no comments

Jurutera Ini Kongsikan Pengalaman Beliau Sendiri Dalam Menilai Resume

Nota Editor: Artikel ini telah dikirimkan oleh seorang Jurutera Mekanikal yang berpengalaman selama 11 tahun iaitu Ir Anuar bin Ab Rani. Artikel ini ditulis oleh beliau sendiri sebagai rujukan pembaca. Semoga bermanfaat!

Artikel kali ini ditulis mengenai pengalaman menilai “resume” atau pun “CV” (Curriculum Vitae) samada untuk rakan-rakan, adik-beradik, ipar duai dan juga kenalan. Pada asasnya, “resume” dan CV ialah satu dokumen yang hampir sama isi kandungannya, tetapi berbeza pada bahagian-bahagian tertentu iaitu CV adalah dokumen yang paling lengkap atau terperinci berbanding resume. CV adalah yang dokumen yang paling ideal untuk golongan graduan Malaysia(pada pandangan saya) atau pencari kerja di Malaysia. Kedua-dua dokumen tersebut disediakan untuk tujuan yang sama, iaitu sebagai profil diri untuk si pencari kerja dan sebagai rujukkan majikan.

Namum demikian, CV adalah ideal kepada seseorang yang mempunyai banyak pengalaman atau bagi tujuan penyediaan profil yang lebih lengkap samaada untuk aplikasi mencari kerja atau untuk tujuan perniagaan atau untuk tujuan promosi diri atau sebagai sumber rujukkan pelanggan. “Resume” pula ideal bagi pencari kerja yang pengalamannya dalam lingkungan 0 – 3 tahun. kenapa? Kerana seseorang yang mempunyai pengalaman kurang dari 3 tahun masih dikira sebagai “fresh Entry Level”. Jadi kepada graduan yang ingin digelar sebagai pekerja yang berpengalaman, mereka digalakkan untuk berkerja lebih dari 3 tahun sebelum mereka melompat ke tempat yang lebih baik. Jika diperhatikan pada zaman ini, ramai antara graduan-graduan didapati bertukar kerja tidak lebih dari 1 tahun berkerja, ada yang 3 bulan, 6 bulan atau 2 bulan. Kaedah bertukar kerja yang terlalu kerap tidak digalakkan kerana, dengan bertukar kerja dalam masa yang singkat akan menyebabkan anda tidak ada pengalaman dan juga akan menyebabkan nilai resume/CV anda tidak bermutu pada pandangan mata majikan.

Berdasarkan pengalaman saya menilai, merombak atau membina resume kawan-kawan, rakan-rakan, kenalan, adik-beradik, ipar duai atau sesiapa sahaja, didapati ada beberapa kelemahan pada resume mereka. Saya bukan “terer” buat resume, tetapi berdasarkan pengalaman memohon perkerjaan dan juga menghadiri temuduga berkali-kali, saya telah mempelajari banyak benda dalam pembangunan resume/CV dan juga kaedah menghadiri temuduga. Oleh itu, dengan sukacita saya kongsikan beberapa kelemahan yang dibuat oleh mereka dan mungkin graduan di luar sana membuat kesilapan yang sama. Artikel ini menyediakan kelemahan dalam rekabentuk resume dan juga kaedah penyelesaiannya.

Artikel ini adalah sebagai rujukkan sahaja dan ianya ditulis berdasarkan pengalaman berserta kajian saya sendiri dalam lapangan “Resume/CV/Temuduga”. Dalam merekabentuk resume, ianya tidak ada salah atau 100% betul dan ianya bergantung kepada kreativiti perekabentuk resume/CV tersebut. Apa yang saya tulis adalah perkongsian dan juga sebagai rujukkan buat graduan di luar sana.

  1. Dokumen
    1. Ada beberapa resume yang saya jumpa menggunakan kertas berwarna seperti kuning, biru, unggu, “pink” dan sebagainya. Jika dilihat dari sudut professional, kertas berwarna adalah tidak sesuai dan haruslah digantikan kepada kertas putih dan sedikit berkualiti seperti 100mg (bawah daripada 100mg, tidak digalakkan). Kertas berwarna hanya sesuai untuk tujuan pengiklanan atau tujuan perniagaan atau mungkin untuk tujuan seni. Tetapi untuk kertas resume/CV, ia amat tidak digalakkan.
    2. Pekara yang seterusnya yang saya jumpa ialah, terdapat hiasan pada sebelah tepi. Hiasan adalah bagus jika anda ingin terapkan kreativiti anda, namun ia tidak sesuai untuk resume/CV. Ia nampak tidak professional, nampak macam anda sedang membina buku “scrap” sekolah menengah. Jadi “border” atau hiasan tepi tidak digalakkan wujud pada resume anda, ia Nampak macam kebudak-budakan.
    3. Helaian yang sesuai adalah dalam lingkungan 1 – 3 helai muka surat sahaja, jika lebih daripada 2 atau 3 helai muka surat, anda digalakkan untuk “simplify” resume anda menjadi 1-2 muka surat sahaja supaya ia nampak lebih menarik dan professional. Berdasarkan pengalaman saya, terdapat graduan yang meletakkan subjek-subjek universiti dalam resume mereka dan menjadikan resume tersebut menjadi panjang(makan space). Kepada graduan, anda tidak digalakkan untuk meletakkan subjeksubjek yang anda pelajari kerana ia sememangnya sudah sedia ada pada transkrip anda. Jangan jadikan resume anda panjang tanpa sebab.
  2. Isi kandungan
    1. Isi kandungan minima yang digalakkan ada pada resume dan CV anda adalah seperti berikut;-
      1. Medium perhubungan seperti; e-mail (wajib), no telefon(wajib), linkedin(tidak wajib)
      2. Objektif atau ringkasan penyataan anda mengenai perkerjaan yang ingin dipohon dan juga “strength profile” calon
      3. Ringkasan profil diri seperti nama penuh, umur, status dan lessen kenderaan
      4. Latarbelakang pendidikan
      5. Sijil professional (jika ada) atau Sijil Kompeten (jika ada)
      6. Pengalaman kerja
      7. Kemahiran
      8. Kompetensi dalam bidang spesifik (jika ada)
      9. Latihan professional(jika ada)
      10. Penglibatan dalam organisasi cth: BEM, IEM, IMM, ASME & badan-badan bukan berasaskan keuntungan
      11. Anugerah yag telah diperolehi(jika ada)
      12. Projek(jika ada)
      13. Sumbangan kepada Masyarakat, Institusi, Negeri atau Negara (jika ada)
      14. Penerbitan(jika ada)
      15. Penglibatan dalam activiti kemasyarakatan(jika ada)
      16. Rujukan
      17. Tangga gaji(Pilihan)

*Nota: Kandungan tersebut adalah amat sesuai bagi yang menggunakan CV sebagai dokumen mencari kerja, ini kerana CV adalah dokumen yang terperinci berbanding resume dan dokumen yang perlu diisi semasa menghadiri temuduga di mana-mana syarikat adalah dalam bentuk CV.

Senarai di atas adalah isi kandungan yang sepatutnya ada pada setiap resume atau CV. Berdasarkan kandungan tersebut, beberapa kelemahan yang saya jumpa pada resume atau CV “fresh entry level” dan juga yang berpengalaman;

Pertama: Medium Perhubungan (Contact Detail)
Medium penhubungan yang tidak professional, seperti alamat e-mail yang tidak mengambarkan professional seorang graduan seperti; [email protected] (sebagai contoh). Email yang professional sepatutnya nama penuh anda sendiri seperti [email protected] (sebagai contoh). Oleh itu, kepada graduan diluar sana, sila ubah atau buat email baru yang lebih professional.

Kedua: Objektif Kerja
Pekara yang kedua yang ditemui ialah objektif kerja. Kebanyakkan resume yang saya jumpa ialah objektif atau ringkas kerja tidak ditulis pada CV/Resume mereka. Objektif kerja diperlukan dalam cv/resume kerana ia mengambarkan tujuan anda atau hubungan diri anda terhadap kerja yang hendak dipohon dan ringkasan kemampuan anda pada kerja terbabit atau dipanggil “korelasi”. Jadi bahagian ini digalakkan ada pada cv/resume anda.

Ketiga: Profil Diri
Pada bahagian ini, apa yang saya dapati ialah mereka menulis profil diri-sendiri terlalu terperinci dan menyebabkan CV/resume menjadi panjang. Pada pendapat saya, profil diri adalah sepatutnya minimum dan maklumat tambahan seharusnya diingati oleh anda sendiri. Profil yang patut ada pada resume anda adalah; nama penuh; umur; bangsa; status perkahwinan dan lessen memandu. Profil yang selebihnya anda
boleh isi semasa mengisi CV/resume syarikat semasa temuduga.

Keempat: Sijil Professional/Sijil Kompeten
Sijil professional selalunya ada pada pekerja yang mempunyai pengalaman, namum ianya juga tidak mustahil ada pada “fresh gradute”. Mengikut pengalaman saya, bahagian ini dikira paling kritikal mengikut penilaian majikan. Dengan adanya sijil professional, anda adalah dalam golongan yang dikatakakan sebagai “rare” atau “add advantage” atau “preferred candidate”. Jika anda mempunyai bahagian ini, anda mudah untuk dipanggil temuduga kerana ada mempunyai nilai yang tidak ada pada peserta lain. Jadi, sebolehnya anda cuba dapatkan sijil-sijil professional dalam apa jua bidang yang anda minati.

Kelima: Kemahiran
Hampir kesemua kemahiran yang ada pada calon sememangnya dinyatakan dalam resume/CV mereka, tetapi kesalahan yang dibuat oleh mereka ialah susunan yang tidak betul dan campur aduk diantara bebergai jenis kemahiran. Kemahiran yang sepatutnya disusun diantara yang paling penting sehingga yang kurang penting dan kemahiran yang sepatunya ada pada calon ialah kemahiran komunikasi, kemahiran teknikal, kemahiran informasi teknologi dan kemahiran atau kelebihan yang ada pada diri. Pada bahagian ini, graduan sepatutnya menyusun dan mengasingkan setiap kemahiran dalam seksyen tertentu supaya ia nampak strategik dan kemas atau mudah untuk dinilai.

Keenam:Kompetensi
Kompetensi berkait rapat dengan pengalaman, kemahiran, sijil professional dan juga latihan professional. Jika anda ada keempat-empat elemen tersebut, anda boleh dilabelkan sebagai kompeten dalam bidang anda yang tersendiri. Kebanyakkan majikan memandang tinggi bahagian ini. Jadi, anda dinasihatkan supaya mempunyai bahagian ini.

Ketujuh: Latihan Professional
Secara umumnya, latihan professional adalah direka untuk golongan professional atau pekerja sesebuah syarikat . Ia adalah konsep pembelajaran sepanjang hayat. Latihan professional yang kebanyakkannya adalah jenis berbayar dan kebanyakkan adalah mahal sehingga mencecah puluhanan ribu ringgit. Kebanyakkan resume atau CV yang saya nilai, tiada satu pun yang saya jumpa ruangan latihan professional (attended professional courses). Pada pendapat saya, jika anda ingin kejar kerjaya “target” yang anda inginkan, saya cadangan anda menghadiri kursus-kursus professional yang ada dipasaran supaya anda dapat cipta ruangan latihan professional anda dalam resume atau CV anda. Kursus professional yang murah sememangnya wujud, cuma anda kena cari dan apabila anda menghadiri kursus, anda sebenarnya membina “networking”.

Kelapan: Penglibatan dalam organisasi
Organisasi yang saya maksudkan adalah badan-badan professional dalam bidang masing-masing. Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakkan “fresh gradute” tidak menyertai badan-badan professional kerana kebanyakkan badan-badan professional mengsyaratkan bayaran tahunan. Disebabkan bayaran tersebut, ianya menyebabkan mereka tidak berminat untuk mendaftar sebagai ahli dan kebanyakkan daripada mereka tidak Nampak manafaat dikemudian hari. Oleh itu, saya nasihatkan ‘fresh gradute” menjadi ahli kepada badan-badan professional kerana badan-badan tersebut menyediakan maklumat yang amat berguna kepada anda disamping sebagai pelengkap kepada resume atau CV anda.

Kesepuluh: Penglibatan dalam aktiviti masyarakat/Sumbangan Kepada institusi & lain-lain
Bahagian ini dikira penting oleh sesetengah majikan dan sepanjang pengamatan saya selama ini, tiada satu pun resume atau CV yang saya nilai mempunyai bahagian ini, termasuklah diri saya sendiri(suatu ketika dahulu). Jika anda tidak ada bahagian ini, saya nasihatkan supaya anda cari bahagian ini kerana bahagian ini menunjukkan siapa diri anda atau “ trademark” dalam bentuk sumbangan sosial, “leadership”, “involvement”,” networking” dan sebagainya.

3. Susunan profil

Susunan profil diri anda seharusnya tersusun dan mengikut susan yang betul. Ia mestilah disusun secara sistematik mengikut tahap kepentingan. Ianya seharusnya disusun mengikut yang paling penting hinggalah ke sampingan dan yang paling baru hinggalah yang paling lama.

4. Grammer

Grammar dan gaya bahasa dalam resume/CV amat penting kerana sesetengah pegawai sumber manusia ini sangat pentingkan kaedah penyampaian ayat, perkataan, susunan dan juga persembahan. Jadi jika grammer anda tidak betul atau ayat anda tidak “power”, saya galakkan anda bagi kepada yang pakar untuk “review” CV/resume anda. Grammer dan ayat-ayat yang berkesan adalah salah satu “impression” yang menjadikan resume/CV anda kick atau tidak.

5. Persembahan

Persembahan yang saya maksudkan disini ialah secara keseluruhan kualiti CV/resume anda sebagai contoh susunan yang menarik, kertas yang berkualiti, gaya penulisan yang menarik dan juga rekabentuk yang menarik. Oleh itu, sebelum anda menghantar resume/CV, saya galakkan anda “mereview” atau membina pelbagai bentuk resume dan pilih yang paling baik.

6. Penghantaran Resume/CV

Penghantaran resume/CV kepada syarikat-syarikat ada beberapa cara dan setiap kaedah atau cara mempunyai kelebihan masing-masing;

Kaedah 1: Menggunakan pos.

Kaedah mengunakan pos adalah antara kaedah yang dikira yang paling konvensional dan kaedah ini adalah yang paling banyak saya gunakan, tetapi ia menelan belanja yang banyak jika terdapat banyak resume/CV yang anda hantar. Bagi kaedah ini, saya galakkan anda menghantar menggunakan “POS LAJU”. Kenapa? Kerana dengan mengunakan kaedah pos laju, jaminan sampai ke tangan yang sepatutnya adalah melebihi 90% dan jaminan untuk resume anda akan di”review” amat tinggi kerana pos laju adalah dokumen yang dilayan sebagai dokumen “emergency & important” bagi kebanyakkan pelanggan.

Kaedah 2: Menggunakan Email.

Menghantar resume/CV mengunakan “channel” email adalah yang paling kos efektif, kerana ianya adalah free, cepat dan 100% sampai ke “inbox” HR jika mailbox mereka tidak penuh.

Kaedah 3: Menggunakan LinkedIn

Menggunakan “channel” linkedIn adalah yang paling terbaru dalam pasaran. LinkedIn mungkin boleh dikatakan sebagai pengganti kepada resume/CV yang sedia ada dan ianya adalah “webpage” yang berhubung kait dengan orang-orang penting dalam mana-mana syarikat. Melalui “channel” ini, anda tidak perlu menghantar resume, tetapi meraka akan “review” resume/CV anda dalam data bank “linkedIn”.

Kaedah 4: Menggunakan [email protected] Dengannya

Kaedah ini saya kira adalah gabungan daripada kaedah 2 dan kaedah 3. Dengan jobstreet, anda sebenarnya menghantar resume/CV melalui paparan kerja yang disediakan melalui jobstreet dan anda diminta “upload” resume/CV supaya majikan boleh review resume/CV anda melalui data bank jobstreet. Disini, jobstreet adalah orang tengah kepada “pencari kerja” dan juga majikan. Dengan menggunakan jobstreet, ianya adalah medium yang efektif dan juga sangat “cost effective” dan menguntungkan.

Kaedah 5: Menggunakan “kabel”

Kaedah yang ke-5 ialah kaedah yang paling efektif untuk mendapat tempat semasa temuduga dan juga untuk mendapat kerja. Kaedah ini amat sukar bagi graduan kerana untuk mendapatkan kabel ianya perlu pengorbanan dan bagi yang ada “kabel” ia adalah kaedah yang paling berkesan dan jaminan untuk mendapat kerja amat tinggi. Jadi, kepada graduan diluar sana, anda digalakan membuat “networking” supaya anda menpunyai “kabel” kelak.

Rasanya artikel ini sedikit panjang dan saya telah cuba “simplified” mana yang patut supaya ia menjadi lebih pendek dan mudah difahami. Dengan artikal ini, diharap ia dapat membantu para graduan memahami serba sedikit mengenai resume/CV apabila tamat pengajian nanti.

Kredit: Ir Anuar bin Ab Rani

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL