no comments

Jawapan Terbaik Kepada Soalan Temduga:#119

JAWAPAN TERBAIK KEPADA SOALAN TEMUDUGA: #119

 

SOALAN: Mengapa anda membuat keputusan untuk mengambil subjek sejarah sebagai subjek utama?

 

JAWAPAN: Keputusan pemilihan subjek ini merupakan perkara yang sukar pada waktu itu. Sejujurnya saya lebih berminat mendalami subjek berkaitan dengan kerajaan, hubungan antarabangsa dan ekonomi. Pembelajaran sejarah memberi peluang kepada saya untuk menggabungkan ketiga-tiganya terutama apabila menumpukan kepada subjek sejarah ekonomi. selain itu, saya juga mendapati bahawa terdapat beberapa professor di jabatan ini mempunyai pengaruh dan pengetahuan yang luas. Hal ini telah menguatkan asbab saya mengapa memilih subjek sejarah sebagai subjek utama dalam pengajian saya.

TIPS: Tunjukkan bahawa anda mempunyai sebab yang logik untuk memilih subjek major anda. Jika anda tidak dapat mempertahankan pilihan anda, penemuduga akan tertanya-tanya berapa banyak tanggapan anda dalam memilih kerjaya. Anda juga perlu memastikan bahawa sebab-sebab anda memilih subjek itu serasi dengan pilihan kerjaya anda. Sebagai contoh, tidak menyatakan bahawa anda mempunyai subjek Inggeris sebagai subjek utama anda kerana anda minat dengan sastera dan penulisan jika anda memohon untuk jawatan sebagai jurubank..
.
++ Walau pun anda tidak perlu tip temuduga ini. Mohon share kan kepada yang amat memerlukan ++
.
Shuhairy Norhisham
Group Career Coaching
Bandar Baru Bangi
.
Maklumat lanjut:
Buku : http://bit.ly/22y5KOM
Buru Kerja : http://bit.ly/29acXl4
.
‪#‎groupcareercoaching‬
‪#‎gcc‬
‪#‎soalaninterview‬
‪#‎tipsinterview‬

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL