no comments

Lelaki Ini Sanggup Cuti Tanpa Gaji Demi Sebuah PhD

Nota Editor : Ariff Azly Bin Muhamed seorang pelajar yang kini sedang mengikuti pengajian PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia berkongsi kisah kejayaan beliau untuk menyuntik semangat anda semua. Semoga memberi manfaat.

Ariff Azly Bin Muhamed dan berasal daripada Tanah Merah, Kelantan. Beliau berumur 27 tahun dan merupakan anak yang ke enam daripada 9 orang adik beradik. Nama bapa adalah Muhamed bin Ali seorang pesara TNB manakala ibu beliau Humairah bt Che Ali seorang suri rumah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek Kebangsaan Leftenan Adnan, Kajang dengan memperolehi keputusan UPSR 3A, 2B. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Madrasah Idrisiah dan mendapat keputusan SPM 7A 3B. Seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi hayat di kolej matrikulasi kedah, dengan memperolehi 3.45, selepas menamatkan pengajian matrikulasi.

ariff

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri pada tahun 2013 di Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2010, selepas menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda, beliau mendapat tawaran bekerja di salah sebuah kilang OEM Auto motif dan bekerja sebagai Jurutera Proses selama 4tahun (2010-2014). Dalam masa yang sama beliau melanjutkan pengajian secara separuh masa di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pengkhususan industri. Pada tahun 2014 beliau menamatkan pengajian di peringkat sarjana sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya pada Februari 2015, beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat PhD dari 3 buah university iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Saya memilih Universiti Kebangsaan Malaysia kerana yuran yang murah di samping kesusaian dengan penyelia. Ijazah Sarjana Muda beliau adalah Kimia Industri, manakala Ijazah Sarjana beliau pula adalah Pengurusan Industri dan Teknologi dan sekarang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baca :  Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Beliau Menghadapi Viva PhD Di UK.

Oleh kerana minat minat beliau  yang mendalam terhadap pengurusan rantaian bekalan mendorong beliau memilih bidang pengurusan kejuruteraan ini. Beliau mula minat dalam bidang ini apabila beliau menceburi bidang kerjaya selepas menamatkan ijazah sarjana muda beliau. Di samping itu juga, minat yang mendalam dalam bidang statistik juga mendorong beliau untuk mengaplikasi minat dan kebolehan beliau dalam analisis statistik di dalam penyelidikan beliau semasa peringkat sarjana dan doktor falsafah.

ariff 2

Ariff Azly menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana di Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan yuran yang berpatutan di samping persekitaran yang kondusif untuk para pelajar. Selain itu juga, lokasi di Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di pinggir Bandar membuatkan beliau lebih fokus terhadap pelajaran beliau tanpa gangguan kesesakan kota raya. Selain itu Universiti Kebangsaan Malaysian juga mempunyai sistem pentadbiran yang mesra pelajar dan juga para pensyarah yang rapat dengan pelajar. Universiti Kebangsaan Malaysia juga kurang karenah birokrasi yang memudahkan urusan antara pelajar dan jugak pihak pentadbir universiti. Kebajikan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia juga terjamin dimana terdapat banyak kemudahan seperti perubatan, bantuan kewangan dan juga khidmat kaunseling disediakan bagi pelajar yang mempunyai masalah.

Semasa melanjutkan pengajian di peringkat sarjana, beliau juga adalah bergelar seorang jurutera di syarikat swasta, beliau membahagikan masa beliau dengan menyediakan jadual harian dan mingguan, selain menetapkan Key Performance Indicator bagi setiap minggu untuk beliau capai. Selain dari bidang akademik, Ariff Azly juga mempunyai hobi dengan membaca buku-buku sejarah, ekonomi dan agama. Oleh itu beliau melakukan aktiviti dengan banyak membaca di waktu lapang. Selain itu juga beliau perlu berkorban sedikit semasa peringkat sarjana, dengan mengambil cuti tanpa gaji untuk melakukan ulang kaji dan tugasan. Pada semester akhir pengajian sarjana, walaupun secara kerja kursus, beliau telah berjaya menerbitkan satu jurnal terimpak hasil dari penyelidikan bersama pensyarah beliau.

Baca : Masam Manis Dalaman Dan Luaran Sepanjang Perjalanan PhD

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL