no comments

Biasiswa Ulangtahun Ke-40 Institut Kejuruteraan Petroleum 2016 – IPE40

Biasiswa Ulangtahun ke-40 Institut Kejuruteraan Petroleum 2016 – IPE40 (Institute of Petroleum Engineering 40th Anniversary) untuk Siswazah (Level: Postgraduate)

heriot

Institut Kejuruteraan Petroleum (sempena Ulangtahun ke-40) di Universiti Heriot-Watt menawarkan biasiswa baru bagi pemohon Antarabangsa kepada program MSc Kejuruteraan Petroleum yang melengkapkan proses permohonan sepenuhnya terlebih dahulu hingga 1 Mei 2016.

Biasiswa ini direka untuk menyokong pelajar antarabangsa dari luar Kesatuan Eropah dan mengetahui tentang cabaran yang dihadapi oleh Industri Minyak dan Gas antarabangsa.

Ia terpakai kepada pemohon ke kampus Edinburgh bagi penyertaan dalam tahun akademik 2016/17 sahaja dan ia tidak boleh ditangguhkan untuk setahun yang seterusnya.

Kriteria

Kriteria berikut perlu dipenuhi bagi membolehkan pemohon untuk layak mendapat biasiswa ini:

  • Anda mestilah diklasifikasikan sebagai (bukan EU) pembayar yuran Antarabangsa dari luar UK atau EU
  • Anda mesti telah menerima tawaran tanpa syarat untuk melanjutkan pelajaran dalam program ini
  • Anda mesti melengkapkan sepenuhnya proses permohonan dan penerimaan dan membayar deposit yang tidak dikembalikan (£4,000) kepada Heriot-Watt University sebelum 1 Mei 2016
  • Anda mesti mendaftar diri dalam MSc dalam program Kejuruteraan Petroleum sebelum 12 September 2016
  • Biasiswa ini akan terpakai hanya kepada pemohon yang tidak mempunyai penajaan daripada kerajaan atau syarikat lain.

Jumlah Pembiayaan/Tajaan
£3,000 (RM 16,800) bagi setiap pelajar

Bidang Pilihan
Kejuruteraan Petroleum

Cara Memohon
Untuk memohon biasiswa ini, sila klik pada pautan berikut: Borang permohonan

Tarikh Tutup Permohonan
Tawaran biasiswa ini hanya dibuka sehingga hari Ahad, 1 Mei 2016

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa ini, sila hubungi:

Heriot-Watt University
Edinburgh Campus
Edinburgh
Scotland
EH14 4AS
Tel: +44 (0) 131 449 5111
Email: [email protected] / [email protected]

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa dan prosedur permohonan sila layari laman web Heriot Watt University di sini.

Artikel Berkaitan:

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Master Dan PhD, 2016

Biasiswa MyBrain15 – MyPhD 2016

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL