no comments

Petua Masuk Ke Dunia PhD

Nota editor : Cik Mistree berkongsikan beberapa tips kepada anda yang baru hendak masuk ke dalam dunia PhD terutama kepada mereka yang melanjutkan pengajian di Malaysia. Semoga tips beliau dapat memberi manfaat kepada anda.
********************
Orang buat PhD ada dunia yang tersendiri. Pada peringkat awal, dunia PhD seperti torowong gelap tanpa cahaya sehingga setiap orang teraba-raba dalam kegelapan dan tidak nampak jalan keluar.  Penyelia ibarat cahaya yang memainkan peranan membimbing pelajar mencari jalan keluar.  Pada kali ini, aku hendak menyenaraikan beberapa tips kepada sesiapa yang hendak masuk ke dalam dunia PhD terutama sesiapa yang buat PhD di Malaysia:
  1. Selidiki latar belakang dan peribadi bakal penyelia – maknanya, tidak hanya memadai menyelidiki latar belakang kerjaya akademik dan penerbitan.  Jika penyelia merupakan seorang Muslim, pastikan dia seorang yang taat pada agama agar setiap tindakannya terhadap anda sebagai pelajar berada dalam lingkungan Lillahi Taala. Dengan itu, tidak timbul cerita ketika anda sedang berusaha membuat tesis atau menunggu proses viva, penyelia anda sibuk berusaha membalas dendam sehingga mengagalkan PhD anda. Pengalaman benar seorang temanku yang membuat PhD, tindakannya menyimpan penyelia bermasalah sebagai penyelia kedua menyebabkan semasa dia sedang menunggu viva, penyelia keduanya telah bertindak menghubungi pemeriksa luar untuk mengagalkan tesis PhDnya.
  2. Penyelia memainkan peranan yang penting maka sebagai pelajar, anda perlu menjaga penyelia anda dengan baik sama ada penyelia utama atau penyelia bersama. Kisah benar apabila seorang temanku di UKM terpaksa menjadi Research Assistant (RA) merangkapPersonal Assistant (PA) alias kerani untuk mengambil hati penyelia agar penyelianya membaca bab-bab tesis yang telah disiapkan. Sehingga satu ketika, suami temanku sakit jantung masuk hospital di Hospital Kuantan, dia tidak balik ke Kuantan tetapi tetap berada di UKM ‘menjaga’ penyelianya. Ada satu kes lain yang menarik, setiap kali penyelia temanku menerima tetamu dari luar negara, temanku terpaksa menjemput tetamu penyelianya dari KLIA dan melayan semua keperluan tetamu penyelianya. Jagalah penyelia anda walaupun hal ini menimbulkan isu di manakah integriti profesionalisme para pensyarah universiti?
  3. Oleh kerana beratnya tugas anda ‘menjaga’ penyelia, maka sebaik-baiknya bilangan penyelia yang perlu anda miliki hanya seorang. Sebolehnya elakkanlah dua orang penyelia apa tah lagi tiga orang penyelia. Tips ini aku perolehi ketika aku menghadiri kursus SLAB di sebuah IPTA.
  4. Jika anda mempunyai masalah sehingga membawa kepada pertengkaran dan pergaduhan dengan penyelia anda, sebaik-baiknya anda berusahalah tukar penyelia. Jangan berasa takut untuk membuang penyelia sehingga anda bertindak menyimpannya pula sebagai penyelia kedua.  Semasa anda berada di bawah seliaannya telah berlaku pelbagai masalah maka tidak mustahil akan berlaku pelbagai masalah walapun statusnya hanya sebagai penyelia kedua.Pengalaman benar seorang temanku yang membuat PhD, tindakannya menyimpan penyelia bermasalah sebagai penyelia kedua menyebabkan semasa dia sedang menunggu viva, penyelia keduanya telah bertindak menghubungi pemeriksa luar untuk mengagalkan tesis PhDnya.
  5. Pertimbangkan semasak-masaknya mengenai tempat untuk belajar PhD. Menurut seorang penyarah bidang sejarah di UKM, belajar di luar negara ada pelbagai kelebihan seperti boleh melancong dan jauh dari keluarga (ibu bapa & adik-beradik) dan saudara mara. Apabila berjauhan dari keluarga dan saudara mara, jika berlaku musibah dan kematian, anda diberirusakh  dan kelepasan dari menjaga atau melawat keluarga anda pada waktu sakit.  Apabila anda mendapat panggilan telefon kerana berlaku kematian keluarga anda contohnya ibu saudara, anda menyatakan “yelah, dah ajal dia”. Berbeza pula jika belajar dalam negara, anda memiliki pelbagai tanggungjawab termasuk menjaga dan menziarahi ketika mereka sakit dan berlaku kematian.
  6. Pilih tajuk yang sesuai dan penyelia anda mampu menyelia tajuk tersebut. Mampu di sini dalam erti kata menguasai bidang kajian tesis anda walaupun tesis anda dan bidang penyelia tidaklah sama 100%. Dalam menilai kemampuan penyelia, anda perlu melihat sendiri cadangan pembaikian bab terutama bab satu dan bab kedua. Jangan hanya mendengar kata penyelia anda, “tak ada masalah, semua tajuk kita boleh selia” walhal dia sebenarnya tidak berkemampuan untuk menyelia tajuk anda dalam bidang tujahan yang diperlukan. Kes sebenar pernah berlaku apabila tajuk tesis pelajar ialah Islamisasi pembangunan yang dikaji dalam konteks ekonomi-politik tetapi memandangkan penyelia terbabit tidak pakar dalam bidang ekonomi-politik maka dia lantas bertindak mengubah hala tuju tesis pelajar ke arah bidang politik pembangunan. Dalam hal ini, lazimnya penyelia mempunyai ego mereka yang tersendiri. Mereka menggambarkan diri mereka hebat dalam bahasa yang ‘besar’ dan malu untuk mengakui kelemahan diri sendiri melainkan mereka yang taat berpegang pada tali Allah.
  7. Cuba beri kefahaman yang jelas kepada ahli keluarga terdekat anda mengenai pekerjaan & tugasan kajian PhD anda. Sekiranya anda memperolehi cuti belajar dengan gaji beserta dengan biasiswa, pada hakikatnya anda hanya diberi cuti dari menghadirikan diri di pejabat tempat anda bekerja. Semasa cuti belajar, anda perlu tekun belajar selama 9 jam sehari sama dengan tempoh waktu anda bekerja di pejabat.
  8. Anda perlu menyedari dan memahami bahawa dunia PhD itu ada sisi gelapnya yang tersendiri. Kebiasaannya di universiti tempat belajar, para pensyarahnya mempunyai kumpulan kawan dan musuh yang tersendiri. Apabila sesama pensyarah tidak menyukai penyelia anda maka kebiasaannya yang berlaku mereka akan menyerang pelajar PhD yang berada di bawah seliannya walaupun sesama penyarah itu doctorate belaka. Kisah benar ini telah berlaku di UPM, seorang pelajar PhD berusia 50-an bekerja sebagai pengurus besar mempunyai penyelia yang bergelar profesor tetapi tidak disukai oleh beberapa orang penyarah di sebuah jabatan. Apabila profesor tersebut dipanggil bertugas di sebuah kementerian maka  dia telah bertindak mencarikan penyelia yang ‘satu kepala’ untuk pelajarnya yang bertanggungjawab menggantikan tugasnya. Penyelia baru pula masih dalam kategori pensyarah junior. Malangnya, apabila pelajar PhD ini membentangkan proposal, dia telah digagalkan oleh dua orang pensyarah yang tidak ‘satu kepala’ dengan profesor yang telah bertugas di kementerian. Pelajar PhD yang terbabit membentangkan proposal untuk kali kedua setelah membuat pembetulan berdasarkan komen dan cadangan yang diberikan oleh dua orang pensyarah yang bertanggungjawab menilai proposal tersebut. Malangnya pelajar PhD tersebut digagalkan sekali lagi. Pelajar PhD tersebut bertindak berjumpa (menyerang) salah seorang penyarah untuk bertanya kenapa proposalnya digagalkan untuk kali kedua. Pensyarah tersebut tidak memberikan sebarang jawapan malah memarahi pelajar PhD tersebut kerana tidak menghormati pensyarah. Akhirnya, pelajar PhD tersebut berhenti dan meneruskan pengajian di UKM.
  9. Dalam tempoh pengajian, banyak-banyakanlah beristighfar dan mohonlah kepada Allah agar dikurniakan idea dan buah fikiran yang bernas. Sebaik-baiknya, sebagai hamba Allah tips ini diamalkan terus sehingga ke akhir hayat.Selepas menghantar tesis sementara menunggu viva, kalau boleh setiap malam buatlah solat hajat. Pada hari anda divivakan, sebelum menghadiri viva, buatlah solat hajat memohon pertolongan Allah.
  10. Semasa viva, jika ditanya jawab dengan tenang. Ingat semua fakta dan data yang penting. Tindakan mencari-cari jawapan di dalam tesis PhD anda semasa menjawab soalan yang ditanyakan kepada anda akan menyebabkan anda kelihatan tidak meyakinkan di mata para pemeriksa tesis. Tips 4 dan 5 telah diberikan oleh seorang profesor yang bertugas di USM.
  11. Akhir sekali, jika anda lulus PhD, syukurlah kepada Allah atas nikmat yang diberikan-Nya. Jika gagal, redhalah dengan ketentuan Allah, mungkin dengan ujian ini Allah menetapkan agar anda semakin rapat dengan-Nya. Perkara yang tidak diberikan oleh Allah itu ada hikmahnya, mungkin jika anda diberikan PhD, anda semakin jauh dari Allah. Nasihat ini juga diberikan oleh seorang profesor yang bertugas di USM.

Akhir kalam, selamat menempuh cabaran dalam dunia PhD. Semoga berjaya.

Baca : Tips Memilih Supervisor Dan Tajuk Research Untuk PhD

Baca : Langkah – Langkah Berjaya Dalam Viva Voce Anda

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL