no comments

Memiliki 1 Ijazah Sarjana Muda dan 2 Ijazah Sarjana, Beliau Memilih Untuk Menentukan Perjalanan Kerjaya Sendiri

Nota Editor: Lelaki ini memiliki 1 Ijazah Sarjana Muda dan 2 Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan, tetapi akhirnya memilih bidang sumber manusia sebagai kerjayanya sendiri. Sedikit perkongsian oleh Encik Ameirul Azraie tentang perjalanan hidupnya namun mampu memberi inspirasi kepada anda semua.

1 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan 2 Ijazah Sarjana – Kejuruteraan Mekanikal dan Pentadbiran Perniagaan.

7 tahun pengalaman kerja – 3.5 tahun di bidang kejuruteraan, 1.5 tahun di bidang pengurusan projek dan 2 tahun yang terkini di bidang sumber manusia (HR).

Bila saya berkongsi maklumat ini, ramai yang akan pandang saya dengan muka yang pelik. Mungkin terdetik dalam hati ramai orang, “Gila ke apa brader ni, belajar sampai ada 2 Ijazah Sarjana, pastu buat HR je”.

Selepas 2 tahun berada dalam HR, saya rasa sangat gembira dan puas dengan apa yang saya lakukan. Saya cuba cari moment yang saya rasa gembira dan puas sebegini masa saya bekerja sebagai jurutera & pengurusan projek, tapi I couldn’t find one.

12642848_506677546160251_2362767144038678307_n (1)

Mungkin ramai yang berpandangan apalah sangat kerja HR ni tapi kalau anda bekerja sebagai HR yang involve dengan strategic rather than daily operations, sebenarnya banyak yang anda boleh lakukan untuk membawa perubahan kepada syarikat dan staff yang bekerja di syarikat tersebut.

Dan kalau anda rasa HR tak boleh dapat gaji sebanyak jurutera atau other technical professionals, mungkin anda akan melopong bila tengok gaji mereka yang dah sampai ke tahap Senior Manager, General Manager, Vice President dan Senior Vice President. I would say these people are earning at par with technical professionals lain.

Anyway, rumusan apa yang ingin saya sampaikan, jangan sempitkan minda yang anda perlu kerja berkaitan dengan Ijazah yang anda miliki. Itu pemikiran kuno, persetankan! Ramai yang berfikir macam ni lah yang buatkan ramai menganggur.

Buat kerja yang anda ada passion & interest. Buat kerja yang bersesuaian dengan character anda. Buat kerja yang boleh beri impak kepada kehidupan orang lain. Buat kerja yang boleh buat anda gembira.

Ingat, perjalanan kerjaya anda, anda yang tentukan!

BACA: 10 Tips Mudahnya Memburu Kerja

Sumber: Ameirul Azraie

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL