no comments

10 Nasihat Dan Tips Ringkas Untuk Pelajar PhD

Assalamualaikum dan hai,

Hari ini kami kongsikan kepada anda tentang nasihat dan tips berguna kepada anda yang bergelar pelajar pascasiswazah yang dikongsikan oleh Dr. Wan Mohd Hirwani Wan Hussain. InsyaAllah ia memberi anda sedikit sebanyak ilmu bagaimana untuk menjadi seorang pascasiswazah yang cemerlang.

10 perkara ini anda perlu tahu sebelum memulakan PhD anda.

Penyelidikan PhD adalah satu perjalanan yang panjang. Kehidupan sebagai pelajar PhD juga adalah berbeza.

Klik video ini untuk melihat apakah tips-tips tersebut.

Nasihat #1:

Graduan perlu menerbitkan artikel yang sudah disemak semula oleh rakan sebaya.

Nasihat #2:

Memulakan dan menamatkan PhD anda secepat mungkin. Jangan bazirkan masa anda dan tamatkan PhD anda secepat mungkin. Anda perlu menilai diri anda setiap hari.

Nasihat #3:

Anda perlu membaca dan menulis. Membaca membantu anda mengetahui tentang penyelidikan. Banyakkan membaca. Menulis pula memperbaiki penerbitan anda.

BACA: Selangkah Ke Dunia PhD: Antara Realiti Dan Fantasi

Nasihat #4:

Membina hubungan. Point utama yang perlu diingat ialah membinaan hubungan. Bina hubungan anda sekarang!

Nasihat #5:

Uruskan diri anda. Anda harus tahu bagaimana untuk menguruskan diri anda. Ianya sangat penting kerana perancangan akan membuatkan anda berjaya.

Nasihat #6:

Simpan fail dan pangkalan data anda. Sentias membuat backup fail dan data anda untuk memastikan kerja anda selamat disimpan.

Nasihat #7:

Sentiasa bermotivasi. Memotivasikan diri adalah agak sukar untuk dilaksanakan tetapi anda perlu bersabar.

Nasihat #8:

Bijak dalam memilih ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa penting kerana mereka boleh membimbing dan memastikan anda mendapat keputusan.

Nasihat #9:

Anda adalah pakar dan bukannya orang lain. Di pengakhiran PhD anda, anda sepatutnya menjadi pakar dalam topik anda dan bukannya professor anda.

Nasihat #10:

Tenang dan nikmati. PhD adalah sesuatu yang perlu anda nikmati. Jangan stres atau tertekan dengannya. Anda perlu nikmati kehidupan PhD anda.

BACA: Apa Yang Anda Harus Tahu Sebelum Masuk Ke Alam Sarjana Dan PhD?

Akhir sekali, anda perlu sentiasa bersama keluarga anda. Keluarga akan selalu menyokong anda dan mereka sentiasa ada disamping di saat anda menghadapi masalah. Jangan sesekali lupakan keluarga kerana mereka adalah hadiah berharga buat anda. Nikmatilah pengalaman ini bersama keluarga anda.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL