no comments

Seminar Jom Buru Kerja

 

12787137_1127611067272952_608294541_o

Anda baru bergraduasi, sedang mencari pekerjaan atau yang ingin menukar tempat kerja yang lebih baik? Seminar ini khusus kepada pemburu-pemburu kerja!

TARIKH         : 2 April 2016 (Sabtu)

MASA              : 8.30 pagi – 5.30 petang

TEMPAT         : MPWS Training Centre, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

YURAN           : RM 50.00 Seorang

                             RM 100.00 (3 orang)

PENDAFTARAN: postgraduateworkshop.com/jomburukerja/

BACA: 10 Kesalahan Biasa Yang Dilakukan Oleh Calon Temuduga

Seminar Jom Buru Kerja ini untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan khususnya kepada graduan baru yang ingin mencari kerja dengan cara yang betul dan berkesan dan pada masa yang sama untuk menarik minat majikan mengambil mereka berkerja. Seminar ini juga akan menyentuh tentang cara pengurusan kewangan selepas bergraduasi. Jadi, ini adalah peluang terbaik untuk graduan baru dan juga pemburu-pemburu kerja luar sana.

Seminar ini juga merupakan platform untuk graduan-graduan baru yang ingin memulakan kerjaya mereka dengan satu permulaan yang positif untuk memudahkan mereka pada masa akan datang. Ia seperti satu langkah demi satu langkah, bermula dari cara memburu kerja dengan berkesan, seterusnya tentang cara menghadiri temuduga dan akhir sekali cara pengurusan kewangan yang bijak semasa berkerja.

Seperti yang kita sedia maklum dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, majikan akan lebih tegas dalam mencari pekerja. Jadi pemburu-pemburu kerja hendaklah memasang strategi yang bernas untuk menonjol dan menarik minat majikan untuk memilih anda sebagai pekerja di syarikat mereka. Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, satu syarikat ternama dalam industri minyak dan gas, Petronas telah mengeluarkan keyataan bahawa mereka (Petronas) akan mengurangkan 1000 orang pekerja dalam masa enam bulan akan datang. Link: mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/03/01/petronas-buat-transformasi/

Selain itu, seminar ini juga akan berkongsi ilmu tentang cara pengurusan kewangan yang bijak dan pelaburan hartanah. Dengan keadaan perubahan petukaran mata wang asing yang tidak menentu dan mata wang negara yang jatuh mendadak, kita perlulah bijak dalam menguruskan kewangan dan pada masa yang sama membuat pelaburan yang dapat menjamin masa akan datang.

Antara topic-topik menarik yang bakal disampaikan ialah Komunikasi Mesra Penemuduga, Kunci Kerjaya Mantap, Ilmu Genius Duit, CV Power, Pelaburan Hartanah Selepas Bergraduasi? Dan Memburu Kerja Menggunakan Linkedln & JobStreet.

Untuk info lanjut mengenai Seminar Jom Buru Kerja ini anda boleh layari website:

postgraduateworkshop.com/jomburukerja/

Facebook:  facebook.com/Kerjaya-Graduan-225678430932612/?fref=ts

BACA: Bagaimana 3 Langkah Ini Dapat Menjana Pendapatan Pasif Melalui Internet

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL