no comments

Pra-Penyerahan Viva Voce *Penting

Nota Editor: Artikel ini dikongsi oleh Dr. Othman Talib mengenai petua persediaan dalam viva voce anda. Semoga petua-petua yang diberikan oleh beliau dapat dijadikan panduan buat anda semua.

Kali ini saya ingin sentuh sedikit tentang VIVA atau VIVA VOCE iaitu penyampaian secara oral. Saya nak bagi tips Viva yang juga boleh anda uji diri anda walau diperingkat mana sekalipun stages anda dalam research anda.

Saya hanya masuk to be exact, 3 kali viva sahaja, maklumlah orang baru dalam arena research ni. Ada SV maybe dah masuk 30-40 kali. Namun saya nak berkongsi pengalaman ciput ini bersama anda. Masuk jer dalam bilik, anda akan diperkenalkan kepada ahli panel oleh pengerusi. Selalunya mereka yang berpangkat prof madya ke atas sahaja. Saya masukpun kerana nak beri sokongan kepada student saya kerana SV juga dijemput.

Anda diminta memperkenalkan diri dan membuat persembahan thesis anda secara bebas, mungkin dalam 30 minit – 40 minit atau ada kes pengerusi dibiarkan sahaja anda menentukannya. Nasihat saya, sediakan Powerpoint slide secara KISS (keep it simple and short), sesuai untuk presentation dalam 30 minit. Ada pelajar yang nak cerita semua, sampai present 60 minit atau lebih itupun setelah di berhentikan oleh pengerusi.

Mula2 buat persediaan, fahami tesis anda sepenuhnya. Kemudian masuk dalam bilik viva dengan senyuman yang mengancam tapi bukan menggoda ! Buatlah persembahan dengan relex dan enjoy, tetap senyum. Gunakan gesture yang sesuai bagi nampak confident. Teruskan senyuman… Go go…. u can do it uncle and untie semua!! Jadi pagi yang hening lagi damai dan tenteram ini, saya nak beri tugasan untuk anda.

BACA: 8 Tips Menghadapi VIVA (Nombor 7 Dan 8 Paling Penting)

Jika tidak anda akan relex jer membaca blog ini. Now bagi anda pulak menulis biar bergerak sedikit otak anda berfikir. Latihan ini tak kisahlah kajian anda diperingkat mana sekalipun.  Bagi pendatang-pendatang baru, saya ingin memberi anda peluang menyemak kefahaman anda terhadap kajian yang sedang anda lakukan. Now anda kena tulis “hanya satu ayat” sahaja dari  soalan-soalan asas yang akan saya tanya. Nak tulis dalam BM ker BI ker atau Arabic, tiada masalah.  Tulis terus dalam computer anda, jangan cheating!! Soalan inilah yang anda jadikan panduan dalam menyediakan slide viva anda nanti. Ingat, satu ayat sahaja.

Soalannya seperti berikut:
1. What is the title of you study?
2. What is you study about?
3. What is the main problem / issue are you going to tackle?
4. Generally, what the literature says about the problem / issue?
5. How are you going to tackle the problem / issue?
6. What is your theoretical / conceptual framework?
7. What instrument / are you going to use?
8. How are you going to conduct your study / the procedure of your study ?
9. What is the (expected) main finding of you research?
10. What is the originality / contribution / implication of your study in your field?

Ini sahaja 10 soalan asas yang panel nak tahu dulu. Panel cuma nak tahu the flow and logic of your study sebab mereka dah bacapun tesis anda sebelum mereka masuk ke dalam bilik viva dan dah pin pointpun apa yang mereka nak tanya.

BACA: Tips Persediaan Dalam Menghadapi Viva

Jika ada peluang, jeling-jeling lah pada salinan tesis anda ditangan ahli panel jika banyak lipatan-lipatan yang kelihatan. Tu alamatnya. Bersedialah anda untuk menjawab!! Jadi sebelum itu, anda sendiri perlu menjawab soalan tersebut secara confident sebagai PRE-SUBMISSION VIVA ! Jadi mulalah menulis dengan menjawab 10 soalan di atas. Hanya satu ayat sahaja bagi setiap soalan. Bagi yang memang akan viva, tak perlulah anda siapkan slide presentation anda menjela-jela.

Ada pelajar yang tulis  LR sampai 10 slides, procedures kajian 5 slides. Kesemuanya 50 slides! Jika satu slide 2 minit. tambah dengan bla..bla.. lagi…dengan aaa….aaaa….akan jadi 90 minit!! What a boring presentation !! Panel tetap akan tanya jika mereka rasa perlu untuk mengetahuinya secara detail. So jauhkan sikap nak beritahu semuanya pada panel. Lagi detail anda present lagi terdedah anda kepada soalan yang lebih detail lagi. Jangan takut, the panels don’t feel they have done the job unless they ask you some questions to find some corrections for you to do after viva!!

The problem is – minor or major correction !! Jadi correction tetap akan ada.  Nasihat terakhir, jangan membaca terus dari slide. Anda perlu describe apa yang anda tulis atas slide. Ada perlu tunjukkan anda competent dan confident.  Jadi jawab 10 soalan tu sekarang. Jika masih tersangkut-sangkut, maknanya anda masih belum menguasai kajian anda sendiri.

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL