no comments

Siri Tip Menjawab Soalan Interview. Tip # 1

[Saya akan mengembara ke Jepun selama 6 hari. InsyaAllah saya akan kongsikan 50 tips soalan yang biasa ditanya semasa temuduga]

Mohon dan berikan komen tanda menyokong.

stress-2

Soalan : Bagaimanakah anda menguruskan ketegangan/tekanan ketika bekerja dengan majikan anda?

Jawapan      : Tekanan yang saya rasakan apabila bekerja dengan majikan saya satu-satunya adalah apabila kami terlalu sibuk untuk memaklumkan tentang maklumat-maklumat kemajuan kerja kepada sesama sendiri. Majikan saya terlebih yakin kepada saya lantas memberikan kerja yang tarikh penghantarannya sangat cepat, tanpa mengetahui bahawa saya terlalu sibuk dengan pelbagai masalah dengan pelanggan syarikat. Tegasnya, saya percaya terhadap kepentingan perjumpaan staff yang bertujuan untuk para pekerja menghormati permintaan yang dilakukan terhadap waktu dan tahap kesibukan masing-masing.

Tips                 :
a) Salah satunya cara menjawab soalan ini dengan selamat adalah dengan hanya menyatakan contoh kurangnya komunikasi atau salah komunikasi diantara pekerja dan majikan pada awal perhubungan anda dan cara anda menyelesaikannya.

b) Penemuduga ingin tahu bagaimanakah cara mengatasi hal yang sama terjadi dan cara anda menanganinya.

++Walau pun anda tidak perlu tip temuduga ini. Mohon share kan kepada yang amat memerlukan++

12688069_1668404353429494_4777638214223667465_n

Sumber: Encik Shuhairy Norhisham

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL