1 comments

5 Tips Persediaan Asas Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Melanjutkan pengajian ke luar negara merupakan impian dan cita-cita hampir kesemua anak muda yang bergelar pelajar. Bukan bermakna tidak mengiktiraf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam/Swasta tempatan, tetapi lebih kepada mencari pengalaman dan hidup mandiri di tempat orang. Rezeki setiap manusia berbeza-beza. Ada yang berjaya ke Oversea seawal peringkat Degree, tak kurang juga yang bermula di peringkat Master dan PhD.

Bagi mereka yang pergi seawal Degree, kalian mungkin diberikan pendedahan awal sewaktu foundation. Ada tips-tips dan fiqh luar negara yang telah diajar sebagai persediaan asas untuk survive. Bagaimana bagi mereka yang ke sana pada peringkat sarjana dan PhD? Yang berasal dari kawasan pedalaman. Yang tiada sebarang pendedahan. Yang hanya bergantung pada cerita-cerita kawan, rujukan-rujukan internet, buku-buku fiqh dan seumpamanya. 5 garis panduan asas yang dikongsikan ini diharapkan dapat membantu.

1) Persediaan Ilmu Agama

Tidak mahu tidak, ini yang paling utama. Nak ke luar negara, seeloknya dan sewajibnya anda perlu lengkapkan diri dengan ilmu agama. Kenapa? Supaya aqidah kita terpelihara. Di luar, United Kingdom (UK) misalnya, anda mungkin terpaksa berdepan dengan soalan-soalan berkaitan Islam berbentuk provokasi dari local (Read: Mat saleh), tercampak ke kawasan yang sukar mendapatkan makanan halal, waktu solat jumaat bertindih dengan schedule lecture, kadang-kadang anda mungkin terpaksa solat di fitting room, bawah tangga, car park, garden, dalam bas dan lain-lain. Jadi di sini perlunya kita tahu tentang fiqh interaction with non muslim, teknik asas sembelihan, apa itu khuf?, solat jamak tanpa qasar dan lain-lain. Jadi… Belajar!

2) Persediaan Mental

Kadang-kadang, di peringkat Master misalnya anda mungkin tercampak ke dalam kelas yang mana anda seorang sahaja Malaysian, atau the only Muslim. Anda juga mungkin bakal dikelilingi oleh orang yang super genius dan super bijak. (Di Oxford dan Harvard, perkara ini normal). Mungkin ada masa-masa anda down, mungkin kita juga dikejutkan dengan kehilangan ahli keluarga di Malaysia. Tapi demi secebis kejayaan, perkara-perkara sebegini perlu kita hadapi. Housemate saya kehilangan ayah ketika mana assignment sedang menimbum dan test sudah dekat. Ada juga kenalan yang semua ahli keluarganya di Malaysia accident (beliau kehilangan ayah dalam kejadian itu). Isteri meninggal dunia ketika anda masih lagi di tahun pertama (Bagi mereka yang telah berkeluarga… Biasanya student PhD). Tipsnya, bergaullah dengan kawan-kawan dan masyarakat Malaysia di sana. Walaupun anda berlainan jurusan. Kerana di sana, kawan-kawan kita tu ibarat family.

3) Persediaan Fizikal

Hidup di negara 4 musim, persekitaran, perubahan cuaca, perbezaan siang dan malam, semuanya berbeza. Kadang-kadang siangnya lebih panjang (Summer), Malamnya lebih panjang (Winter), waktu solat yang berubah-rubah (Subuh seawal jam 2.30 pagi misalnya). Semua ini memerlukan ketahanan dan kekuatan fizikal dari anda. Pengurusan masa yang baik. Jadual makan yang teratur dan seumpamanya. Di luar, servis di National Health Services (NHS) (Ibarat klinik di Malaysia) berbeza. Anda perlu buat appointment terlebih dahulu, kadang-kadang farmasi dengan NHS terletak berjauhan (Doktor hanya beri prescribe ubat, anda perlu beli sendiri di farmasi). So, Stay healthy. Amalkan gaya hidup sihat. Kepada yang bujang-bujang, better belajar masak. You will really need it freaking bad. Trust me.

4) Persediaan Fiqh Traveler

Hampir 90 peratus yang belajar di oversea, akan ambil kesempatan yang ada untuk travel. Kerana apa? Kerana murah dan dekat katanya. Pergilah ke sana dengan scholar Mara ke, JPA ke, KPT ke, mahupun persendirian, paling tidak sekali, anda pasti akan travel. Paling busuk pun, ke London ataupun Scotland yang sememangnya terletak dalam UK. (Kalau dah tiket flight ke Denmark pun boleh serendah 4 Pound, tipulah tak rasa tempting kan? Tiket bas ke London boleh jatuh sampai 1 Pound, tunggu apa lagi?). Pendek kata, anda pasti akan bergelar “traveler” paling kurang sekali sepanjang pengajian.

Jadi persediaan itu perlu. Bagaimana nak solat dan survive di kawasan yang suhunya mencecah -35 ketika anda sedang travel? Air takdak, apa yang boleh kita guna untuk Tayammum? Cuaca berubah, internet takde, nak tahu waktu solat macam mana? Logo halal tak terpampang di luar kedai, nak tanya, takut dengan Islamophobia pula. Jadi macam mana nak pastikan makanan tu boleh di makan? Dan banyak lagi anda akan jumpa di luar sana. So, banyakkanlah membaca dari sekarang.

(P/s: Biasanya untuk hal-hal macam ini, buku-buku travelog sangat banyak membantu)

5) Persediaan… Untuk pulang

“Eh… Belum pergi lagi nak balik dah?”

Haha… Yes!!. “Pulang” di sini bukan bermakna pulang dengan kegagalan ataupun halfway. Bagi mereka yang memasang tekad untuk study di luar, anda pasti akan pulang dengan kejayaan (InsyaAllah). Cuma persediaan untuk pulang itu anda perlu rangka dari sekarang.

Apa yang perlu anda capai sepanjang di sana? Apa sumbangan yang kalian boleh berikan kepada negara kelak? Apa yang boleh anda ambil dan terap sepanjang di perantauan? Pergi jauh-jauh, invest (untuk pendidikan) mahal-mahal, susah-susah berjauhan dengan family, takkan balik nanti nak jadi biasa-biasa? Letakkan mindset untuk jadi luar biasa. Mampu memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain. Berupaya bawa balik something (Read: Knowledge, Technology, etc.) dan seumpamanya. Makanya… Buatlah check list “persediaan untuk pulang” anda masing-masing.

Akhir kata, semoga yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang di luar sana. Life is a journey, not destination. Hidup tanpa angan dan impian akan menjadikan pengembaraan anda kosong dan gersang. Selamat berangkat dan pulang, wahai si pengibar Jalur Gemilang!

****

Penulis merupakan graduan daripada University of Sheffield, UK.(MSc), Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia (BSc), Kolej Mara Kuala Nerang, MRSM MERBOK (1st Batch), dan SMK Seri Kundang. Seorang manusia biasa yang berusaha untuk menjadi luar biasa. – Mohd Ilmi Izzuddin Hj. Jamaludin

Kredit: Mohd Ilmi Izzuddin Hj. Jamaludin

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL