no comments

Belajar Bagaimana Untuk Taat Kepada Majikan – 5 Fasa Usahawan Lakukan Untuk Jadi Senang

Semua orang mengimpikan kejayaan pada diri mereka namun tidak semua orang boleh mencapai kejayaan yang diimpikan. Menurut Encik Ir Meor , beliau memperoleh kejayaan berdasarkan beberapa fasa yang dilaluinya. Antara keutamaan yang perlu difokuskan adalah sewaktu bekerja, ini merupakan peringkat yang paling penting untuk para usahawan belajar segalanya. Jadi 5 fasa yang beliau lakukan untuk mencapai kejayaannya sebagai usahawan:

FASA 1: Belajar untuk mendalami ilmu akademik.
Darjah 1-6: 6thn
Tingkatan 1-5: 5 thn
A-Levels: 1.5thn
Universiti: 3thn
Jumlah masa: 15.5thn

Hasilnya: Pada umur 22thn, saya telah faham bagaimana untuk lulus peperiksaan akademik dengan baik. Dalam fasa ini, saya telah lulus, gagal, lulus dan gagal berkali-kali.

Pengalaman saya lulus dan gagal berulang kali ini menjadikan saya menghargai kejayaan lebih daripada kegagalan.

Kegagalan adalah sumber inspirasi untuk saya lebih berjaya.

——————————————————————————-
FASA 2: Belajar untuk mendalami ilmu bekerja dengan majikan.
Kerja di KL: 9bln (0.75thn)
Kerja di KB: 9thn
Jumlah masa: 9.75thn

Hasilnya: Pada umur 32thn saya telah faham bagaimana untuk menjadi seorang pekerja yang baik. Dalam fasa ini saya belajar bagaimana untuk taat kepada majikan.

Gaji yang saya terima saya ibaratkan seperti elaun semasa pengajia. Saya perlu mendapatkan kepercayaan pasaran supaya mudah saya diterima mereka dalam fasa seterusnya.

Pada fasa ini, banyak kesilapan yang saya lakukan sebagai seorang pekerja saya jadikan tauladan untuk saya membaiki prestasi saya.

——————————————————————————-
FASA 3: Belajar untuk mendalami ilmu keusahawanan dan khidmat sosial.
Jumlah masa: 8thn

Hasilnya: Pada umur 40thn saya akan faham bagaimana rasanya jatuh bangun seseorang usahawan dan selok-belok mengendalikan pertubuhan sosial yang memberikan manfaat kepada komuniti.

Pada fasa ini, saya akan merebut apa saja peluang yang hadir dan mengambil risiko. Kegagalan saya pada fasa ini akan menjadi ilmu yang berguna untuk saya menempuhi fasa seterusnya.

Terkini, saya sedang dan telah mencuba 8 bidang perniagaan yang berlainan jenis. Saya juga telah menubuhkan 5 NGO dan bergiat aktif dalam 6 lagi NGO yang berlainan bidang.

Pada fasa ini, saya belajar untuk bergantung kepada usaha dan tawakkal kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Setiap ujian atau cabaran saya hadapi dengan tabah dengan matlamat supaya pada akhirnya nanti, saya akan memperolehi pelajaran daripada pengalaman tersebut.

Baca: Tips Berniaga : Penting Mempunyai Pesaing

——————————————————————————-
FASA 4: Belajar untuk mendalami ilmu menjadi seorang yang kaya dengan harta dan budi serta jasa.
Jumlah masa: 10thn

Hasilnya: Pada umur 50thn nanti saya akan menjadi pengurus kewangan dan harta yang baik. Pada fasa ini, saya akan belajar untuk memastikan perniagaan-perniagaan yang saya jalankan akan berdaya maju.

Saya juga akan belajar untuk meluangkan lebih masa untuk kerja-kerja komuniti yang akan memberikan impak yang lebih besar berbanding fasa sebelumnya.

——————————————————————————-
FASA 5: Belajar untuk mendalami ilmu hakikat kehidupan yang sebenar.
Jumlah masa: Sehingga saya mati.

Hasilnya: Pada pengakhiran hidup saya nanti, langit dan bumi menerima saya dengan sebaiknya dalam keredhaan Ilahi.

Pada fasa ini, saya akan belajar untuk LEBIH bersedia menghadapi alam akhirat melalui kesyukuran ke atas nikmat-nikmat harta dan kesenangan dunia yang dikurnikan kepada saya pada fasa-fasa sebelum ini.

Amal kebajikan, ilmu yang berguna dan anak yang soleh akan menjadi fokus utama saya pada fasa ini. 3 perkara ini akan menjadi aset saya di alam akhirat nanti.

——————————————————————————-
Teringat saya kepada soalan Ms Lau, wartawan China Press Daily yang menemuramah saya tempoh hari

Apabila saya memberitahu latar belakang perniagaan dan kerja sosial saya, dia bertanya, bagaimana saya membahagikan masa dan menjalankan aktiviti saya seharian. Saya cakap, saya rancang sepertimana saya terangkan di atas.

Dalam semua fasa saya adalah seorang pelajar. Sebagai pelajar, mahu atau tidak mahu, saya kena ikut jadual seperti yang dirancangkan supaya nanti saya boleh beralih ke fasa yang seterusnya.

Masa adalah kepunyaan Tuhan. Dia yang memendek dan Dia jugalah yang memanjangkan masa. Dalam kesemua fasa kehidupan saya, tiada istilah gagal. Either you win or you learn!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL