no comments

11 Langkah-Langkah Untuk Memiliki Kerjaya Idaman Di Dalam Dunia Minyak & Gas (Sesuai kepada seorang JURUTERA)

Nota editor : Encik Ikhwan Hafiz kongsikan bagaimana untuk memiliki kerjaya dalam dunia minyak dan gas. Terdapat beberapa cabaran ataupun halangan yang perlu calon hadapi. Oleh yang demikian, beliau sediakan langkah – langkah tersebut :

****

Ini adalah jawapan saya kepada soalan nombor 1 untuk persoalan daripada posting lepas. Boleh rujuk di bawah

1) Rujuk ‘career matrix’ saya yang telah saya kongsikan di ‘wall’ tempoh hari (kena belek-belek sedikit) – Klik Sini
Ini bertujuan untuk memilih perjalanan kerjaya di masa hadapan. Awak akan bergelumang selama 4-8 tahun semasa di Universiti kelak. Jadi pilihlah kursus yang sesuai dengan minat dan keputusan SPM yang cemerlang tersebut.

2) Daftar dengan Board of Engineers Malaysia, BEM semasa di peringkat ijazah dan tukarkan kepada ‘status’ ‘graduate member’ sebelum menjadi seorang Jurutera. Menjadi kewajipan kepada siswazah untuk berdaftar dengan BEM sebelum melayakkan anda bergelar seorang JURUTERA. BEM boleh menyaman anda/syarikat jika tidak berdaftar dengan BEM.Klik Sini

3) Kenal pasti apakah itu bidang penerokaan (exploration), pembangunan (development) dan penghasilan (production) di dalam rantaian kerja dunia minyak dan gas. Rujuk ‘posting’ saya di sini Klik Sini

4) ‘Get yourself familiar’ dengan syarikat yang terlibat di dalam industri. Ini boleh didapati di laman sesawang seperti :

– ‘Malaysia Petroleum Resource Corporation’, MPRC.

MPRC 100 boleh didapati di sini. Sebanyak 100 syarikat minyak dan gas utama di Malaysia ada di sini. Anda boleh mengenali ‘Who’s who’ di dalam industri.

– ‘Malaysian Oil & Gas Services Council’, MOGSC.

Senarai penuh syarikat yang berdaftar di Malaysia boleh didapati di sini.

– ‘Malaysian Oil & Gas Engineering Council’, MOGEC.

Senarai syarikat ‘design house’ dan ‘Consulting’ ada di sini.

5) Biasakan pengetahuan anda dengan membaca dan menonton perkara yang berkaitan dengan minyak dan gas. Antaranya adalah:

– Majalah seperti ‘Offshore Engineering’, ‘World Oil’, ‘Offshore’, ‘Hydrocarbon Processing’, ‘Mechanical Engineering Magazine (oleh ASME), Jurutera (oleh IEM) dan sebagainya. Rujuk di sini Klik Sini

– ‘Subscribe’ Youtube ‘channel’ seperti Shell, Aker Solutions, Petronas, Subsea 7, Hereema, Maersk, Baker Hughes, SLB dan sebagainya. Di sana pelbagai jenis video untuk kejuruteraan yang menarik ditonton dan sudah semestinya berbaloi untuk setiap minit yang anda luangkan.

– Gunakan sosial media seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Oilpro, Rigzone serta banyak lagi untuk mengetahui lebih mendalam mengenai ‘Geology & Geophysics’, ‘Drilling & Completion’, ‘Production & Operations’, ‘Subsea’, ‘Flowlines & Pipelines’, ‘Topside’ dan juga ‘Engineering, Procurement, Installation, Construction, Commissioning & Management’.

6) Daftar akaun di LinkedIn untuk berhubung dengan ramai ‘recruiter’ yang menggunakan Linkedin sebagai medium mencari calon pekerja.

7) Hadiri sebanyak mungkin pameran yang diadakan secara tahunan mahupun dwitahuna di KL Convention Centre seperti di sini Klik Sini

Selainya tidak terhad kepada:
Offshore Technology Conference (OTC) (dwitahunan)
– API Exhibition on International Standards, AXIS
– Asian Oil & Gas Petrochemical Engineering Exhibition, OGA
Malaysia Oil & Gas Services Exhibition And Conference, MOGSEC
– Subsea Asia
– International Petroleum Technology Conference, IPTC

Di sinilah terdapat banyak teknologi terkini dan projek ‘World 1st’. Projek ‘World 1st’ merupakan kerja terulung yang ingin dilakarkan oleh setiap ‘Supermajor’ mahupun ‘7 Sisters’

8) Lubuk kerja industri juga boleh didapati di:
LinkedIn
JobStreet.com Malaysia
Rigzone.com
Oilpro.com

Anda boleh membuka akaun di sana dan mulakan pencarian anda dengan sesuatu ‘keywords’ untuk memudahkan pencarian kerja yang anda minati masuk ke dalam alamat ‘email’. Setiap laman sesawang syarikat MNC juga menawarkan khidmat sedemikian (‘email notification’). Contohnya seperti:
Aker Solutions
Saudi Aramco
Shell
Baker Hughes
WorleyParsons
Bechtel Corporation
– Hess

9) Sertai ‘Professional Association’ seperti tetapi tidak terhad kepada:
Board of Engineers Malaysia
– Insitution of Engineers Malaysia, IEM
ASME (American Society of Mechanical Engineers)
Society of Petroleum Engineers
NACE International
IChemE (Institution of Chemical Engineers)
International Well Control Forum

Untuk mendalami setiap ilmu disiplin yang ditawarkan oleh persatuan tersebut.

10) Yang paling utama adalah KELAYAKAN yang anda miliki. Setakat sekarang sudah banyak lambakan pekerja yang menganggur di Malaysia. Lebih kurang 20 000 graduan yang masih belum bekerja (http://goo.gl/RPaiHT). Malaysia juga masih kekurangan tenaga pakar (masalah lama seperti yang disuarakan oleh Pengarah Urusan Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE) seperti di sini https://goo.gl/qe9i52). Jadi, apakah ‘criteria’ yang diperlukan?

– CGPA yang baik
Mempunyai CGPA yang tinggi sudah semestinya melayakkan anda untuk menembusi syarikat-syarikat besar luar negara seperti ‘Supermajors’ mahupun ‘7 Sisters’. CGPA yang cemerlang (disebabkan tiada pengalaman kerja) adalah kunci untuk para ‘fresh graduate’ kerana kurang perhatian akan diberikan dan boleh dipercayai berdasarkan rekod kecermalangan di universiti. Mereka (‘flying colours) ini mempunyai sifat dan sikap yang sejajar dengan objektif syarikat serta ‘pick up’ yang pantas jika dibandingkan dengan pelajar biasa.

Yang kurang bernasib baik (mempunyai gred yang sederhana atau rendah) masih boleh menyertai industri tetapi jalan anda tidaklah secantik perjalanan seorang jurutera di Petronas mahupun Shell yang telah disusunaturkan mengikut kesesuaian tahun pekerjaan. Boleh rujuk artikel saya di The Vocket Di Sini

– Aktif di dalam Kokurikulum
Industri memerlukan perseorangan yang mahir dalam ‘soft skills’. Jika di zaman universiti anda aktif dengan berpersatuan dan mengendalikan acara-acara yang besar maka berpeluang besarlah anda untuk dipilih berkerja di syarikat terbabit. Berurusan dengan makhluk bernama manusia ini sangatlah ‘complex’! Jika anda ‘gifted’ dengan ‘Public Relation’ yang bagus (boleh diasah semasa mengendalikan ‘event’) maka senanglah segala urusan yang melibatkan manusia ini.

– Pengalaman di dalam industry
Bakal majikan di industry minyak dan gas kebanyakkan memerlukan sedikit pengalaman (Soalan ‘cliche’ – Bagaimana dengan kami yang ‘fresh graduate hendak ada pengalaman jika tidak diberikan peluang?). Kenapa memerlukan pengalaman? Ini adalah kerana anda mengendalikan ‘national interest’! Tiada ruang untuk kesilapan atau bahasa mudahnya industri minyak dan gas ini mempunyai tempah kerja yang ‘tough’, ‘fast pace environment’, kualiti kerja yang tinggi, latihan yang berterusan dan berbeza dari industri lain.

Persoalannya, adakah anda sudah bersedia?

– Latar belakang diri
Hidup makan gaji ini bukan mudah. Segalanya memerlukan anda ‘to be on your toes all the time’! Jadi, apakah yang di titik beratkan untuk latar belakang diri ini?

Adalah menjadi pilihan setiap majikan jika anda mempunyai sifat seperti, pendengar yang baik, kreatif, mudah menyesuaikan diri di tempat baru, semangat berpasukan, boleh diharapkan serta jujur dan ‘self motivate’. Ada banyak lagi sifat-sifat mahmudah yang diperlukan, ini adalah antaranya.

– Berkeupayaan bertutur di dalam bahasa Inggeris sangatlah memberikan peluang cerah kepada anda. Tidak ramai siswazah yang mempunyai kebolehan bertutur bahasa Inggeris dengan baik di tempat kerja. Saya sendiri pernah menyaksikan seorang kawan saya yang mempunyai pemikiran yang cemerlang tetapi kurang arif pertuturannya.

11) ‘Curriculum Vitae’, ‘Resume’ dan ‘Cover Letter’ perlu dibuat mengikut kehendak pasaran kerja dan senang dibaca berserta menepati ‘criteria’ para ‘recruiter’. Ini boleh dilakukan dengan jayanya melalui kelas yang dikendalikan oleh Ameirul Azraie dan Nor Idham Che Ghani (siswazah UTP mesti kenal)

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL