no comments

5 Langkah Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Mudah Untuk Lulus Temuduga. #4 Sering Berlaku

Memang tidak dinafikan kebanyakan pelajar mendapat keputusan yang cemerlang, namun ramai juga antara pelajar yang tidak mampu mendapatkan pekerjaan idaman. Betul?

Sebenarnya Bahasa Inggeris amat mudah dipelajari. Samada nak atau tak sahaja. Hari ini kami kongsikan kepada anda bagaimana untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan mudah dan santai.

ghostprotocol

Tips 1: Tonton Drama atau Filem Bahasa Inggeris Tanpa Sarikata

Banyak drama atau filem Bahasa Inggeris yang menggunakan sarikata bahasa Melayu. Amalkan menonton filem atau drama Bahasa Inggeris tanpa sarikata. Ini supaya anda boleh memahami perbualan bahasa Inggeris dengan lebih mudah.

UK_2

Tips 2: Baca Surat Khabar atau Bahan Bacaan Lain dalam Bahasa Inggeris

Membaca surat khabar Bahasa Inggeris adalah antara cara terbaik untuk belajar Bahasa Inggeris. Di samping boleh mengikuti perkembangan semasa.

BACA: 6 Perkongsian Mantap Pengalaman Memburu Kerjaya Impian

Zaman sekarang lebih mudah, dengan adanya smartphone, anda boleh mengakses blog-blog berbahasa Inggeris sambil belajar. Santai bukan?

TEFL-Teaching-English-through-songs1

Tips 3: Jangan Belajar Bahasa Inggeris Melalui Lagu

Ramai yang beranggapan bahawa dengan menyayi lagu berbahasa Inggeris dapat membaiki Bahasa Inggeris anda, tetapi kebanyakkan lagu-lagu Bahasa Inggeris yang ada menggunakan Bahasa Inggeris pasar. Jadi, anda tidak digalakkan untuk belajar bahasa Inggeris dari lagu kerana kemungkinan lagu itu tidak mengikut tatabahasa Bahasa Inggeris yang tepat.

mistakes-screenshot

Tips 4: Jangan Takut Salah

Kebanyakkan orang yang kurang mahir berbahasa Inggeris mempunyai masalah keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai.

BACA: Ramai Calon Temuduga Tidak Tahu 7 Perkara Ini

Ini kerana mereka takut untuk melakukan kesalahan dan takut ditertawakan. Jika ingin mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda, jangan pernah takut. Belajar dari kesalahan anda. Usah pedulikan andai anda ditertawa oleh orang lain.

improve-oral-communication-skills

Tips 5: Banyakkan Latihan Komunikasi Bahasa Inggeris

Untuk bercakap dengan lancar, pastikan anda berlatih setiap masa. Sewaktu membeli-belah, bercakap dengan adik beradik, mahupun sekadar berbual bersama rakan-rakan.

Maklumkan kepada rakan-rakan yang anda cuba belajar Bahasa Inggeris supaya mereka akan turut menyokong perbualan Bahasa Inggeris.

BACA: Adab-adab Permohonan Kerja Melalui E-mel

Lepas ni makin ramailah yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan 5 tips ini. Apa yang penting, jangan takut sekiranya tatabahasa anda tidak betul. Teruskan usaha!

Sumber: MauKerja

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL