no comments

6 Perkongsian Mantap Pengalaman Memburu Kerjaya Impian

Nota Editor: Pernahkah anda kecewa setelah temuduga anda ditolak berkali-kali? Putus asa? Jangan bimbang, saya pasti anda akan menjumpai sebab dan jalan penyelesaian supaya anda tidak lagi ditolak oleh bakal majikan. Jom sama-sama kita teroka perkongsian berguna dari Ir. Anuar B Ab Rani, seorang yang berpengalaman dalam dunia CV dan temuduga.

Assalamualaikum W.B.T,

Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membaca artikal ini. Sudah lama saya ingin kongsikan pengalaman saya dalam bidang CV dan temuduga. Saya ialah seorang graduan Kejuruteraan Mekanikal pada pertengahan tahun 2005. Saya mempunyai Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan juga Diploma Kejuruteraan Mekanikal Serta Pendidikan, berumur 34 tahun dan berpengalaman selama 11 tahun sebagai jurutera mekanikal. Apa yang saya kongsikan ini hanyalah secebis pengalaman sahaja kerana ingin mengoptimum ruang artikal supaya menjadi pendek…”Pendekkan cerita la katakan”.

Saya memulakan kerjaya saya sebagai Cikgu Ganti di sebuah sekolah menengah selama 2 bulan sejurus selepas menamatkan pengajian. Pada bulan ketiga, saya mencuba nasib dengan mencari kerja di sekitar kawasan perindustrian kecil, iaitu kawasan perindustrian Pengkalan Chepa yang terletak tidak jauh dari Kota Bharu Kelantan. Namun, pencarian kerja tersebut berakhir dengan kekecewaan kerana tiada majikan yang ingin mengambil saya berkerja. Di pendekkan cerita, saya telah menghadiri temuduga hampir 30 kali dalam pelbagai bidang seperti Pengajar Teknikal, Jurutera, Pegawai Pemeriksa Jentera, Guru, Operator Kilang dan buruh. Saya menghadiri temuduga di serata tempat dengan menaiki kenderaan awam seperti bas, “train” dan teksi(kerana saya tiada kenderaan). Antara negeri yang saya hadiri temuduga ialah Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perlis dan Pulau Pinang. Kebanyakkan jawatan yang saya temuduga ialah jawatan sebagai jurutera.

Daripada jumlah 30 kali sesi temuduga tersebut, 5% adalah jawatan kerajaan dan 95% adalah jawatan dalam swasta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60% temuduga saya berjaya mendapat tempat (mendapat tawaran kerja) dan lebih kurang 40% temuduga saya gagal dalam temuduga tersebut. Sepanjang pengalaman saya jatuh dan bangun dalam mencari perkerjaan, saya telah mempelajari banyak pekara yang sehingga hari ini ianya menjadi sebahagian ilmu yang ada pada diri saya. Antara ilmu yang saya dapat ialah;

  1. Kebanyakkan kerja memerlukan CGPA yang tinggi seperti 3.5‐4.0 atau 3.0 – 4.0 (kebanyakkan syarikat besar). Tetapi kebanyakkan syarikat mensyaratkan calon mempunyai sijil sahaja tanpa mengambil kira CGPA. Jadi, kenapa mereka inginkan CGPA yang tinggi?
    1. Mereka perlukan pekerja yang tinggi IQ untuk selesaikan masalah syarikat atau
    2. Mudah untuk mereka menapis resume atau menghadkan resume. Jikalau mereka tidak menghadkan CGPA, mereka akan pening kepala untuk baca resume yang belambaklambak
    3. Moralnya, pelajar‐pelajar digalakkan untuk “score” di peringkat universiti supaya mudah untuk anda membuat permohonan kerja kelak.
  2. Untuk memudahkan seseorang mendapatkan temuduga, CV or Resume semestinya menarik, sistemetik dan mudah untuk dibaca. Bagi “fresh graduate”, 1, helaian atau 2 helaian atau maximum 3 helaian sudah memadai. Jika yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun, CV or Resume anda boleh disediakan sehingga 5 helaian.
  3. Perkara yang ketiga ialah pengalaman, setiap syarikat yang saya hadiri temuduga memerlukkan calon yang berpengalaman. Jadi, sebagai “fresh Graduate” pengalaman saya adalah kosong. Jadi, apakah yang perlu dibuat? Secara keseluruhan, mereka sebenarnya mencari calon yang pernah berkerja, tidak kira apa kerja sekali pun, samaada “related” or” non‐related”. Mereka perlukan orang yang tahu buat kerja kerana kebanyakkan aktiviti kerja adalah komunikasi dan juga hubungan dengan manusia. Semasa mereka bertanyakan soalan pengalaman kerja, sayan memberitahu mereka bahawa saya tidak mempunyai pengalaman kerja yang “related” atau spesifik, apa yang saya beritahu ialah saya pernah berkerja sebagai “Caddy” selama 2 tahun semasa saya bersekolah(Ting 2‐3) dan juga berkerja dengan ayah saya bermula dari umur 12 tahun sehingga tamat universiti.
  4. Perkara yang seterusnya ialah bahasa. Antara kegagalan saya untuk lulus temuduga ialah bahasa Inggeris saya teruk. Lebih kurang 4 kali semasa sesi temuduga saya gagal mendapatkan perkerjaan disebabkan oleh bahasa Inggeris dan kegagalan ini saya ketahui daripada penemuduga terbabit. Mengikut pandangan mereka, kegagalan saya semasa temuduga ialah tidak boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Jadi, jikalau anda seperti saya, saya cadangankan anda mengambil kelas bahasa Inggeris komunikasi, belajar sampai anda boleh buat lawak dalam bahasa Inggeris. Kenapa? sebabnya saya sendiri yang buat teknik ni…kalau anda ada bahasa ketiga lagi bagus.
  5. Perkara yang kelima ialah pekara yang paling penting dalam pemburuan kerja. Ia adalah perkara yang boleh “Supersede” kepada kesemua pekara yang telah saya terangkan. Kalau anda mempunyai “pekara ini” saya jamin, sangat mudah untuk anda mendapat kerja. Pekara yang saya maksudkan ialah orang dalam atau kabel atau kenalan. Kenapa ia paling penting?
    1. Dengan adanya kabel, CV & Resume boleh dihantar secara terus kepada “HR” untuk pertimbangan temuduga. Setakat pengetahuan saya dari dulu sehingga hari ini, orang yang berkabel mudah untuk dapatkan temuduga dan juga mudah untuk mendapatkan kerja, kerana CV calon yang dihantar melalui kabel dikira sebagai “recommended person to be employed”
    2. Kabel juga adalah jalan pintas kepada pemilihan CV/Resume, jadi HR tak payah pening-pening kepala untuk memilih resume yang berlambak-lambak.
    3. Mengikut pengalaman saya, 90% sesi temuduga yang saya hadiri menanyakan soalan yang sama pada “resume syarikat(borang temuduga)”, iaitu orang yang anda kenal dalam syarikat kami. Jadi, kepada anda yang tidak ada kabel, mulakan cari kabel atau bina jaringan hubungan manusia.
  6. Mengikut pengalaman saya, pembahagian kategori calon mengikut kebarangkalian mendapat kerja adalah seperti berikut:
1st 90% harapan calon untuk mendapat temuduga adalah melalui kabel dan 10% adalah bergantung kepada diri sendiri semasa temuduga.
2nd 70% harapan calon untuk mendapat temuduga adalah berdasarkan kepada pengalaman kerja yang “related”or “non‐related” dan 30% adalah bergantung kepada diri sendiri semasa temuduga.
3rd 50% harapan calon untuk mendapat temuduga adalah berdasarkan kepada CV/Resume Power or menarik ditambah CGPA 3.0 keatas dan 50% adalah bergantung kepada diri sendiri semasa temuduga.
4th 30% harapan calon untuk mendapat temuduga adalah berdasarkan kepada CV/Resume yang tak power or tak menarik ditambah CGPA 3.0 kebawah dan 70% adalah bergantung kepada diri sendiri semasa temuduga.

Jadual diatas adalah anggaran mengikut pengalaman saya daripada dahulu sehinggalah sekarang. Ianya bukan mutlak, cuma sebagai rujukkan sahaja. Jika anda tanya saya, dimanakah saya semasa saya mula‐mula mencari kerja? jawapannya adalah dalam golong ke‐4. Daripada golongan ke‐4, saya tingkatkan diri saya kepada golongan ke‐3 semasa “fresh graduate” dan sekarang(selepas mempunyai pengalaman) saya berada di golongan ke‐1. Oleh itu, saya nasihatkan “fresh graduate” supaya tingkatkan diri anda kepada golongan ke‐1. Anda boleh mencapai golongan ke‐1 dengan mengikut teknik‐teknik yang betul.

Ok, itu sahaja yang saya ingin kongsikan. kalau ikutkan penerangan yang terperinci tidak boleh ditulis kerana ianya terlalu panjang dan “complicated”.

Sekian, Terima Kasih.

timelinebaru

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL