no comments

Tips Sebelum Membuat Soal Selidik

Perkara-perkara  yang perlu diberi perhatian sebelum membuat soal selidik

Soal selidik ialah satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis. Justeru itu ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membuat soal selidik.

1.Kesesuaian kajian

Kajian mesti sesuai dengan responden yang hendak diambil. Soal selidik yang dirangka dan dijawab oleh responden mampu menjawab persoalan kajian. Pastikan penggunaan soal selidik mampu dijawab dan dapat menjawab persoalan yg ingin dikaji.

2.Kesesuaian soalan utk kajian.

Soalan dalam soal selidik perlu dibuat pilihan agar soalan-soalan yang dimasukkan adalah sesuai dan memenuhi kehendak kajian berkenaan. Penyelidik perlu memikirkan bagaimana setiap soalan yang dikemukakan boleh menyumbang untuk menjawab persoalan kajian. Elakkan soalan-soalan yang nampak penting tanpa memikirkan terlebih dahulu kegunaan, cara pengukuran dan sumbangan soalan-soalan berkenaan bagi mencapai objektif kajian. Untuk memastikan kegunaan soalan berkenaan, penyelidik perlu memikirkan bagaimana jawapan-jawapan tersebut akan dianalisis (kaedah gambarajah, jadual, graf dan lain-lain).

3.Kesesuaian soalan dengan responden

Soalan-soalan yang dikemukakan mesti sesuai dengan responden atau kumpulan sasaran kajian. Kesesuaian ini termasuklah dalam aspek bahasa, kompleksiti soalan, susunan dan lain-lain.Untuk memastikan soal selidik sesuai dgn responden:

  1. a) Guna 2 atau lebih soal selidik yg berlainan bagi kumpulan sampel yg berlainan.

Walaupun set soalannya adalah berbeza untuk kumpulan yang berbeza, tetapi kerangka asas soalan dan jangkaan jawapan yg diperolehi adalah sama – mugkin perlukan kos yang tinggi.

b)Gunakan perkataan-perkataan yang membolehkan penemubual memilih ayat-ayat yang sesuai dan mudah difahami oleh kumpulan sasaran.

c) Menggunakan soalan-soalan langkauan, soalan-soalan langkauan ini dilakukan dgn menanyakan terlebih dahulu soalan penapis.

Selepas responden memberikan jawapan utama dalam soalan penapis, soalan yang lebih terperinci disediakan.

Soalan sebegini digunakan bagi memastikan maklumat utama yang ingin dipungut diperolehi terlebih dahulu.

Beberapa cara boleh digunakan agar isu sensitif terjawab atau diubah dan diolah semula.

*Merangka soalan supaya memaksa responden menafikan atau membenarkan perkara tersebut.

Soal selidik direkabentuk terhadap sesuatu isu sensitif berkenaan dengan menganggap bahawa semua responden melakukan atau terlibat dengan kejadian dan perkara tersebut, tetapi disertakan pula dengan pilihan yang menyatakan tidak melakukannya.

Soalan sebegini memaksa responden menjawab soalan sensitif berkenaan secara tidak langsung.

Contoh : Saya kerap memberikan wang kopi kepada pegawai-pegawai di pejabat tanah untuk mempercepatkan urusan saya.

( ) tidak pernah

( ) kadang-kadang

( )kerap

( ) sangat kerap

*Merangka soalan yg mempunyai anggapan bahawa tidak terdapat pemuafakatan dari segi moral bagi sesuatu perkara.

Soalan sebegini bagi memastikan responden merasa tidak bersalah sekiranya melakukan perkara berkenaan dan akan menjawabnya secara tidak  langsung.

Contoh : Ada ulama yang mengatakan bahawa merokok itu harus, dan ada pula ulama yang mengatakan haram. Apa pendapat anda?

( ) harus

( ) haram

*Merangka soalan yang menunjukkan bahawa sesuatu tingkah laku itu bukannya melencong, tetapi telah diamalkan dengan meluas dan diterima umum.

Contoh: Masyarakat umum mengganggap bahawa bersekedudukan adalah trend semasa pada zaman sekarag dan sesiapa yang tidak melakukannya dianggap kolot. Adakah anda melakukannya?

( ) ya

( ) tidak 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL