no comments

Masalah Dalam Penulisan Tesis

Nota editor :  Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr. Othman Talib mengenai masalah yang sering pascasiswazah hadapi dalam penulisan tesis. Semoga dengan pendedahan dari beliau dapat membantu anda dalam penulisan.

Problem Statement:
Bukan salah jawapan tapi salah soalan !

Dua soalan favourite..
Apa masalah yang cuba anda selesaikan dengan kajian anda?
Adakah masalah ini akan selesai dengan kajian anda?

Soalan seperti ini tidak adil kerana kajian tidak dilakukan semata-mata kerana ada “masalah” yang perlu diselesaikan.

Pernyataan masalah dalam penulisan tesis merujuk kepada “halangan utk mencapai sesuatu” dan dalam konteks master /PhD apa yang ingin dicapai tetapi terhalang adalah “menyumbang pengetahuan (contribution to knowledge) dalam bidang kajian”.

Maka salah satu cara menyumbang pengetahuan adalah dengan membuat kajian terhadap sesuatu isu samada bagi memajukan sesuatu teknologi (yang bukan satu masalah) atau isu mengatasi kelemahan sesuatu sistem.

tesis 2

Sebab itulah ada bahagian “pernyataan masalah”. Masalah dalam dunia postgraduate lebih berbentuk hipotetikal… bukan seperti masalah dalam real world. Kajian master / PhD hanya menyentuh bahagian kecil sahaja dari bidang yang dikaji, samada bagi memajukan sesuatu teknologi atau mengatasi kelemahan sesuatu sistem dgn dapatan yang diperolehi akan menyumbangan kepada knowledge. Sebab itu perkataan yang digunakan adalah significance of the studyto contribute to knowledge

Bagi mencapai hasrat menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang yang dikaji… maka andapun menjalankan kajian seperti membina satu prototaip atau simulasi satu sistem untuk menguji satu aspek baru yang berpotensi memajukan sistem sedia ada. Hasil kajian ini dapat menyumbang pengetahuan dalam memajukan aspek yang dikaji.

Baca :  Kajian Literatur: Masa Untuk Menulis Secara KRITIS!

Maka kedua – dua soalan di atas tidak releven dalam konteks ini. Hasilkan prototaip / simulasi tidak semestinya kerana wujud masalah yang perlu diselesaikan, sedang ia lebih kepada extension, exploration, revision kepada sesuatu sistem sedia ada…

tesis 1

Jadi ,
Bila kedua – dua soalan diajukan semasa , maka jawapan yang diberi pastikan tidak memenuhi apa yang ditanya.. sedang yang salah bukan jawapan, tetapi soalan tidak revelen.

Tiada masalahpun yang dapat diselesaikan dengan satu kajian master / PhD… so jangan  tanya soalan macam tu…

Bagi pengikut tegar “gap”.. adakah mendapatkan gap bermakna mendapatkan masalah dan masalah ini adalah “missing element” dan adakah dgn “fill the gap” maka selesai masalah? Adakah gap yang ditinggalkan oleh kajian lepas tu satu masalah?

Wow… mana tak semua pascasiswazah pening… sedang semua ini straight forward jer… !!

Gantilah soalan tu dengan:
Apakah signifikannya (kepentingan) kajian yang anda lakukan dalam bidang yang dikaji?
Apakah contribution hasil kajian anda dalam bidang yang dikaji?

Baca : Muslihat Yang Terdapat Dalam Literature Riview

Sumber : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL