no comments

Kepentingan Membaca Pruf Dokumen Anda

Apa itu baca pruf? Baca pruf (proofreading) ialah membaca untuk kali ke dua atau tiga sesebuah dokumen yang masih belum dihantar, cetak, terbit, dan sebagainya. Selain dari teks, tajuk, ilustrasi, gambar rajah, jadual, dan rujukan juga termasuk dalam proses proofreading. Semua penulis tahu, walaupun ‘word processor’ anda mempunyai aplikasi ‘spell/grammar check’, proofreading masih diperlukan. Proofread berbeza dengan menyunting (editing), kerana proofreading tidak akan mengubah kandungan dokumen, tetapi hanya memperbetulkan kesalahan ayat dan sebagainya. Proofread juga bukanlah hanya dilakukan untuk dokumen akademik, tetapi diperlukan juga untuk emel, memo, surat, esei, flyer, dan pelbagai jenis teks lagi.

aa

Membaca pruf merupakan langkah terakhir sebelum anda menghantar dokumen anda kepada pihak-pihak yang tertentu. Terdapat banyak kepentingan proofreading, dan semuanya berbeza mengikut situasi lain-lain. Bagi pelajar universiti, assignment yang berbentuk esei perlu untuk proofread kerana esei yang mempunyai banyak kesalahan tatabahasa akan memberi gambaran bahawa kerja itu dilakukan dengan cincai dan pada saat yang terakhir. Bagi pelajar pascasiswazah pula, proofreading jurnal ataupun research anda sangatlah penting, kerana ia akan menjadi penentu sama ada kerja anda diterima ataupun tidak, lebih-lebih lagi untuk mereka yang ingin menerbitkan kerja mereka di jurnal antarabangsa.

Sebagai contoh, apabila menulis emel atau surat untuk perkara-perkara profesional, mestilah anda akan membaca teks anda beberapa kali kerana kesalahan kecil sperti ejaan sekalipun akan menggambarkan kerja yang tidak professional. Teks bertulis jauh berbeza dengan bahasa percakapan. Kesalahan tanda baca seperti noktah dan koma boleh menyebabkan perubahan maksud asal teks, dan mesej anda tidak akan kesampaian.

aa1

Bagi kerja-kerja pemasaran, proofreading sebelum iklan anda dicetak atau dipaparkan adalah sangat mustahak kerana ramai yang akan membacanya. Lebih-lebih lagi untuk papan tanda atau poster yang diletakkan di kawasan am, pastilah ramai orang yang akan melihatnya. Jadi, mana-mana kesalahan yang terdapat pada papan tanda ataupun poster itu juga akan dilihat oleh ramai orang.  Perkhidmatan proofreading boleh didapati di sini.

BACA: Tips Publish Paper Dalam Masa Yang Singkat

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL