1 comments

Tips Memilih Supervisor Dan Tajuk Research Untuk PhD

Nota Editor: Artikel ini dikongsi oleh Nor Azliana Akmal Jamaludin tentang tips persediaan sebelum mendaftar sebagai pelajar PhD. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Ikuti perkongsian beliau dengan membaca artikel ini.

Selalunya yang sukar pada student seperti saya ini yang tidak ada background purely research. Almaklumlah, dulu master ambil coursework. Masa nak mula, memang rasa susah. Tapi tak mengapa, saya kongsi dengan anda. Saya dapat tips ini daripada beberapa orang prof yang hebat.

1. Buat solat hajat dulu. Walaupuin kita ini tidak lah alim mana, tetapi untuk mendapatkan redha Allah adalah sangat penting.

2. Minta restu pasangan bagi yang ada suami. Minta mereka doakan agar segalanya dipermudahkan.

3. Minta restu ibu bapa. Apa-apa kerja yang kita nak buat, mintalah restu daripada mereka. Berkat!

4. Apa interest anda? Contohnya, kalau anda mengajar satu-satu subjek tu, atau kalau anda buat satu-satu benda tu, anda akan buat betul-betul. Tak disuruh pun nak buat juga. Part ini anda perlu pastikan betul-betul. Sebab inilah yang anda akan buat untuk proposal anda dan deal with it sampai habis PhD. Kiranya interest ini datang dengan sendiri tetapi perlu dicari. Bagaimana hendak cari? Ok, next.

5. Baca bahan bacaan yang berkaitan dengan interest anda. Memang perlu baca banyak, tetapi cuba anda cari fokus. Cari journal yang terkini, future work orang dan bila baca journal-journal tu, jika ada something missing cuba tuliskan. Jangan baca tapi tidak keluarkan point yang penting. Susahlah mau ingat. Nama pon research. Kalau research, tapi nak benda datang bergolek, susahlah pula.

6. Bila dah senaraikan, cuba mulakan critique. Apa yang dimaksudkan dengan critique tu? Dulu mula-mula saya pun tak paham. Rupa-rupanya, bila anda baca satu journal A ni tidak ada dalam journal B. Tuliskan!! Kemudian cuba bandingkan dengan 10 jenis journal. Senaraikan. Paling senang, cari advantage dan disadvantage. Kemudian, kritik. Kenapa method ini diguna pakai? Kenapa bukan method yang lain? dan sebagainya. Masa nak kritik, jangan lupa table kan. Ikut tahun, penulis, tajuk journal, baru mulakan dengan advantage dan disadvantages. Mula-mula memang nampak susah tetapi semakin lama anda pula yang sibuk nak cari dan cari lagi. Apa yang tidak kena dengan journal atau paper tu.

7. Apabila sudah mula kritik anda akan nampak mana interest anda. Jadi,, dari situ anda boleh melayari internet. Siapa penyelia yang boleh menyelia anda kerana tidak semua prof boleh menyelia mengikut interest anda. Tidak kesahlah pensyarah dari local atau oversea… kenalpasti latar belakang penyelia tersebut.

8. Bila sudah dapat pensyarah, jumpa dahulu untuk mendapat keserasian antara anda dan pensyarah itu. Jika tidak serasi, cuba cari yang lain. Ramai lagi yang lain. Ingat! Jangan ikut kawan semata walaupun ada bagusnya mempunyai rakan seperjuangan.

9. Bila dah dapat penyelia, bolehlah mula suai kenal dengan penyelia. Apa yang perlu dibuat, bagaimana hendak menulis proposal (ikut format universiti masing-masing) and apabila sepatutnya boleh register (tengok calendar akademik universiti).

10. Tittle tu jangan risau. Akan berubah dari masa ke semasa, tetapi kalau ada yang dah tetap lagi bagus. Senang nak concentrate kerana lepas present proposal barulah firm ngan tajuk tu.

11. Akhir sekali, daftarlah sebagai pelajar PhD.

Selamat mencuba!!! Best of luck.

BACA: Tips Tamatkan PhD Dalam Masa 3 Tahun

Sumber: Nor Azliana Akmal Jamaludin

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Jerome

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL