no comments

PhD Luar Negara Atau Dalam Negara?

Nota Editor: Artikel ini dikongsikan oleh Dr. Wan Muhamad Salahudin mengenai pendapat dan pengalaman beliau sendiri semasa beliau mengambil PhD. Semoga penulisan beliau dapat memberi sedikit gambaran untuk anda semua.

Ramai yang bertanya saya tentang perancangan Phd. Adakah mahu di sambung di local universiti atau di oversea (luar negara). Ia merupakan soalan yang rutin ditanya dalam hidup ini. Terdapat banyak soalan-soalan rutin sebelum ini dalam kerjaya seorang doktor seperti: Bilakah mahu kahwin? , Bila akan mendapat anak?, Bila mahu sambung master? Bidang apa bidang master yang hendak di ambil?

Akan tetapi, setakat ini tiada lagi soalan “Bilakah mahu mati? Adakah sudah bersedia untuk mati?”.

Soalan-soalan di atas itu bukanlah sesuatu yang negatif, bahkan ianya merupakan suatu peringatan agar saya sentiasa mempersiapkan diri agar sentiasa menambahbaik mutu diri dan kerjaya.

Phd di oversea secara umumnya ialah suatu pilihan yang baik, terbaik dan mungkin paling baik. Jika di survery pandangan pensyarah-pensyarah yang senior dan professor yang terkenal, semuanya akan memberikan general statement “Phd oversea adalah bagus”. Saya juga mengakui Phd di oversea sangat bagus.

Akan tetapi, setelah saya mempertimbangkan segala kebagusan, kebaikan dan kelebihan belajar oversea; saya merasakan ianya tidaklah bagus untuk diri saya.

Situasi ini samalah seperti jika saya dan isteri saya ingin menyambung Master Clinical, secara umumnya Clinical Master adalah bagus, tetapi ianya tidak sesuai untuk kami (atas sebab peribadi).

Di sini saya senaraikan kelebihan dan kebaikan menyambung Phd di oversea yang tipikal di sebut-sebut:

  • Teknologi yang lebih canggih di oversea. Apabila sudah berjaya, maka boleh membawa balik teknologi yang ada untuk dimajukan di negara Malaysia ini.
  • Membuka minda tentang suasana di luar negara
  • Pengalaman baru tentang hidup di luar negara
  • Research yang teratur dan tersusun
  • Supervisor yang cekap dan mantap
  • Facility yang canggih
  • Sistem pengurusan yang cekap
  • Research grant yang sudah tersedia
  • Dapat melancong sambil belajar; selepas bergambar bolehlah post gambar di facebook

dan banyak lagi…

Pada pendapat saya, Phd ialah mempunyai satu sahaja matlamat, iaitu LULUS. Ianya bermaksud, lulus dalam masa yang ditetapkan iaitu 3 tahun, tidak di extend semester, tidak diputuskan biasiswa dan gaji dan apabila balik ke Malaysia, tiada hutang tertunggak yang perlu dijelaskan (yang berpotensi menyebabkan kita diisytiharkan muflis). Dan juga hubungan kekeluargaan tidak terjejas.

Saya mendapat maklumat dari saudara mara kawan kepada kawan kepada kawan dan kepada kawan saya iaitu:

  • 60% yang menyambung Phd gagal menamatkan Phd dalam masa yang ditetapkan (samaada gagal terus atau terpaksa extend pengajian sehingga mencecah jangkamasa 4-5 tahun).
  • Ada diantara mereka terpaksa mendaftar semula pengajian di Malaysia
  • Ada yang extend pengajian menyebabkan biasiswa dan gaji ditamatkan. Ini menyebabkan mereka berada dalam kemelut kewangan dan kerja menjadi cleaner di luar negara adalah suatu perkara yang lumrah didengari.

Itu tidak dikira lagi tentang masalah seperti penjagaan anak-anak jika kedua-dua suami isteri perlu membuat Phd.

Apabila berfikir secara panjang lebar, saya yakin Phd oversea sangat baik untuk:

  1. Mereka yang masih muda dibawah umur 30 tahun, bujang, atau merancang untuk kahwin lewat.
  2. Tiada komitmen dengan anak-anak, samada tidak mempunyai anak,tiada harapan untuk mendapat anak dan anak-anak yang sudah besar dan berkerjaya (bagi pasangan yang kedua-duanya ingin membuat Phd)
  3. Hanya suami atau isteri sahaja yang mahu membuat Phd, salah seorang perlu menjadi surirumah sepenuh masa.
  4. Bebanan hutang yang sangat rendah di Malaysia
  5. Perancangan yang sempurna sebelum pergi menyambung Phd di oversea (grant, biasiswa, proposal, duit)
  6. Supervisor yang bagus

Saya merasakan mengambil Phd di oversea bukanlah suatu langkah yang agak tepat bagi diri saya dan keluarga saya.

Pengalaman yang lepas mengajar saya agar tidak bersikap terlalu optimistik ataupun pessimistik, tetapi hendaklah realistik.

Yang penting ialah strategic planning bagi Phd dilakukan seawal dan sebaik mungkin.

Sumber: Dr. Wan Muhamad Salahudin

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL