2 comments

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : Mext) 2017

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) 2017 untuk Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan – Permohonan Program Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2017 (Monbukagakusho : MEXT) Untuk Pengajian Prasiswazah dan Pasca Siswazah boleh dipohon secara online.

Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akedamik 2017 untuk program Sarjana Muda (Undergraduate) dan Ijazah Lanjutan (Postgraduate) telah dibuka untuk permohonan bermula sekarang.

Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen (ang. RM4,300) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda, dan 143,000 yen (ang. RM5,300) untuk penerima biasiswa Ijazah Lanjutan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Biasiswa ini dibahagikan kepada dua (2) kategori:

Program Sarjana Muda (kursus ijazah sarjana muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2017)

  1. Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2017 (dilahirkan antara 2 April 1995 dan 1 April 2000)
  2. Pemohon mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.
  3. Pemohon mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.
  4. Tarikh tutup permohonan: 25 Mac 2016 (Jumaat) sebelum pukul 4 petang

Program Ijazah Lanjutan (kursus 1½ tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2017)

  1. Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2017 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1982).
  2. Pemohon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana (minima CGPA 3.4) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (TIDAK TERMASUK KELAS PERALIHAN). Siswazah sarjana muda atau sarjana yang berada di tahun akhir pengajian di universiti juga layak memohon.
  3. Bagi kakitangan kerajaan Malaysia yang ingin memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jpa.gov.my di www.esilav2.jpa.gov.myatau hubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di 03-8885-3546 atau [email protected]
  4. Tarikh tutup permohonan (untuk golongan bukan kakitangan kerajaan): 25 Mac 2016 (Jumaat) sebelum
    pukul 4 petang
    Tarikh tutup permohonan (untuk golongan kakitangan kerajaan): 18 Mac 2016 (Jumaat)

Borang permohonan dan garis panduan boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau dicetak dari laman web Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp). Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.my.emb-japan.go.jp atau hubungi 03-2177-2600 (ext. 146 [sarjana muda] / 157 [ijazah lanjutan])

PENTING – MUAT TURUN:

Perkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan di seksyen Japan Information Centre (tingkat atas Kedutaan Jepun) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum). Kedutaan Jepun mempelawa mereka yang berminat untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran di Jepun di sini atau melalui talian 03-2177-2600 (ext. 185) pada masa tersebut.

Embassy of Japan
No.11,Persiaran Stonor,
Off Jalan Tun Razak,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia

SUMBER

Artikel Berkaitan:

Biasiswa Bank Negara Malaysia

Biasiswa Yang Di – Pertuan Agong 2016

Biasiswa Turki Untuk Pelajar Antarabangsa 2016

KOMEN ANDA

2 Komen

  1. Zol Iskandar

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL