no comments

Salahkah Cara Kami Tulis Tesis? 5 Aspek Penting Yang Terabai

Nota Editor: Artikel ini dikongsikan oleh Dr. Othman Talib mengenai aspek penting dalam penulisan tesis yang sering terabai. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Baca dan share sebab 5 aspek ini tidak tertulis di mana-mana.

Kenapa pula tak ada tertulis di mana-mana?

Manalah saya tahu, mungkin semua sibuk tulis pasal cari gap kot?

Thesis adalah naskah hasil kajian master / Phd yang ada kelas tersendiri. Thesis bukan main tulis untuk tebal, walaupun akhirnya akan jadi tebal juga kerana banyak pula yang nak ditulis.

Thesis yang berkualiti perlu merujuk kepada pembacaan, analisis dan kritikan dari sumber primer yang berkualiti.

1. Bukan dari pembacaan sebarang artikel tetapi artikel dari topical journal

2. Bukan sebarang topical journal tetapi leading topical journal

3. Bukan sebarang leading tetapi dalam kategori Q1-Q4 atau IF yang tinggi

4. Bukan sebarang authors tetapi leading authors / scholars in your field

5. Bukan sebarang statement tetapi “strong statement yet relevance” to your argument from scholars in article taken from leading topical journal…. phewww !

BACA: Tips Menulis Tesis Yang Efektif

Jadi kalau anda tidak tahu bagaimana nak memenuhi 5 kriteria di atas, maka apapun yang anda tulis mungkin tidak salah tetapi tidak mencapai kualiti thesis yang sepatutnya.

Percayalah, ramai yang sangat concern tentang “gap” “gap” dan “gap” then “baca” “baca” dan “baca” lagi, tak kisah sumber mana yang dibaca asalkan ada perkataan “journal” then kecoh pasal “impact” “impact” “impact” yang bukan pun objektif utama scholar research, malah “gap” yang dicari mungkin sisa-sisa tinggalan kajian lepas yang bersifat trivial lalu digagahi juga menulis kononnya ada “impact” tetapi langsung tidak tahu 5 aspek di atas yang menjadi ingredient utama kualiti sebuah thesis.

Bagi peserta bengkel saya di UMS, anda akan didedahkan dengan 5 aspek tersebut – pencarian leading topical journals. Leading scholars dan strong statement from leading scholars in topical journals untuk dianalisis dan dikritis dalam thesis anda!

BACA: Tips Penulisan Tesis

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL