no comments

6 Sebab Artikel Jurnal Anda Ditolak

Bagi pelajar pascasiswazah, akan tiba satu masa nanti apabila anda perlu menerbitkan artikel anda di dalam sebuah jurnal. Malah, ada universiti yang menjadikannya sebagai satu syarat untuk bergraduat.

Perkara yang sangat digeruni mereka yang sedang menjalankan kajian adalah jika artikel mereka ditolak oleh penyelia atau penyunting. Bayangkanlah, bertahun lamanya membuat penyelidikan yang memakan masa dan wang, tetapi apabila sudah siap, ditolak pula oleh reviewer jurnal. Kebanyakan masa, alasan mengapa ditolak akan diberi oleh reviewer, tetapi terdapat juga sebab-sebab yang paling biasa atas kenapa artikel anda ditolak.

Kebanyakan sebab-sebab ini mampu untuk diatasi sebelum menghantar artikel anda. Bacalah senarai di bawah (yang telah dikumpul dari blog, forum dan komen-komen dari editor, reviewer, penyelia dan juga pelajar-pelajar PhD dan Master yang pernah mengalami situasi ini) untuk menjimatkan masa anda dan juga reviewer jurnal anda dengan mengelakkan perkara-perkara di bawah sebelum anda menghantar artikel anda untuk penerbitan.

  1. Faktor kelaziman dari segi tajuk yang telah banyak kali dibincangkan, informasi yang sudah ada dalam buku ilmiah dan tiada perspektif yang baru.

– Kebanyakan artikel ditolak kerana tidak mengandungi objektif yang original atau kajian tersebut sudah tidak relevan dalam konteks terkini.

  1. Masalah dalam reka bentuk kajian (study design)

– Contohnya, masalah dari segi format (jurnal yang berbeza mempunyai sistem format yang berlainan), tidak menghuraikan metodologi dengan mendalam, kerangka teori dan konsep yang lemah, tidak melaporkan dapatan kajian dengan olahan yang tepat, dan terlalu subjektif dalam bahagian perbincangan dengan mengemukakan kesimpulan sendiri.

  1. Penulis artikel gagal menghantar semula artikel selepas disemak oleh reviewer jurnal.

– Terdapat ramai penulis yang tidak meneruskan untuk menghantar semula artikel mereka untuk diterbit ke dalam jurnal setelah dipulangkan balik untuk pembetulan.

  1. Artikel mengandungi unsur-unsur plagiarisme.

– Ini termasuk gambar atau rajah yang diguna tanpa meminta kebenaran atau tanpa memberi sumber gambar tersebut.

  1. Bahasa yang lemah.

– Antara sebab mengapa lebih banyak artikel diterbit dari universiti-universiti barat adalah kerana masalah penulis artikel yang tidak menguasai bahasa Inggeris. Seorang penyelidik dari MIT, Boston mengaku bahawa agak sukar untuk beliau mendapatkan sumber dari artikel yang ditulis oleh penyelidik dari negara-negara Asia kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Jika anda berasa yakin akan artikel anda, laburkanlah sedikit wang untuk hantar artikel anda kepada proofreader yang berpengalaman bagi memperbetulkan bahasa dalam artikel anda. Untuk mendapatkan perkhidmatan proofreading, sila klik di sini.

  1. Tajuk kajian luar dari skop jurnal.

– Sebelum menghantar artikel anda kepada sesuatu jurnal, pastikan bahawa tajuk kajian anda boleh diklasifikasikan di bawah skop jurnal tersebut. Sebagai contoh, untuk sebuah jurnal yang bernama ‘Journal of Carbon’, kajian yang mengandungi elemen karbon tetapi tidak membuat penyelidikan yang fokusnya terhadap karbon, tidak akan diterima oleh badan jurnal tersebut untuk penerbitan. Jadi, pastikan anda kumpulkan satu senarai nama-nama jurnal terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menghantar artikel anda kepada jurnal yang sesuai.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL