no comments

Tips Berniaga: Penting Mempunyai Pesaing

Secara jujurnya, tiada perniagaan yang sukakan pesaing. Alangkah bestnya kalau menjalankan perniagaan tanpa pesaing. Contoh, kalau kita jual tudung, kita sahaja penjual tudung di Malaysia. Kalau kita jual produk kesihatan, taida pesaing yang mengganggu pasaran kita. Kalau kita jual kek, orang lain tak boleh jual kek.

Sememangnya, ini bukannya realiti. Dalam apa sahaja perniagaan pun pastinya ada pesaing. Kalau misalan kita memulakan perniagaan yang tiada pesaing pun, tunggu 3-6 bulan nanti, pastinya pesaing akan datang juga.

Lumrah perniagaan kita tidak boleh lari dari pesaing. Ada pesaing yang OK dan bersaing secara sihat, ada juga pesaing yang kurang OK dan bersaing secara tidak sihat.

Namun, sebagai usahawan kita boleh mengambil pesaing sebagai satu kebaikan dan bukan keburukan untuk memperbaiki diri dan perniagaan kita sendiri. Mengapa?…

  1. Bila adanya pesaing, ia menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif dalam berniaga dan memasarkan produk dan perkhidmatan kita. Dengan hanya melakukan sesuatu yang sama sahaja dengan pesaing, pastinya keputusan juga akan sama.Usahawan perlu menjadikan pesaing sebagai inspirasi dan motivasi untuk bekerja lebih keras dan mencari idea yang lebih hebat supaya sentiasa dihadapan pesaing.
  2. Bila adanya pesaing, ia memeriahkan lagi pasaran perniagaan dan menjadikan industri tersebut lebih popular. Bayangkan anda seorang sahaja yang menjual produk kesihatan dan tiada lain menjual produk kesihatan. Agaknya apa akan jadi?Pastinya tiada siapa yang akan membeli produk kesihatan anda kerana orang tidak yakin dan percaya pada produk kesihatan. Ia menjadi industri yang tidak dikenali. Apabila mempunyai pesaing, ia seumpama mempromosikan sesuatu industri “kesihatan” itu, menjadikan industri kesihatan lebih popular dan lebih permintaannya.
  3. Bila ada pesaing, lebih banyak pilihan kepada pembeli. Sekiranya tiada pesaing, pastinya monopoli akan terjadi. Tiada pilihan diberikan kepada pelanggan. Harga juga tidak dapat dikawal oleh kerana hanya satu penjual.

BACA: 7 Kesilapan Usahawan Internet

Fikirkan niat kita dalam menjalankan perniagaan adalah untuk membantu orang ramai menyelesaikan masalah mereka. Dengan memberi peluang dan pilihan kepada orang ramai, maka niat kita turut tercapai dalam memberi yang terbaik sepertimana yang diperlukan oleh pelanggan walaupun dari pesaing.

Untuk berjaya dalam perniagaan, jangan terlalu paranoid dengan pesaing sehingga setiap langkah pesaing kita mahu ambil tahu dan setiap teknik pesaing kita mahu tiru.

Gunakan pesaingan sebagai picu untuk memotivasikan dan memberi semangat daya saingan kepada perniagaan kita. Rezeki milik masing-masing. Tanggungjawab kita adalah untuk berusaha dengan keras supaya kita berjaya dalam perniagaan yang kita jalankan dan sekiranya boleh, atasi pesaingan dengan teknik dan strategi perniagaan kita tersendiri.

BACA: Perbezaan Strategi Dan Taktik Dalam Perniagaan

Sumber: Hafizul Hakim

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL