no comments

Tips Menulis Tesis Yang Efektif

Nota Editor: Artikel ini dipetik hasil perkongsian Maizura Osman tentang tips menulis tesis secara efektif. Semoga tips dari beliau dapat memberi suntikan semangat buat anda yang sedang berjuang dalam penulisan tesis.

Ada kawan saya tanya bagaimana nak bagi ada idea dan motivasi menulis dengan efektif untuk siapkan phd. Jadi saya ingin kongsikan pengalaman saya di sini. Maaf, ini adalah berdasarkan pengalaman yang sangat biasa dari saya. Jika dibanding dengan rakan-rakan Facebook saya di sini ada yang sudah prof, prof madya, Dr lagi lama dan berpengalaman dari saya. Jadi, tips saya mungkin biasa sahaja. Saya harap jika ada rakan-rakan yang ingin kongsikan pengalaman juga dipersilakan. Semoga post ini membantu semua yang sedang struggle ke arah menyiapkan tesis mereka.

Tips saya:

1. Paksa diri anda buat appoinment dengan penyelia seminggu sekali bila dah tiba tempoh kritikal – Dengan ini anda akan memaksa diri untuk menulis dan menulis dlm keadaan terpaksa.

2. Wajib sebelum subuh (sekitar jam 3 – 5 pagi) terus start menulis kerana pada masa tu memang idea datang sangat baik. Rehat sekejap untuk solat subuh, selepas tu sambung balik menulis smpi pukul 7. Kemudian berhenti, sarapan dan buat apa-apa aktiviti anda yang lain.

3. Waktu wajib menulis itu (3-5 pagi) jangan pula anda main Facebook, layan drama korea, atau hindustan etc. Sebab tu anda tengok saya kuat melayari Facebook di waktu siang masa dulu. Tapi sebenarnya saya sudah pulun stay-up writing sebelum itu.

4. Wajib menulis SETIAP hari. Walaupun seperenggan. Idea perlu ada momentum.

BACA:Tips Penulisan Tesis

5. Kalau sudah tiada idea lagi, tulis acknowledgement, tajuk chapter, buat appendix, prakata, cover depan dan lain-lain. Asalkan menulis.

6. Minum kafein. Tak kisahlah kopi-o, kopi ais, mocha atau neslo. Kafein sangat bagus menggerakkan otak bagi laju. Tapi kesihatan juga perlu ambil kira.

7. Ambil satu-satu masa tempah bilik hotel atau motel atau chalet yang sunyi sepi tepi laut. Anda buat kem writing anda sendiri. Minta suami anda bawa anak-anak pergi berenang, memancing.. Hilang 3-4 jam jangan kacau. Tapi jangan pula anda pun sama join mareka. Memang idea datang kerana environment berbeza.

8. Mulakan setiap penulisan dengan surah Nur ayat 35 supaya hati fikiran terang.

9. Pergi holiday atau balik kampung pun, bawa laptop atau rekod idea (suara sendiri) di smartphone. Bukan apa, takut terlupa. Jadi senang rujuk bila hendak menulis kembali terutamanya pada kita yang sudah agak-agak berusia, kelupaan itu tidak dapat dielakkan.

10. Jadikan semua cafe yang free wifi sebagai lokasi wajib. Hehe.. Sambil minum sambil menulis.

11. Jangan fikirkan yang anda tidak pandai menulis, buntu atau tiada idea. Yang harus anda tanamkan dalam otak adalah “tahun depan aku nak raya puas-puas tanpa benda phd ni semua.” Jadi ini sebagai motivasi nak bagi siapkan penulisan.

BACA: Kepentingan Membaca Pruf Dokumen Anda

Sumber: Maizura Osman

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL