no comments

Jawapan Yang Sesuai Apabila Ditanya Tentang Gaji Semasa Temuduga. Tip #8

Siri Tip Menjawab Soalan Interview. Tip #8

[Saya akan berkembara ke Jepun selama 6 hari. InsyaAllah saya akan berkongsikan 50 tip soalan yang biasa ditanya semasa interview]

Mohon dan berikan komen tanda menyokong.

SIA-Licence-Hub-interview-questions
Soalan : Untuk pekerjaan ini berapakah gaji yang anda jangkakan?

Jawapan : Berdasarkan tugasan – tugasan yang Tuan nyatakan yang Tuan mahukan seseorang yang mempunyai kelulusan ijazah sarjana dalam kejuruteraan, kemahiran saya memenuhi piawaian tersebut. Oleh itu, saya berharap gaji saya berada dalam lingkungan yang tertinggi dalam lingkungan gaji untuk jawatan tersebut. Boleh saya tahu serba sedikit lingkungan gaji untuk jawatan ini.

Tips :
a) Para penemuduga akan menyingkirkan calon-calon yang mensasarkan jumlah gaji yang tidak relevan.

b) Soalan ini adalah soalan straight to the point-dan memaksa maklum balas terhadap soalan sensitif. Jika gaji yang anda nyatakan terlalu rendah menunjukkan anda kurang bijak, manakala gaji terlalu tinggi menunjukkan anda berlagak dengan kebolehan anda dan menutup peluang untuk tawar – menawar gaji anda kepada jumlah yang setara dengan jawatan tersebut. Tanya kembali kepada penemuduga berapakah lingkungan gaji bagi jawatan yang ditawarkan untuk menimbangkan kadar kelayakan anda berbanding kriteria – kriteria biasa yang ditawarkan untuk jawatan tersebut.

BACA: Siri Tip Menjawab Soalan Interview. Tip #7

++Walau pun anda tidak perlu tip temuduga ini. Mohon share kan kepada yang amat memerlukan++

12688069_1668404353429494_4777638214223667465_n

Sumber: Encik Shuhairy Norhisham
Coach Fresh Graduate

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL