no comments

Perbezaan Strategi Dan Taktik Dalam Perniagaan

Nota editor :  Nukilan ini dikongsikan oleh Syaizul Amal mengenai perbezaan di antara strategi dan taktik di dalam dunia perniagaan. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dalam bidang perniagaan.

*********

Semalam saya sibuk meneliti semula slide-slide yang menerangkan strategi-strategi yang saya gunakan bagi membangunkan perniagaan isteri saya, Ain Maisarah.

Strategi adalah perancangan yang keseluruhan mencapai objektif yang kita mahu dalam perniagaan. Matlamatnya sukar dikenalpasti tanpa ilmu dan pengalaman.

Dalam perniagaan, strategi adalah lebih penting daripada taktik. Taktik adalah cara-cara atau muslihat dalam mencapai sasaran. Taktik ini kita boleh nampak dengan jelas, jika kita tiru bulat-bulat, maka kita akan dapat hasilnya. Ia straight forward sahaja.

Ramai peniaga sibuk menguruskan taktik dan hilang fokus kepada penyusunan strategi.

Contoh taktik, peniaga restoran yang mahukan jualan yang tinggi membuka dan menyusunkan meja yang banyak. Ini taktik sejak zaman-berzaman yang diikuti turun temurun.

Contoh strategi, peniaga restoran mengurangkan meja dan hanya ada satu kaunter. Kita tentu pelik kenapa mesti ada sikit meja walaupun dia mampu nak banyakkan meja. Apakah strateginya?

Contoh strategi yang digunakan oleh BigApple dan Jco Donut.

Contoh, kita boleh menukarkan taktik sesi tandatangan buku oleh seorang penulis menjadi satu strategi menaikkan imej jenama dan menukarkan pembaca menjadi pelanggan tetap. AinMaisarah mempunyai 4 USP dalam sesi tandatangan beliau yang membawa kepada kenaikkan jualan bukunya.

Taktik yang biasa seperti penampilan penulis pun boleh ditukarkan menjadi strategi apabila cincin, baju dan tudung penulis itu adalah promosi kepada buku yang bakal diterbitkan oleh penulis itu.

Oleh itu, seorang peniaga yang menukar setiap taktik menjadi strategi adalah lebih baik daripada peniaga yang sibuk memikirkan strategi dan juga lebih baik daripada peniaga yang sibuk menguruskan taktik.

Baca : 10 Tips Mudahnya Memburu Kerja

Sumber : Syaizul Amal 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL