no comments

Petua Penulisan Untuk Pascasiswazah

Nota Editor :  Dr. Othman Talib berkongsi mengenai tesis bersama anda semua dengan tujuan dapat memberi inspirasi serta semangat baru dalam pembikinan tesis anda.

***********

Tesis adalah satu manuskrip akademik yang rigorous, sistematik bagi memenuhi pra-syarat mendapat MSc dan PhD. Manuskrip ini bukan “kertas jawapan” yang akan diberi markah dan gred A+, B atau E. Manuskrip ini hanya perlu disiapkan dan dihantar untuk semakan SV, external examiner sebelum diuji dengan oral presentation – viva voce.

Untuk pengetahuan jarang benar aku dengar malah aku belum dengar pun ada tesis yang FAIL.. (kecuali kes plagiarism). Yang lazim adalah PASS with major atau minor correction.

Baca : Tips Menulis Tesis

Maksud aku hantar sahaja tesis maka PASS lah.

Takkan semudah itu nak siapkan tesis bukannya mudah.

Aku xpernah kata mudah atau susah tapi aku nak anda fikirkan senario ini :-

1. Berapa ramai pelajar yang “tak jumpa2 gap” sehingga habis 1 atau 2 semester?

2. Then jika selepas 1, 2 Semester baru nak dapat tajuk, bila dan berapa lama pulak nak mula tulis?

3. Jika ada tajuk yang “baru”hasil dari idea sendiri atau SV bila dan berapa lama pulak nak kumpulkan rujukan, nak digest. Maklumlah tajuk baru

4. Selepas kumpul rujukan,  ada yang nak print-out,  kumpul,  baca dan tulis point sana sini. Bila dan berapa lama pulak nak mula menulis dengan komputer?

5. Dah mula menulis dalam komputer, bila dan berapa lama pulak nak organise apa yang ditulis

6. Bila nak tulis dalam komputer, buka pulak 3,4 folder berlainan, kadang – kadang pening sendiri

7. Dah siap semuanya, bila dan berapa lama pulak nak taip TOC, list of Table dan lain – lain, tally kan dengan nombor muka surat dan lain – lain, bila ada editing sana sini.

8. Dah hantar kepada SV,  kena comment dan perlu diedit itu dan ini

9. Then hantar external examaner dan viva, sama ada PASS dengan MINOR atau MAJOR CORRECTION masih perlu membuat pembetulan, reorganise dan lain – lain. Bila dan berapa lama pulak nak buat kerja – kerja tersebut

10. Itupun jika tiada halangan lain diluar kawal

Kesemua proses diatas adalah proses biasa yang dilalui oleh SEMUA siswazah dan mereka perlu menempuhnya. Tiada satu siswazah pun ada kelebihan dari yang lain apabila melalui proses tersebut.

So the idea is Don’t make it right, make it WRITTEN !

Apa yang anda present masa VIVA dan disemak oleh external examiners adalah “a written manuscript of your thesis” yang pasti ada pembetulan di sana sini sebab ini bukan mcm matematik atau jawab soalan objektif yang pasti akan di comment baik major atau minor.

Jika begitulah halnya anda kena pastikan research framework anda mantap dahulu then selepas itu anda mesti ambil peluang untuk terus menulis sebanyak dan secepat mungkin dgn bantuan Mendeley, maksud aku tulislah secepat mungkin semua idea dalam bentuk penulisan sebagai priority MELEBIHI usaha anda nak memastikan semua idea perfect baru anda nak tulis.

BACA : 8 Tips Penulisan Tesis Dalam Tempoh 3 Tahun

Jadi jika anda tulis dengan cepat idea – idea anda. Anda akan tahu dengan cepat sama ada idea anda tu perlu diperbetul atau dimantapkan. So don’t waste your time to make sure everything is RIGHT but make it WRITTEN so that someone (SV or yourself or external examiners) can check it as soon as possible.

Ini bermakna  jika anda siapkan thesis lebih awal then anda boleh hantar lebih awal kepada SV dan lebih awal ke externel examiners supaya anda dapat buat correction lebih awal. Minor atau major correction banyak bergantung kepada “rezeki” kerana setiap ahli panel viva anda ada cara tersendiri. Tak ada sesiapa boleh gerenti apa – apa semasa viva. Jika rezeki anda baik, dapat panel yang memeriksa tesis anda sebagai expert anda bertuah dapat major correction dan ini bukan sesuatu yang negative kerana akhirnya anda dapat memantap thesis anda sebab lepas tu thesis anda akan dirujuk dan jika anda tulis artikel anda akan lebih confident sebab thesis anda dah melalui major correction. Ini bermakna tesis yang dapat major correction tak semestinya kurang baik berbanding dengan kawan anda yang dapat minor correction kerana setiap thesis adalah UNIQUE.

So pesan aku, fahami idea aku tentang “Don’t make it right, make it WRITTEN” supaya anda tak salah saham supaya anda boleh menghantar tesis yang berkualiti secara efisyen dan cepat dan seterusnya mendapat ijazah MSc dan PhD anda dengan penuh gaya serta menjadi pelajar Gemilang, Terbilang dan Dijulang oleh keluarga dan rakan – rakan.

BACA : Pendekatan Kualitatif Atau Kuantitatif. Mana Satu Pilihan Anda?

SUMBER : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL