3 comments

Wanita Ini Berkongsi Kisah Disebalik Kejayaan PhD Beliau Sepanjang Berada Di UK

Nota Editor: Benarlah kata orang, setiap kejayaan pasti diiringi dengan kepayahan yang hanya datang sekadar untuk menguji. Begitu juga yang dilalui oleh wanita yang cekal ini. Kami kongsikan kepada pembaca kisah seorang pelajar PhD dari University of Surrey, UK iaitu Dr. Siti Fairus Abdul Sani. Semoga anda terus gigih meneruskan pengajian walau apa pun cabaran yang datang.

****

Saya telah melalui satu pengalaman yang paling sukar tetapi indah sepanjang 26 tahun menjalani kehidupan, 2 tahun 4 bulan menjalani penyelidikan peringkat kedoktoran, disamping melahirkan dan membesarkan seorang anak sepanjang pengajian PhD. Terlalu banyak kenangan tahun-tahun sebelumnya yang telah dihadapi, tetapi hari ini adalah hari yang terindah setakat ini, majlis graduasi saya di mana ia merupakan peristiwa yang sangat istimewa yang hanya datang sekali. Alhamdulillah.

Saya sedar bahawa apa yang saya katakan selepas ini adalah cliche, tetapi saya akan katakan juga. Sejujurnya, saya tidak akan dapat pergi sejauh ini tanpa suami yang setia dan banyak berkorban demi keluarga kami. Bekerja siang dan malam, dan menjaga anak sepanjang saya bekerja di makmal atau pejabat, saya tidak dapat ungkapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada beliau yang banyak membantu meringankan beban saya. Suami saya yang telah bersama saya setiap langkah sepanjang proses ini – menyokong saya, menenangkan saya, menjadi pendengar yang setia, dan yang paling penting adalah percaya atau yakin bahawa saya akan mencapai matlamat hidup saya. Beliau adalah sistem sokongan terbesar dalam hidup saya yang banyak memberi cadangan yang membina dan beliau telah memberi inspirasi kepada saya dengan kepintaran dan kreativiti beliau. Terima kasih, suamiku!

BACA: Menakjubkan!!Perjalanan Pengajian PhD Lelaki Ini Sangat Mudah

DR. FAIRUS (2)

Saya mendapat PhD dan selamat melahirkan dan membesarkan seorang bayi dalam tempoh 2 tahun yang sama. Apabila diimbas kembali, semua ini kelihatan agak tidak munasabah – tetapi mempunyai anak sekaligus menyambung PhD adalah tidak mustahil, sebenarnya ia adalah cara terbaik mengekalkan kefokusan anda sepanjang PhD. Ada masanya ia sukar dan meletihkan tetapi percayalah, anak-anak bukanlah satu bebanan, anak kecil saya adalah bahagian yang terbaik dalam PhD saya, oleh itu, cabaran ini membuatkan saya terdorong dan bermotivasi untuk meneruskan perjalanan ini sehingga berjaya.

Sebagai seorang ibu buat kali pertama (menyusu badan sepenuhnya) dan mencuba untuk mengimbangi pengajian sepenuh masa dengan kehidupan berkeluarga, ditambah juga ahli-ahli keluarga terdekat berada jauh 6572 batu menjadi benar-benar luar biasa bagi saya. Mempunyai anak yang disahkan menghidap ekzema dan menderita selama 11 bulan, dengan kekurangan tidur dan dihantui kebimbangan setiap hari (kadang-kadang ianya benar, seorang ibu yang dalam kebimbangan melakukan penyelidikan lebih gigih daripada FBI dalam sebagai contohnya kes saya di sini; merawat ekzema) juga telah mengajar saya untuk kuat walaupun menghadapi kesulitan.

BACA: Dorongan Arwah Bapa Penyebab Wanita Ini Berjaya

Bagi kebanyakan orang, menguruskan anak disamping menyambung pengajian agak sukar dilakukan pada masa yang sama, walaupun perjalanan itu memerlukan lebih banyak usaha, kegigihan dan pengurusan. Mengimbas kembali pada masa lalu, saya tekun bekerja hampir setiap malam selepas anak saya tidur. Belajar dengan anak-anak membantu anda memberi tumpuan kepada pembelajaran, dan kerja anda boleh diselesaikan dalam jumlah masa yang terhad. Belajar memberi fokus dan menyelesaikan kerja dalam jangka masa yang sempit adalah satu kemahiran yang berguna sepanjang kerjaya saya sehingga kini. Perkara yang paling seronok adalah selepas penat pulang daripada bekerja, melihatkan anak-anak tersenyum dan berpelukan bersama mereka yang sabar menanti di pintu rumah (sekurang-kurangnya buat sementara waktu) adalah sangat berharga. Saya juga tidak membiarkan perkara-perkara yang sama melemahkan saya, kerana saya tahu bahawa terdapat perkara-perkara lain dalam hidup selain kerja. Dan anak-anak dapat melegakan tekanan. Melakukan aktiviti pembelajaran di rumah (khususnya permainan deria), bermain lego, mewarna, beriadah di taman, apa yang lebih seronok daripada itu!

Kepada ibu dan ayah tercinta, kalian adalah sumber kasih sayang yang tiada penghujungnya, doa dan sokongan sepanjang hayat saya. Saya masih ingat lagi saat pertama saya melangkahkan kaki ke prasekolah, saya menangis tidak mahu melepaskan mereka, tidak mahu berjauhan dengan mereka. Masa terus berlalu dan ketika saya melanjutkan pelajaran ke UK, mereka sentiasa berada di samping telefon untuk menenangkan saya jika saya merindui mereka. Saya ingin berterima kasih kerana tidak mungkin saya akan menjadi diri saya sekarang tanpa kehadiran dan pengorbanan mereka. Anugerah ini khas untuk kedua ibu bapa saya!

Akhir kata, galakkan, kebaikan, nasihat disaat kesulitan, tunjuk ajar apabila saya perlu, dan sentiasa memberi kepercayaan kepada saya dalam setiap situasi- penghargaan ini juga ditujukan kepada Prof. David Bradley, orang yang membantu saya dalam projek sepanjang pembelajaran saya sehingga sekarang (dengan 14 penerbitan, hingga kini), saya terhutang budi dengan beliau. Terima kasih banyak-banyak untuk segalanya!

BACA: Ini Sebab Mengapa Saya Dikutuk Apabila Panggil “Doktor” Kepada Pensyarah Saya Yang Ada PhD

PhD adalah titik permulaan rintangan yang akan dilalui sepanjang hidup. Apa yang berlaku setelah menamatkan PhD adalah lebih penting. Saya amat bersyukur diberikan peluang untuk mencapai peringkat yang tinggi ini diusia yang muda. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Yang mendoakan kejayaan anda,

Siti Fairus Abdul Sani (BSc, Ph.D)
Radiation and Medical Physics,
University of Surrey,
Guildford, UK
7 April 2016

KOMEN ANDA

3 Komen

  1. Wak misai
  2. Aida
  3. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL