1 comments

Tips Penulisan: Objektif Kajian – Menguji Hubungan

Sebelum membaca huraian selanjutnya, sila cuba semak objective of study masing-masing. Mungkinkah seperti berikut:

  1. To identify the relationship between petrol stations and factor choosing, atau

  2. To identify the relationship between petrol stations and no.of customer, atau

  3. To identify the relationship between utility bills and customer satisfaction score, atau

  4. To identify the relationship between no. of customer and sales.

Keywords bagi kesemuanya adalah “relationship”. Seterusnya, untuk mencapai objective, apakah metod yang bersesuaian? Jawapannya, mungkin chi-square for independent test, mungkin korelasi (correlation), mungkin regresi (regression).

Chi-square : relationship between two categorical variables. Untuk mencapai objektif pertama, metod ini boleh digunakan.

Korelasi (correlation) : relationship between any two variables. Keempat-empat objektif boleh menggunakan metod ini.

Regression : relationship between DV and IV. DV mestilah continuos (quantitative) variable dan IV juga continuos variable.

Jika ada banyak IV pun boleh. Tetapi, hendaklah memastikan diantara IV yg tersenarai, mesti ada satu IV yang sifatnya continuous (quantitative) variable.

Objektif 1 : dua variable berkategori iaitu petrol stations (Shell, Petronas, Caltex) dan factor choosing (facilities, location, brand)

Objektif 2 : 1 berkategori iaitu petrol stations (Shell, Petronas, Caltex), 1 lagi continuous iaitu no.of customer

Objektif 3 : dua-dua continuos iaitu utility bills dan customer satisfaction score

Objektif 4 : dua-dua continuos iaitu no. of customer dan sales

Objektif 1 dan Objektif 2 tidak boleh diselesaikan dengan menggunakan regression. Manakala, secara teknikal, Objektif 3 dan 4 boleh guna regression. Tetapi kena ingat tentang logik kewujudan hubungannya terlebih dahulu.

Objektif 3 : Benarkah “utility bills and customer satisfaction score” ada hubungan secara teorinya? Semak literature review.

Objektif 4 : Benarkah “no.of customer and sales” juga ada hubungan secara teorinya? Semak literature review.

Jika masing-masing memberikan jawapannya YA, hati-hati, lakukan dahulu ujian korelasi. Dengan menjalankan analisis korelasi, itu bermaksud kita cuba mengesahkan kewujudan hubungannya secara matematik.

Kemudian bolehlah meneruskan dengan analisis regresi setelah kenal pasti yang mana satukah DV dan IV. Jika tak kenal? Jawapannya, tidak boleh guna regresi. “Tetapi saya nak cari relationship”. Jawapannya, silakan guna korelasi. Itu sahaja pilihan yang ada jika kita tidak kenal yang manakah DV, dan yang manakah IV.

Jika baca betul-betul huraian saya dari mula, untuk mencapai Objektif 1, kita boleh guna chi-square, dan boleh juga korelasi kan. Persoalannya, yang mana lebih tepat?

Chi-square sekadar boleh memberitahu bahawa ADA relationship atau TIADA relationship. Itu sahaja!

Manakala, korelasi boleh memberitahu tentang samaada hubungannya kedua-dua pembolehubah itu satu hubungan positif yang kuat, atau positif yang lemah, atau mungkin negatif yang kuat, atau mungkin juga negatif yang lemah. Maksudnya disini, korelasi mampu mengukur arah (positif/negatif) dan darjah (kuat/lemah) bagi sesuatu hubungan.

Dalam korelasi sendiri ada tiga (3) pilihan yang mungkin seperti berikut:

Objektif 1 : dua variable berkategori – Kendall tau correlation

Objektif 2 : 1 berkategori, 1 continuous -Spearman correlation

Objektif 3 : dua-dua continuos – Pearson correlation

Selamat mencari relationship!

Kredit : Dr. Shamshuritawati Sharif

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. wan

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL