya ingin fokus kepada pembelajaran saya. Saya belajar di sebuah universiti di bandar kecil dan saya berhasrat untuk mendapatkan banyak A kerana ingin melayakkan diri untuk terus menginap dikolej tersebut. Saya banyak menghabiskan masa mengulangkaji mata pelajaran. Masa untuk saya bersosial dan mencari kawan baru pula hanyalah pada hujung minggu. Setiap hujung minggu, kami akan mengadakan aktiviti bersama-sama seperti bermain futsal, memancing dan sebagainya. Walaupun penglibatan dalam aktiviti ko kurikulum adalah kurang, saya tetap mengadakan aktiviti sendiri bersama rakan-rakan saya.

TIPS: Penemuduga mungkin bimbang jika anda tidak mempunyai banyak pengaruh luar, akan akhirnya akan memberikan kesan yang negatif. Calon perlulah mempunyai minat untuk kerja di luar tempat kerja. Jika anda tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum sama ada di sekolah atau di universiti, anda mungkin boleh bercakap mengenai minat anda seperti membaca, bersenam, berkhemah, kembara dan sebagainya. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai minat untuk terlibat dalam olahraga walaupun anda bukan pasukan olahraga sekoalah ataupun universiti.
.
++ Walau pun anda tidak perlu tip temuduga ini. Mohon share kan kepada yang amat memerlukan ++
.
Shuhairy Norhisham
Group Career Coaching
Bandar Baru Bangi
.
Maklumat lanjut:
Buku : http://bit.ly/22y5KOM
Buru Kerja : http://bit.ly/29acXl4
.
‪#‎groupcareercoaching‬
‪#‎gcc‬
‪#‎soalaninterview‬
‪#‎tipsinterview‬

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL