no comments

Penting! Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memasuki Dunia Pascasiswazah?

Nota Editor: Artikel ini dikongsikan oleh Encik Haziq Kun mengenai tips dalam menempuh alam Ijazah yang semakin mencabar. Semoga perkongsian dari beliau dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin atau sedang melanjutkan pengajian yang lebih tinggi.

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Post kali ini ditujukan kepada mereka yang masih teragak-agak mahu menjejakkan kaki ke alam pascasiswazah; yang masih acah-acah post di facebook dan twitter “hmmmmm nak sambung belajar ke tak ye?”. Fair warning to all of you; postgraduate studies are not for the faint of heart. Kenapa? Saya akan jelaskan kemudian, dan anda akan tentukan.

Alhamdulillah, hujung Oktober tahun lalu, saya baru sahaja menamatkan Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Mekanikal) (atau dalam bahasa modennya Master of Engineering (Mechanical)) secara penyelidikan (by research). Dalam tempoh hampir 2 tahun saya bergelumang dalam dunia research ini, ada beberapa perkara yang saya boleh kongsikan, buat mereka yang tertanya-tanya bagaimana kehidupan ‘budak Master’, ‘budak postgrad’ ni:

1) Ramai orang cakap budak postgrad ni ‘free’. Yeke? Mungkin untuk beberapa kes; yeah, tapi kebanyakan? Kena duduk lab 8 pagi hingga 5 petang. Kadang-kadang malam pun masuk lab. Cari research paper, baca research paper, writing, buat research paper, buat eksperimen, pergi jumpa technician, call supplier, cari penyelia, dan sewaktu dengannya. Ini yang ambil research. Yang ambil kelas?

2) Kena bijak plan masa. Bunyi seperti cliché? Yeaaaaah tidak. Really mean it. Sebagai contoh, kalau research perlu order barang; kena tahu berapa lama barang itu akan sampai. Setakat pengalaman, ada barang akan sampai selepas 2 bulan! Ape nak buat dalam 2 bulan tidak ada barang ni? Jadi perlu bijak plan masa.

3) Kena rajin membaca (part 1): Kenapa? Kalau tidak rajin nanti tiada input untuk menulis. Pensyarah-pensyarah saya dulu pernah cakap: rule of thumb in terms of references, untuk Master mesti ada dalam 80 – 100 rujukan, PhD 250 – 300 rujukan. Rujukan yang banyak will reflect that kita ni arif, faham, dan mahir dalam skop kajian kita.

4) Kena rajin menulis: Yang ini tidak perlu terangkan gamaknya. Kalau tidak rajin menulis, memang tidak akan keluar thesis a few thousand words tu, tidak cerita lagi tulis research paper, proposal untuk geran, conferences, etc.

5) Kena ‘power’ bahasa Inggeris (part 1): (kecuali yang buat thesis dalam BM, seperti UM dan UKM jika tidak salah saya). Your whole research from writing to presenting will be conducted in English, tak kan nak tulis BI level-level budak nak ambil UPSR; “when voltage increase, current increase. Result is good. Objective is achieved”. Tolonglah, demam pemeriksa baca!

6) Be selfish. Tunggu! Apa? Masa buat research ini, saya dapat melihat satu perkara; orang cenderung untuk menjadi sangat mementingkan diri sendiri hanya untuk menyelesaikan kajian mereka. Itu yang ada bolot mesin sampai seminggu, yang banyak sign-sign macam “Don’t touch – research in progress” dengan marker pen merah tu. Anda pergi buat kerja sendiri sebelah tempat dia pun kadang-kadang dia jeling maut. Benda ini cyle; bila dia guna, anda tidak dapat guna, kemudian tangguh, dan bila anda dapat guna, anda pun bolot dan orang lain tak dapat guna, dan begitulah seterusnya.

7) Jangan culas tolong orang lain. Serius; dah banyak kes jumpa, mereka yang tolong orang lain, kemudian ada certain part mereka punya study dipermudahkan. Yakinlah; anda mudahkan jalan orang, Tuhan akan mudahkan jalan anda.

8) Hati kena sangat kental (part 1). SANGAT kental. Sebabnya banyak benda-benda tidak dijangka akan jadi dalam research. Eksperimen tak jadi; dah jadi eksperimen, data tak valid; dah valid data, tak sama dengan past research; dah sama dengan past research, lain trend pula; dan macam-macam lagi. Ini belum campur hal-hal peribadi; gaduh dengan orang sekeliling, telefon rosak, kereta/motor rosak, anak atau ahli keluarga sakit, duit sesak, dan lain-lain. Yang ‘best’ nya, kadang-kala benda-benda ini jadi serentak.

BACA: Salahkah Cara Kami Tulis Tesis? 5 Aspek Penting Yang Terabai

9) Dalam pertengahan jalan buat PG study ni, akan tiba satu point yang kita rasa nak give up. Kadang-kadang, banyak point (selalu rasa nak giveup). Sebabnya, benda-benda yang disebut dalam (8) tu jadi. Kat sinilah pentingnya teman-teman seperjuangan untuk menyokong, sebab biasanya teman seperjuangan sahaja yang faham apa yang kita telah lalui.

10) Hati kena sangat kental (part 2): sepanjang anda buat PG study ni, anda akan terima banyak ‘dugaan’ dalam bentuk berikut; kawan jemput walimah masing-masing, kawan post gambar stereng kereta dengan caption “Alhamdulillah my first car”, kawan post gambar di luar negara (sebab training, lawatan kerja, jalan-jalan, etc.), kawan post gambar mereka berjalan-jalan, dan kawan post gambar baby mereka yang baru berusia 24 jam. Anda? Gugur-gugur rambut nak prepare untuk viva-voce.

11) Duit kena banyak. Ada duit je tak cukup, kene ‘banyak’. Ini sebagai backup, kes-kes kecemasan. Memang boleh mohon bantuan dan seumpamanya, tapi kalau betul-betul terdesak? Sebagai contoh ramai yang lupa, pasal nak print thesis. Boleh telan belanja sampai dekat RM 500.

12) Perlu tingkatkan presentation skills. Bila masuk PG study, memang ini kerjanya; present depan peers, depan penyelia, pemeriksa, present masa conference. So tingkatlah skill itu, janganlah masih membaca daripada slide, tiada eye contact, dan lain-lain lagi. Google atau tengok Youtube; rasenya bersepah tips-tips nak present.

13) Kena ‘power’ bahasa Inggeris (part 2): bagi yang present bahasa Inggeris, biasa-biasakan lah cakap BI. Bagi clear pronunciation.

14) Baik dengan technician/lab manager. Yang ini tak tipu! Memanglah penyelia yang akan turunkan signature anda layak dapat master/PhD, tapi kalau anda tidak rapat dengan lab technician, susahlah hidup. Kadang-kala kalau anda baik dengan technician, dia okay je tunggu anda selepas waktu pejabat buat kerja anda, atau dia akan alert bila anda boleh ‘selit/potong queue’. Jadi, rajin-rajinlah borak dengan technician.

15) Networking, dan kerja bersama orang lain. Masa PG ini lah nak buat networking. Sebab tu, poin no (7), rajin tolong orang. Anda tidak akan bila anda perlukan pertolongan orang lain. Tambahan pula, belajar kerja dengan orang lain daripada diverse background.

16) Masuk dunia PG ni, anda dah mula bersendirian, and anda akan rasa betapa sunyinya anda dalam perjalanan ni, walaupun anda bersama dengan rakan sekelas anda. Dia bukan macam degree: yang anda boleh huha huha sampai 15 orang satu geng, pergi kelas sama-sama 15 orang, jalan-jalan sama-sama. Tidak. Anda akan jumpa kawan, tetapi akhirnya anda sorang-sorang. Research masing-masing, hidup pun masing-masing. Mark my words, even best friends akan gaduh pasal ni.

17) Reward yourself, yang simple-simple, everytime capai milestone. Sebagai contoh, bila siap buat Literature Review dan penyelia kata okay, reward la nak pergi makan sedap ke shoping baju sehelai ke. Sebabnya? Kita bersendirian; tiada siapa faham dan nak reward kita melainkan diri sendiri.

18) Berbeza dengan FYP, PG study membenarkan anda untuk berdebat dengan penyelia anda. Tugas penyelia hanya membimbing dan pastikan anda berada di atas landasan yang betul. Tapi berdebatlah secara ilmiahnya dan penuh rasa hormatnya, walaupun anda maki-maki, atau suara tinggi. Ingat, bagaimana adab menuntut ilmu. Ingat, macammana pun dia masih ‘sifu’ anda.

BACA: Tips Persediaan Dalam Menghadapi Viva

19) Kena rajin membaca (part 2): jangan hanya rajin baca bidang anda je, bacalah bahan lain yang bersifat ‘general’. Kebanyakan kita ni kalau tanya bab bidang masing-masing, sayur je boleh jawab. Bila tanya general knowledge, senyap seribu bahasa, siap boleh nampak molekul angin lalu.

20) Jangan tinggal amal wajib dan banyakkan amal sunat. Serius; banyakkan bersedekah, mengaji Quran, berdoa,  dan tolong orang.

21) Akhir sekali, jadilah seorang yang rendah diri tetapi yakin. Jangan mudah rasa bangga diri hanya sebab kita ada satu ijazah lebih dari orang lain. Perlu diingatkan, ada ramai yang lagi bijak dan bagus di luar sana.

Moga bermanfaat, insyaAllah.

Sumber: Encik Haziq Kun

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL